Monday, March 25, 2013

Female Parking kat KLCC

Last saturday saya dan adik nak pergi kinokuniya(betul ke eja? malas nak cari kat google).
And surprisingly masa nak masuk parking tu nampak banyak sangat signboard untuk parking for woman. memula tu terfikir juga.. betul ke ni? Macam tak percaya je? tapi since dah ada signboard tu,kitorang pun  ikut jelah.. and actually perjalanan ke parking wanita agak lama juga belok sana belok sini tak sampai sampai.. tapi akibat curiosity yang melampau, kitorang ikut jugak signboar tu... dan aha...... sampailah kami ke TEMPAT LETAK PARKING KHAS UNTUK WANITA sahaja..

heheheh.. untunglah jadi wanita kan... and bagi saya, memang tak dinafikan perkhidmatan macam ni memang sangat sangat kami hargai. Maklumlah bukan semua wanita ada suami, ada boyfriend, ada abang ke adik lelaki ke.. dan macam saya ni, sentiasa je shopping alone atau pun dengana adik perempuan. Dan kadang akdang takut juga bila nak ke tempat parking tu lebih lebih lagi bila keadaan sangatlah sunyi.

So , gadis gadis yang lone driver tu, boleh lah parking di tempat parking wanita ni ye. senang je nak identified parking ni, memula ikut signboard sampailah jumpa kaler yang pink pink sana sini. Semua pun pink …malah dia punya indicators untuk tunjuk availability parking pun warna pink .. hehe. Dan female parking ni juga berdekatan dengan entrance untuk ke lifts dan escalators. Alhamdulillah.. di bawah ni antara gambar gambar yang kami ambill.. heheh.. so exited


kan dah cakap.. pink

hah.. pink lagi

tengok tu comel je keretaku di dalam kawasan pink



pink indicator.. cool dan comel kan? kan?? i always love pink :)

Friday, March 22, 2013

Resipi Ayam Goreng Ketumbar

Assalamualaikum semua.

Saja nak share satu resipi ayam kegemaran saya. boleh lah cuba ye.
Resipi ni kawan yang bagi.Masa tu kononnya mencari resipi unutk majlis open house

Ayam ketumbar ni bolehlah di makan begitu sahaja atau akan dengan nasi lemak. sedap sangat pasal ada habuk habuk yang memang best bila di kunyah

AYAM GORENG KETUMBAR (15 orang)
3 ekor ayam (5 kg) ayam - potong 8 - cuci bersih dan
toskan airnya.

Perapan : (Tumbuk bahan ini kasar2)
1 cawan ketumbar biji
1/2 cawan jintan manis
1 buku halia muda
1 labu bwg putih

2 sd besar garam (secukup rasa)
3 sd besar gula
sedikit msg
2 sd besar serbuk kunyit

1 kg minyak untuk menggoreng

Ayam yang telah ditoskan (pastikan tiada air untuk
lebih mudah menyerap rempah) digaul dengan bahan
tumbuk, garam, gula, msg dan kunyit hingga rata. Tutup
dan perap dalam peti sejuk biarkan semalaman. kegunaan gula dlm resipi ini adalah untuk melembutkan ayam.

Panaskan minyak dan goreng ayam bersama serabut2
rempah sekali hingga garing. Angkat dan toskan dgn
kitchen towel.

Selamat Mencuba.

Tuesday, March 12, 2013

Galaxy note 2 vs Anak Haji Rahman

Minggu lepas kita enam beradik keluar dengan papa.sebab nya nak beli galaxy note 2 untuk adik nombor 2.
Dan tak di angka sangka kereta habis minyak...aishh.... Padahal dah pesan banyak kali kat papa suh isi minyak.dah beekelip kelip kot ..papaku memang degil

Tengoklah muka stress masing masing .....





Hahaha. Tapi itu hanya kekal tak lebih dari sepuluh minit.

Bila enam beradik anak pakcik rahman ni berkumpul ..ada je nak dibuat.


Tengoklah yang buat lawak

Ler yang nak posing posing pon ada


Tak tengok lagi yang nak berlagak ngan jam dia tapi tak bole blah yang kontrol cun kat depan.

Ais....rindu u all. Bila lah nak berkumpul enam beradik lagi ni











Lily She Ai Li...




Dearest Ain yang disayangi (lol), I will miss you so much ! :(. Thank you for always sending me back.hahaha... and thanks for being a good freind ! We makan besar at Gajah very soon ya !. Take care and dont forget me, cos I won't forget you. haha. muakss !! Lots a love, Ai li  6/3/13


huhuhuhuhu.... this is what she wrote for me... my lovely and pretty ex colleague...will be missing you dear...

Saturday, March 9, 2013

Coconut Shake Klebang. Jomlah


Ok.. pada satu masa dulu bila saya sebut saya dari melaka mesti semua orang nak kaitkan saya dengan belacan lah cencaluk lah. sinonim betul. yang kirim belacan pun ada. harum satu kereta bila bawa balik belacan untuk kawan kawan.pening pening. kita lupakan dulu pasal belacan.. emmm.. mungkin next entry boleh cerita pasal kefemesan belacan Melaka ni  ye.. ok ok.. kita lupakan dulu kisah belacan ye..

Entry kali ni just nak cerita yang kalau sekarang bila saya sebut saya dari melaka, mesti orang akan kata.. ohh.. yang femes dengan coconut shake tu ye? yang kat klebang tu ye? yang tepi jalan tu ye? dah jadi trend.. hihi. btw. jawapan saya. yes.. yang femes dengan coconut shake. yes di Klebang dan yes di tepi jalan tu. Tapi tu dulu.. sekarang dah ada kedai kat dalam.. tak jauh dari yang tepi jalan tu. (faham ke apa aku cakap ni). ok macam ni. dulu dia memang berniaga tepi jalan je.. panjang beratur (sampai la ni masih panjang). tapi bila dia dah femes, dan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas kedainya dah upgrade sikit. dia buka satu lagi gerai kat belah dalam selari dengan lorong kedai tepi jalan tu(serius ada masalah komunikasi aku ni). buat buat faham jelah. tak berapa pandai nak bagi direction. btw, kat dalam ada banyak parking, ada banyak tempat duduk dan siap ada kuih muih lagi

coconut shake dia, memang best. refreshing dan creamy , yummy..ice cream dia guna vanilla ice cream jenama walls.. so.. sesiapa yang singgah di melaka, jom lah lepak di Klebang coconut shake. anda pasti tak menyesal.





terkeliur buat entry ni

tengok lah tu... ice cream dia.... nyum nyum
tengoklah muka tak sabar nak telan...dah takde control ayu dah

ni lak muka malu malu kucing. padahal dah belasah segelas besar coconut shake.

Kes Sulu vs Kawan Sabah

Tadi chat dengan member di Sabah. tanya pasal kes Sulu. kononnya nak lah korek korek cerita sebenar. yelah sana sini orang dok perkata BN lah PKR lah dalang.

Tapi kena marah lah pulak. dia kata orang semenanjung sangat beruntung dan macam tak da keje dah. diorang kat Sabah takda masa nak fikir pasal politik. setiap hari dia dan keluarganya berdoa dan buat solat hajat agar Sabah bebas dari penceroboh. Doa agar prajurit negara tabah dan selamat berjuang. Doa agar mereka sekeluarga dan saudara mara di dan rakan rakan di Sabah selamat.

ye.. kia di semenanjung memang macam tak de keje kan.. yelah tak kena batang hidung sendiri kot.

marilah kita sama sama berdoa agar Negara kita Malaysia selamat dan aman seperti sediakala.Politik jom tolak tepi dulu. Rakan kita di sana nyawa di hujung tanduk... Amin.. 

Mc cafe



Siapa pernah minum di Mc Cafe?  mai lah..

Ahad lepas balik melaka. pastu ingat nak makan mc d untuk minum petang. pergilah Mc donald MITC melaka. tu yang ternampak Mc cafe. order cappucino .. perghh terbaik.. ni lah first time minum di sini. tak tau kat KL ada ke tak.. mestilah ada kan.. cuma tak tau kat mana. ada macam macam jenis coffe yang di jual...


Thursday, March 7, 2013

Sushi zanmai

Siapa pernah makan kat sushi zanmai.

Memang best.harga pun tak semahal kat sakei sushi. Tapi lebih sedap dari sushi king.

So..apa lagi jomlah.emm setakat ni pernah try di mid valley dan farenheit.tapi biasalah beratur memang panjang lah


Wednesday, March 6, 2013

Power Bank Yoobao murah

Yoobao 11200mah Power Bank

Brand:Yoobao
Specifications:
Item: Power Bank YB-642
For: Fix for various mobile phones and devices
Capacity: 11200mAh
Weight: 253g
Input: DC 5V-1000mAh
Output: 1. DC 5.3V-1000mA (MAX)
2. DC 5.2V-2000mA (MAX)
Dimension: 120mm x 75mm x 25mm
Power Status: Blue LED
Material: Non-flammable, ABS housing, Non-flammable PCB
Features:
- Charge up to 2 device the same time
- Torch light function
- Portable, rechargeable, and universal power pack
- Improve talk time and game playing time
- Flexible recharging of power pack via notebook USB port or wall adapter with USB charging cable
- Automatic recover function for your battery capacity of mobile phone or other device
- Meet all related safety standard

kalau ada sesiapa berminat sila call ain di : 011-217-58171

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...