Wednesday, July 31, 2013

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. 

DIANTARA DOA-DOA MUSTAJAB



1. Doa setelah sholat tahajud
2. Doa setelah sholat dhuha
3. Doa menjelang berbuka puasa
4. Doa antara adzan & iqoma
5. Doa antara dua khutba jum'at
6. Doa dipenghujung hari juma'at (ba'da asyar)
7. Doa dikalla turun hujan
8. Doa dikalla mendengar kokok ayam (diriwayatkan ayam adalah hewan yg dapat melihat malaikat) / waktu subuh
9. Doa imam &kholifah/­pemimpin yang adil
10. Doa orang yg ter dzolimi
11. Doa orang tua kepada anaknya

Adapun orang yang di doakan oleh para malaikat :

1. Orang yg selalu ber sholawat
2. Orang yg berada di shaf terdepan sholat
3. Orang yg merapatkan dan meluruskan shaf sholat
4. Wanita yg hamil
5. Wanita yg merawat anaknya/balita
6. Orang yg mendoakan orang lain
7. Orang yg duduk menunggu sholat
8. Orang yg tidur dalam keadaan suci
9. Orang yg membesuk orang sakit


Sumber : FB

Monday, July 22, 2013

Petua kecantikan dari seluruh dunia


Apabila bercakap tentang rutin kecantikan, memang semua wanita mempunyai petua masing – masing. Pada anda yang suka menjelajah dunia, jangan lepaskan peluang anda mempelajari rahsia-rahsia kecantikan dari negara orang.

Nak tahu petua kecantikan wanita dari negara luar


Chile
Wanita Chile menggunakan ekstrak anggur untuk kecantikan wajah mereka. Apa yang mereka lakukan sangat mudah, cuma campurkan anggur merah yang telah dilenyek bersama 2 sudu tepung gandum dan lumurkan di muka selama 10 minit sebelum membilas muka dengan air. Anggur merah mengandungi anti –oksidan yang tinggi akan membuatkan kulit mereka lebih segar dan bercahaya.

Mesir
Wanita di Mesir menggunakan khasiat daripada susu untuk kulit putih dan licin. Seminggu 3 kali, wanita Mesir akan mencampurkan 2 cawan susu tepung bersama air di dalam tab mandi dan akan berendam selama 30 minit – 1 jam. Di fahamkan juga, petua ini adalah petua rahsia kecantikan Permaisuri Cleopatra pada zaman dahulu.

Greece
Minyak zaitun sememangnya popular di negara-negara Mediterranean. Wanita di Greece menggunakan sepenuhnya khasiat minyak Zaitun terutamanya dalam masakan. Masyarakat di Greece amat menyukai hidangan yang berunsurkan ikan, sayuran dan buahan segar. Campuran minyak zaitun bersama hidangan membuatkan makanan bukan sahaja berkhasiat malah bertambah lazat.

Itali
Wanita di Itali juga menggemari penggunaan minyak zaitun . Minyak zaitun yang dicampurkan bersama yogurt segar di gunakan oleh mereka untuk menyihatkan rambut. Campuran itu membuatkan rambut mereka lebih sihat dan bercahaya.

Jepun
Sememangnya rakyat di Jepun sangat popular dengan hidangan mentah iaitu Sushi. Wanita Jepun sangat menggemari penggunaan rumpai laut bukan untuk hidangan sushi tetapi untuk mask rambut! Apa yang mereka lakukan, mereka merebus rumpai laut dan melumurkan di rambut sebelum mandi.

Sweden
Wanita Sweden menngunakan ekstrak the hijau sebahagai toner muka. Kandungan anti oksidan didalam the hijau tersebut membantu mengeluarkan sel-sel mati dan menyegarkan kulit. Wanita Sweden juga percaya bahawa sauna mampu mengeluarkan toksik dalam badan. Setelah bersauna, mereka akan melumurkan minyak zaitun ke badan sebelum membilasnya dengan air sejuk.


Nurfarrahin Huda Izamir

Suasana berbuka di Masjid As Syakirin KLCC



Suasana sebelum berbuka... selalunya mesti ada nasi berlauk, kurma, kuih tepung pelita dan bubur lambuk.. alhamdulillah.. kenyanag lah.. pukul 5 ada tadaruss sampailah pukul 6.30, lepas tu pukul 6.30 pula ada ceramah dari ustaz jemputan ataupun Imam sendiri..
 
Selalunya kita diberi masa 10 minit untuk makan kalau nak ikut maghrib berjemaah bersama then lepas tu sambung balik makan. aku ni.. buruk lantak.. selalu je makan sampai habis.. pastu buat maghrib sendiri..
Pastu terus tunggu isyak dan tarawih
Ni pula lepas berbuka.. ramai yang dah pergi sembahyang.. aku yang buruk lantak masih makan..

Mask pisang - untuk lembabkan kulit

Gambar pisang dari google.. haih bulan puasa ni tengok pisang pun sedap




Siapa suka makan pisang?
Aku suka..
dulu aku makan pisang pasal nak kurus.
kononnya boleh bagi energy dan tak payah makan nasi..
FAILED... aku tetap makan nasi dan pisang..

Selain dari boleh kuruskan badan
ada khasiat pisang yang lain..
boleh cantikkan muka????
emm.. lebih tepat boleh dijadikan mask..
Mask yang memberikan kelembapan dan melembutkan kulit yang kasar macam jalan tar

Caranya ???

Ambil sebiji pisang sederhana besar.
hancurkan?lenyyekkan pastu tepek kat muka dan leher.
tunggu 10 hingga 20 minit untuk melihat hasilnya

Selain dari itu....
Ada lagi satu popular mask recipe

1/4 cawan plain yogurt
2 tb spoon honey
1 biji pisang (sederhana besar)

Selamat mencuba ye



Sunday, July 21, 2013

Makcik Hajjah Sitt Al-wuzara Hidup lagi ???

Perempuan ni hidup lagi??
Ingat dah kena kerat ke, sembelih ke...
Tak insaf insaf..
memula dulu aku doakan agar dia diberikan hidayah..
tapi sekarang aku harap dia ni dapatlah bala.
Tak sanggup aku tengok dia menghina Islam berlebih lebihan
Malah rasulullah kesayangan kita semua juga dijadikan sindiran dan dileparkan penghinaan

KURANG AJAR PUNYA PEREMPUAN



Antara kata kata Perempuan gila ni:

Ya Allah swt ya robbi ya syaiton penurun hujan sekalian alam yang maha adil. Mengapakah engkau tidak siramkan hujan di negara Malaysia negara Islam yang beriman dan menyembahmu yang kini mengalami krisis pencemaran udara sedangkan ader kentot kau siramkan hujan tiap-tiap hari di negara kafir celanat Sweden yang udaranya sentiasa bersih dan nyaman sepanjang tahun. Rajin yer ko ya Allah swt hujankan kat tempat yang tak perlu dihujankan. Engkau memang sungguh adil ya Allah swt, memang kalah perangai syaitan.

Kalau rasa rasa berkenan nak melawat dia boleh pergi sini: Adlin Binti ABdul jalil



Ni katanya gambar dia tengah makan babi.. 

Friday, July 19, 2013

Caption The Image Contest ! by Eqbal Zack


Hi.. Assalamualaikum semua

Dah beli baju raya ke belum?
Aku belum lagi…
Tu sebab aku join contest dari Abang Eq..
Tak kenal Abang EQ?
Ish.. mana mungkin…
Semua orang kenal..
Abang Eq yang handsome lagi baik hati
(macam bodek ke?)
Haha.. bodek nak dapat duit raya
Tapi aku tak nak tamak
Aku nak share ngan korang semua
Kalau bukan rezeki aku
Mungkin rezeki kamu
JOM
Click gambar si handsome bawah ni
Dan
MENANG !!!!
..

“CAPTION THE IMAGE” CONTEST!
Simply think and write a caption for this image. 


RULES:
Spread the words and invite friends to join. Don't forget to drop your link in the comment box.
Please submit your caption in Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris at my email: eqbalzack@yahoo.com
with your Full Name, E-mail and Handphone No.
The closing date for all caption submission is midnight, 31 July 2013.
Caption will be judged on the degree to which EZ believed that the caption conveys the message and spirit of the Aidilfitri.
PRIZE x 1
ONE [1] lucky follower with Best Caption win GIFT HAMPER from

+ Duit Raya RM100


PRIZE x 3

 All winners will get Duit Raya RM50

Good Luck guys!

Thursday, July 18, 2013

Kenapa orang kaya susah nak dapat anak

Salam..
Tadi berborak dengan kakak kakak kat office .. dari cerita keluarga sampailah artis.. maklumlah sekarang kan tengah hangat cerita Ashraff Muslim kawin kat Thailand…

Biasalah kalau kaum perempuan mesti ceritanya akan menyebelahi kaum perempuan .. lebih lebih lagi kalau bab bab poligami ni..

Lupakan sebantar kisah Ashraff kawin dengan Wan Sakinah di Thailand.. Dah ramai sangat cerita pasal dia…

Tapi ada yang menarik dan tersentuh kat hati aku keluar dari mulut seorang kakak ni..
Asalnya aku bagitau dia.. Ashraff kawin lagi pasal tak dapat anak… pastu akak ni pon kata.. ohh ye lah… zuriat kan.. pastu tetiba dia cakap eh.. Lisa Suriahani pun belum kan? Ehhh Siti Nurhaliza pun belum ada anak..

Aku angguk.. ye lah… diorang pun dah lama kawin tapi belum ada rezeki… Duit banyak…

Tapi betul lah akak ni kata…
Ain, ada hikmahnya kadang kadang Nampak ramai sangat orang orang kaya dan berduit ni ntah mana silapnya tak dapat anak.. bertahun tahun kawin pun tak dapat zuriat… Bukan takda duit nak berubat… Tapi sebenarnya mungkin Allah saja buat macam tu.. tak perasankah orang yang kurang mampu, biasa biasa senang je dapat zuriat..kadang kadang sampai boleh jadi team bola.. takder hal punya... pastilah ada hikmahnya..

Dah tentu orang kaya ni banyak duit.. anak Yatim ramai.. kalaulah semua orang kaya mudah dapat anak.. sudah tentulah takda anak Yatim yang dijadikan anak angkat oleh orang kaya..
Mmm .. logic juga kan.. tak terfikir pulak aku selama ni.. sambil dalam hati.. Ya Allah besarnya kuasa Engkau Ya Allah

Cara cara buat masker telur

Tuesday, July 16, 2013

Cerita di sebalik Taddarus di Masjid KLCC dan Masjid Negara

saje nak kongsi cerita dengan korang..

tahun ni aku masuk taddarus.. Alhamdulillah... best sangat.. aku masuk kat masjid negara iaitu setiap malam ganjil pukul 11 hingga 12 malam, dan kat KLCC pula pukul 5.30 sampai 6.30 petang..

berlagak alim ke?? taklah.. terus terang aku cakap... aku bukannya terror sangat mengaji..yang kat masjid negara tu dengan tak malunya aku nak bagitau aku join group insentif.. tiap kali mengaji ada ustazah dengar... aku ni asyik kena lah tegur tajwid aku berterabur.. bukan tak belajar tapi sebab jarang mengaji... haih.. muhasabah muhasabah diri ain....

bila tengok makcik makcik tu mengaji aku malu sangat.. umur dah tua banyak tapi mengaji terror kot..
rasa rendah diri..

macam macam pengalaman yang aku dapat kutip sepanjang aku berkunjung ke rumah Allah ni.. emm.. terlupa nak bagitau yang aku berbuka di masjid KLCC, maklumlah.. seorang diri lah katakan... berbukalah ramai ramai kat masjid.. ada juga temannya kan..

lepas buka, aku akan buat terawih lapan rakaat... sebenarnya 20 rakaat tapi aku tak larat...
masa nak balik, nampak sorang nenek ni.. tanya dia nak pergi mana.. katanya nak ke train station..
rupanya nenek ni datang masjid naik bas dari dato keramat.. seorang balu..dan seorang diri..
malu aku.. aku ada kereta tapi pon kekadang malas..

lepastu aku nampak seorang perempuan ni.. tak kawin.. kakinya tempang... terhencut hencut naik ke masjid.
seorang kenalan beritahu aku.. katanya kaki dan tangannya cacat..
Subhanallah... kau beri dia cacat tapi kau beri dia kekuatan dan ketabahan.. malah dia lebih rajin ke masjid berbanding orang yang sempurna seperti kitakan.. mungkin dia banyak kekurangan di dunia, tapi dia ada Allah... amal ibadatnya lebih dari kita...insyallah ganjarannya nanti kat akhirat

sebenarnya .. ramai janda, balu, yang datang ke masjid.. terfikir aku.. ohh suamikah penghalang untuk melakukan ibadat?? hihi.. taklah... masa ada suami.. mungkin kita sibuk melayan diakan... makan minum nya.. chewah.. tapi lagi sweet kalau macam pasangan suami isteri yang aku nampak kat sini,, ramai juga yang berbuka di masjid sama sama, pastu sama sama tadaruss , pastu terawih sama sama.. yang ada anak pun bawa anak ke masjid.. masyallah dari kecil dah ajar ke masjid....

Buat sang suami, ajaklah isteri sama sama melakukan ibadah di masjid,
Buat sang isteri, jom ajak anak anak tu bisakan diri dengan masjid..
Buat yang belum kawin macam aku, jomlah kita tambahkan ilmu akhirat pulak...
(Sometimes aku pon paksa diri aku ni nak wat amal ibadat.. pasal aku percaya kata ustaz azhar idrus, paksa pasa lama lama ikhlaslah)

Aku, Nenek, dan pasar.. nenek happy sangat

Salam..  Hi semua.. well, lately ni aku sellau je cerita pasal diri sendiri.. pasal aku, pasal life, pasal sedih lah apalah.. emm.. mungkin sebab aku rasa terlalu banyak ambik tahu hal luar yang pelik dan jelik menyebabkan diri aku ni sendiri tak berapa nak betul.. padan muka aku kan.. emm.. asyik pandang kain orang... kain sendiri yang carik tak sedar..takpelah.. life is always like that..

Okey lupa kan saja kisah kain yang carik, cik mek yang molek.. saja nak cerita kisah nenek ku yang comel.. memang sangat comel.. Hari Ahad hari tu balik melaka... homesick kot.. lepas ni Raya baru dapat balik.. emm sebab tahun ni aku tamak.. aku join taddarus kat dua tempat... Masjid Negara dan masjid KLCC.. adik aku kata tamaknya long.. takpelah... dik.. jiwa kaklong kosong.. cheh.. kosong.. kosong.. macam lagu najwa latif... tu jelah modal semua orang kan bila cakap pasal kosong.. Najwa latifff juga yang dapat nama,, ko tetap kosong..

Okey nenek aku ni suka sangat masak.. kalau boleh dari subuh sampai lah malam nak duduk kat dapur... masalhnya ialah kalau nenek sorang sorang kat dapur okeylah.. ni melibatkan aku kot... heheh... tapi.. aku sayang nenek aku.. mestilah malas malas pon aku tetap jadi asistant nenek yang setia..

Tapi selain dari msak, nenek suka sangat pergi pasar.. seratus lapan juta kali aku cakap kat nenek.. nek, kat Tesco kan... MACAM MACAM ADA.. lagi murah.. lagi dekat.. lagi selesa, lagi ada aircond. tapi seratus lapan juta kali jugaklah nenek beri alasan... katanya sayur tak segar lah,,, daging tak fresh lah.. yang aku tau.. tu semua alasan semata mata k.

Takpelah.. sayang nenek sangat sangat.. ikut jugaklah.. walaupun nenek kejut aku pagi pagi pada hari cutiku yang indah ...

Tapi ..... bila sampai kat pasar, aku nampak nenek happy sangat.. nenek jalan laju laju tinggalkan aku.. nenek siap tak kasi aku ikut.. nenek kata.. ko pergilah mana ko nak.. emm.. okeylah.. aku jalan jalan pergi tengok brooch  lah tudung lah... tapi bosan.. plus risaukan nenek..

Aku pergi cari nenek.... nampak nenek kat kedai daging.. aku nampak nenek sibuk nak bergaduh ngan orang jual daging... katanya daging tu mahal.. tapi nenek minta kurang dua posen.. apalah nenek ni.. dua posen pon nak minta kurang.. mintalah kurang singgit ke.. nenek nenek..

pastu bila nenek jalan.. semua orang panggil panggil nenek... suruh singgah kat gerai.. siap panggil nenek mak lah, mak aji lah, nenek lah.. cute je nenek senyum senyum,,, happy orang panggil panggil dia..

Dalam hati aku.. sebenarnya bukan apa yang ada kat pasar nenek suka sangat ke pasar.. tapi nenek rindukan suasana tu.. suasana meriah di pasar yang dah sebati dengan dirinya.. yelah dulu selalu je nenek ke pasar dengan arwah datuk.. nenek suka je bila nak tawar tawar walaupun dapat kurang seposen dua je.. nenek suka nak jumpa penjual penjual yang dah kenal nenek.. yang cam nenek..

aih... nenek nenek.. moga Allah panjangkan umur nenek ye....

Ni lah pasar besar melaka...

Nampak tak ... nenek tinggalkan aku..... lajunya jalan


tengok tu... belinya ikan bilis seringgit tapi aku duduk tunggu dia.. lima belas minit tunggu nenek  borak borak ngan kakak jual ikan masin....

kadang kadang kita rasa pelik jelik melihat perangai nenek atau mak kita yang dah tua merepek repek.. tapi.. mungkin itulah yang membahagiakan diorang.. nampak macam bosan je nak pergi pasar, tapi bila nampak muka nenek happy, cahaya kat mata nenek, aku rasa bangga sangat dapat bawa nenek ke sini...

macam diorang tengok kita main FB, mesti diorang rasa jelik dan menyampah tapi pasal diorang sayangkan kita, diorang biar je kita mengadap komputer satu hari suntuk sedangkan .. dalam hati mereka.. sunyi... nak berborak dengan kita....

aihh... sayangilah keluarga kita... sayangilah ibu, ayah, nenek dan atuk kita.. layanilah mereka sebaik mungkin sebelum mereka pejam mata..

kalu kita rasa bosan dengan perangai mereka,, jangan tunjuk.. cuba ingat masa kita kecil kecil dulu.. macam mana mereka melayan kita..

paling tidak cuba lah kita ingat balik iklan raya petronas..

Burung apa tu nak?
Burung murai bah
Burung apa ?
Burung murai bah..
Burung apa?

cuba klik sini... IKLAN SEDIH RAYA

Friday, July 12, 2013

kita boleh pilih

dalam hidup ni kita memang boleh pilih..
kita boleh pilih gembira dari pilih sedih
kita boleh pilih sihat dari sakit
kita boleh pilih bahagia dari pilih derita..
semua atas pilihan kita...
kita juga boleh pilih melupakan dari ingat kan...

tapi kalau sudah ditakdirkan kita mati ..
masih juga bole memilih... biarlah mati dalam iman...
kalau ditakdirkan kecewa......
pilihlah menangis dalam syukur bukan meratap kekesalan... insyallah..

Allah ni maha Adil...
memang dia dah tentukan takdir kita.. tapi kita masih diberi peluang memilih...

Thursday, July 11, 2013

rain and tears

Alhamdulillah... pagi pagi hujan..hujan rahmat namanya..

Di saat musim panas di bulan ramadhan ni.. tak sangka Allah turunkan hujan..

sejuk je pagi tadi... syukur Ya Allah di atas nikmatmu

Bila hujan macam ni.. teringat satu ketika.. dalam masa beberapa bulan yang lepas.. masa tu hujan setiap hari waktu petang... saya sangat suka.. sebab masa tu saya akan nangis puas puas sambil jalan baik atas rumah.. macam lirik lagu kat bawah ni.

Rain and Tears

rain and tears are the same
but in the sun
you've got to play the game

when you cry
in winter time
you can pretend
its nothing but the rain

how many tims ive seen
tears coming from ur eyes

rain and tears are the same
but in the sun
you ve got to play the game

give me an answer of love
oo ooo oh
i need an answer of love
oo oooo oh
rain and tears in the sun
but in your heart
you feel the rainbow waves

rain and tears
both i shun
for in my heart there i' ll never be a sun

rain and tars are the same
but in the sun
you ve got to play the game
game....

sedih kan lagu ni..
tapi sebenarnya rain and tears are not the same. sebab sampai atas adik saya mesti tanya...

ko nangis ke long....

Amarin Restaurant

kalau keluar dengan dr marina tak sah lah kan tak makan makan.. so hari ni kita menjamu selera di amarin Restaurant kat Mid Valley. nama pun Amarin kan... dah tentu makanan nya ala thai.. memang not bad. cuma satu je... kitorang konon nak try lah air baru ... namanya amarin lychee mint tak silap.. tapi mana tau rasanya macam air rumput... hehe.. tapi tu je lah.. yang lain semua ok.




               Dr Marina in the house... and wana yang bersinar.. shine bright like a diamond

                                                                           love in the air

                                                                       Si gedik

Monday, July 8, 2013

Bila Ingat Allah insyallah kita akan ingat mak ayah

Seringkali saya terdengar ibu bapa berpesan pada anak anak..
Jaga diri .. Jaga nama baik keluarga. Jangan buat benda tak baik.. Jangan malukan mak dan ayah.
Tapi seringkali juga mereka tidak mendengar kata…
Kerana.. lumrah manusia tak suka bila kita kata jangan .. tak suka bila kita kata tak boleh..
Cubalah berpesan,
Wahai anakku yang baik.. Jaga lah hubunganmu Dengan Allah kerana DIA maha pengasih dan penyayang yang akan melindungi anakkau yang baik wapau dimana berada. Ibu doakan agar kau sentiasa dilindungi Allah nak..
Cubalah.. bagi saya bila anak itu menjaga hubungannya dengan Allah, insyallah dia akan mejaga nama baik kelurga, akan takut unutk menderhaka kepada kedua ibu bapanya…dan sentiasa mencintai ibu bapanya… ingatlah anak bukan hak kita.. anak hak Allah… Insyallah…

Saturday, July 6, 2013

Kisah wanita yang tak nangis ditinggal kekasih

Seorang wanita muda harus menerima kenyataan pahit dalam perjalanan hidupnya. Lelaki yang disayanginya, yang telah menjadi tunangannya, yang beberapa bulan ke depan telah ditetapkan tanggal pernikahannya, ternyata ia pergi begitu saja meninggalkan dirinya hanya demi mengejar wanita lain.

Hebatnya wanita ini tidak bersedih, tidak menangis, tidak meratap-ratap, tidak kecewa, tidak sakit hati, tidak dendan dan tidak bertindak yang aneh-aneh. Akan tetapi ia tulus ikhlas membiarkan lelaki tunangannya itu pergi.

Maka ketika seorang sahabat baiknya datang bertanya :

"Kenapa engkau tidak bersedih hati dan engkau biarkan dia pergi begitu saja untuk mengejar wanita lain?’’

Maka wanita muda itu menjawab :

"Mengapa aku harus bersedih hati? Aku hanya kehilangan seorang yang tidak pernah
mencintai diriku dengan tulus. Yang pantas bersedih hati itu adalah dia yang telah kehilangan orang yang benar-benar mencintainya. Mungkin Allah punya rencana lain untukku. Mungkin Dia sudah menentukan jodohku dengan orang yang akan lebih
menyayangi aku dengan tulus. Lagi pula untuk apa memaksa seseorang yang sudah tidak mau menyayangiku? Dan kalupun dia memang tercipta untukku, aku yakin dia akan kembali kepadaku. Sungguh Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui yang terbaik bagi hamba-hamba-Nya."

SubhanAllah

Fadhilat surah Al fatihah



1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu



Sumber

Friday, July 5, 2013

Separuh aku... mana kau pergi???

Ada sesuatu yang hilang pada blog ni sebenarnya..
jari jemari ni tak mampu untuk menari nari dia atas kekunci keyboard..
 sebabnya.. sungguh ada sesuatu yang hilang..
bila melihat post post lama.. terlihat senyuman seseorang..
terlihat gelak tawa seseorang yang tak pernah luput di ingatan.. 
seperti mana sebelum ni hati ini berdua begitu juga post di dalam ini ada dua jiwa sebenarnya..
tapi ianya telah pergi.. pergi dengan kejam sekali..
buat pertama kali aku merasa benci pada kesetiaan..
benci pada pengorbanan. sebabnya takda makna.. bersusah untuk orang yang akan meninggalkan bila senang.. benci bila melihat kebodohan diri yang tak masuk akal..

HATI... tabahlah...

Thursday, July 4, 2013

Aku, Pak Guard dan Library Raja Tun uda shah ALam

Hari tu pergi Library Raja Tun Uda shah Alam yang kat  Kelab Golf tu section 13. Konon nak study for final. cheh.. nak dapat feel.. actually library ni agak baru dan canggih tak silap rasanya ada dalam 5 tingkat kot. ok lah.. best kat dalam .. ada siap wifi free lagi. pastu ada tempat kanak kanak , ada canteen, surau kat every floor and also ada gymnasium. okeylah cuma yang tak berapa nak best ialah first, tak cukup meja study. lima lima tingkat penuh . rasanya banyak je lagi kawasan kosong untuk letak meja. tapi library ni lebih mementingkan interior design dia compare to kemudahan belajar. second tempat parking.. serius tak cukup.. kecik sangat dan tak berapa nak faham kenapa mesti macam tu.. buat library sampai lima tingkat tapi parking takder.. agak agaklah.. hihi macam marah sangat kan.. memang marah .. sebab ada incident yang buat saya rasa.. entahlah.. 

Kisah nya macam ni.. saya susah nak cari parking... pastu saya nampak kat sebelah sana ada satu kawasan parking yang agak banyak. dan saya lihat  ada satu kereta park dan pastu pergi ke library. ok fine.. saya pun pergilah park kat situ.. round juga tapi tak nampak apa apa signboard yang tulis tak boleh park.. pastu saya pun park.. pastu tiba tiba ada satu guard datang...

Guard   : nak pergi mana ni.
Saya     : nak pergi library bang
Guard   : ni tempat orang nak main golf. tak boleh parking sini
Saya     : Ohh.. saya minta maaf ye bang.. saya tak perasan. Ok saya alihkan kereta. tau tak kat mana boleh parking untuk library
Guard   : mana saya tahu.sebelah sana lah.. apalah... sekolah tinggi tinggi bodoh.. tak baca ke signboard tak boleh parking
Saya     : maaf lah ye.. saya memang tak perasan. saya tak nampak signboard tu... saya alihkan kereta ni sekarang (dalam hati berzikir agar tak lempang muka guard tu)
Guard   : bodoh .. belajar tinggi tapi bodoh.. buat malu je tak boleh baca,,

Saya malas nak gaduh dan blah. nasib baik nak final.. malas nak gaduh gaduh... Cuma apa yang saya belajar ialah.,

1) Lain kali ,alert.. jangan main parking je.. 
2) Baru saya tahu.. antara adab orang yang educated dan yang tidak. sorry..Jangan offense .



Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...