Wednesday, April 22, 2015

Adik aku dah nikah


Alhamdulillah, dengan dua kali lafaz nikah adik aku yang no. 4 dah pun bergelas isteri. Syukur… lama sangat diorang kawan. Dari zaman belajar sampailah bergelar suami isteri.. banyak yang telah ditempuhi mereka berdua sehinggakan pernah satu ketika adik aku tak pasti benarkah Ammar Hafiz ni jodoh dia.

Sesungguhnya jodoh pertemuan memang di tangan Allah. Tersurat dah wana milik Ammar.. Ammar imam wana.

Sebenarnya mereka berdua bernikah pada 4 April 2015. Agak lewat untuk aku update post ni. Mungkin juga aku masih bersedih sebab terpaksa melepaskan adik aku sorang ni. Actually aku bersyukur dan gembira dia atas kebahagiaan mereka.. Cuma biasalah bila adik yang agak rapat dengan kita nak melangkah ke alam perkahwinan, terusik juga hati ni.

Sebenarnya kami dari kecik memang tak rapat langsung. Selalu bergaduh. Gaduh pulak memang gaduh kow kow… Pernah masa tu, aku rasa benci sangat ngan dia..(kecik tak hati wana kalau baca)
Tapi sehinggalah aku dah besar.. masa tu, tiba tiba je ternampak dia baca novel Alaf 21 … dan kebetulan masa tu aku pun berminat juga baca novel Alaf 21. Tak silap aku Novel Pergilah Sepi kot.. hahhaha.. strat dari hari tulah kami rapat.. sebab berkongsi minat yang sama.

Dan semenjak itu, kitorang selalu je update pasal novel terbaru, sehingglah berkongsi segala cerita.. Wana ni memang lain sikit. Perangai nya agak manja dan menyakitkan hati.. hahhaha.

Tapi dia memang special

-          -Yang paling suka emo
-          -Yang paling cepat risau kan orang.. segala apa cerita accident kat FB, mesti tag nama kitorang
-          -Pastu, kalau selagi aku tak sampai rumah, dia akan call berkali kali.. tanya kat mana.
-         - Suka menyakitkan hati orang.. pastu tetiba kiss pipi kita balik.. ckap.. sayanggg kaklong
-         - Penakut lak tu.. bila balik Melaka, dia mesti akan sibuk nak tidur ngan aku..

Tulah.. nanti aku bayangkan nak kene tidur sorang sorang, pastu mesti dia tak nak take care kat kakak dia ni dah… huhuhu sedih… tapi.. aku tau.. dia bahagia.. dan aku tumpang bahagia….

Aku harap sangat dia menjadi isteri yang solehah, dan Ammar menjadi imam yang terbaik buatnya. Semoga jodohnya berkekalan dan dilimpahi rahmat…. Insyallah….

p/s kawin ni best tau.. (katanya)
hahahha.. fine…. 


Imam Wana yang tertulis

Baju nikah yang  buat mak andam dia nak pengsan sebab suka sangat
Tengoklah.. cantik macam kaklong dia
Hand Bouquet hasil tangan aku
Hantaran unutk pihak lelaki hasil tangan aku
Hantaran unutk belah perempuan.. hasil tangan aku juga..

Siapa nak tempah boleh lah ye... huhu

No comments:

Post a Comment