Tuesday, March 31, 2015

Alhamdulillah

Alhamdulillah..

Sesungguhnya rezeki Allah memang luas.
Kegagalan pertama pula bukan untuk selamanya

Besok Si Dia masuk kerja baru. Hasil penat lelah berbayar
Biarpun hari ni kene bayar saman AES.
hahha.. mana ada kejayaan tanpa dugaan

malam ni dia berangkat naik ke KL.
katanya macam nak nasuk hostel. huh anak mak.. hihi

Insyallah.. niat kerana Allah.. moga segalanya dipermudahkan.. Amin

Tuesday, March 24, 2015

Gadis idaman

Semua lelaki ada ciri-ciri wanita yang diidamkan. Macam tu juga aku. Tapi aku bukan la yang jenis yang mementingkan rupa. Bagi aku rupa paras yang ada cuma 1 pinjaman Dari Allah swt dan juga bersifat sementara.
Setelah aku mengenali 'A',aku banyak belajar dari dia. Setelah aku kian mendalami dia,aku belajar perkataan IKHLAS yang tidak ramai pasti tentang maknanya yang sebenar. Bagi aku, kehadiran dia dalam hidup banyak mengubah aku ke arah kebaikan.
Sesungguhnya,dia cukup sempurna bagi aku. Sangat sempurna kerana dia adalah ciptaan Nya. Apa yang diturunkan pada aku sempurna. Dia mampu berdiri menyokongku di saat aku jatuh,lemah tanpa ada sokongan.
Kadangkala perkataan yang keluar dari mulut Ku ini mungkin mampu mengguris hati. Tapi aku tiada berniat sebegitu. Kerana aku tahu dia cukup sempurna buatku.
Nukilan ikhlas
-asyraf-

Monday, March 16, 2015

Dia bukan yang terhebat.

Dalam hidup aku ni, Dia bukan lah lelaki pertama pun yang hadir. Aku ni ramai gak pakwe. Tapi semuanya pun pakwe tak jadi. Dalam erti kata lain, bukan jodoh.. kawan ramai. Macam macam dah aku jumpa. Yang aku kawan sampai 6 tahun, yang kaya, yang handsome, yang lain bangsa pun ada. Pendek kata aku pernah jumpa dari the best sampai the worst. Yang buat aku nangis tertonggeng tonggeng pun ada. Kadang kadang aku terfikir.. kenapalah aku kene lalui eh jumpa semua semua lelaki tu. Buang masa.. malah buang air mata.

Tapi bila kau fikir balik.. semuanya Allah SWT dah atur sebaik baiknya. Kalau aku tak tempuh semua tu, aku tak pernah rasa nak berubah. Aku tak tau erti sabar.. aku takkan tau erti redha. Dan yang paling penting aku memang tak kan tau erti ikhlas. Aku mungkin masih huha huha macam dulu.. aku mungkin masih abaikan solat.. aku mungkin masih melagha tak tentu hala…

Tapi juga.. kalau aku tak jumpa lelaki lelaki yang melukakan hati aku dulu.. mana mungkin aku akan menghargai apa yang aku ada sekarang… dia mungkin bukan yang paling handsome, paling kaya, paling hebat.. tapi serius.. dia ada sesuatu yang buat aku rasa aku cukup segalanya.. kesederhanaan dia dan sifat down to earth dia buat aku rasa.aku bersyukur. Amin

Apa pun jodoh pertemuan di tangan Allah. Aku tak pasti masa hadapan.. Cuma aku berdoa sekiranya dia adalah yang terbaik buat ku, dan juga Agamaku… permudahkan lah segalanya Amin.
Segalanya aku berserah pada Allah.. sebagai manusia , kita tak tau apa akan berlaku.. sesungguhnya yang baik itu dari Allah yang buruk datang dari diri kita sendiri…


-Ain-

Saturday, March 7, 2015

Kisah ida dan laki curang dia.

Eh... Kenapa nangis ni ida? Tanya aku pada sahabatku ida... Tergesa gesa aku jumpa dia tadi.. Dok sebelah section je.. Lama gak kenal ngan dia... Tak sellau jumpa..tapi tau setiap peristiwa hidup dia...

Aku nak pinjam lima puluh boleh? Tanya ida.... 

Lah... Boleh je... Kenapa ni? Laki ko tak bagi duit ke? Tanya aku..

"Babe.. Laki aku accident last week. Kaki dia teruk... Doktor kata boleh baik.. Tapi ambik masa.. Paling cepat setahun... Aku kene cari keje... Ni resume aku.. Kot kot office ko nak cari staff...aku takda qualification.. Tapi ko tau kan aku pernah jadi receptionist dulu"

Aku mengangguk... Ye.. Dia pernah jadi receptionist.. Sembilan tahun dulu kot... Aduh... Susahnya hati aku.... Mana nak hulur resume dia ni... Terbayang aku kat anak anak dia tiga orang. Semua pon sekolah lagi...

"Aku kesian kat laki aku babe... Teresak esak dia nangis .. Sakit kan babe... Kaki kot... Sakit hati aku melihat penderitaan dia babe.. Tapi aku syukur nyawa nya masih panjang babe..... " sambil tu mengalir air mata ida....

Aku sebenarnya tengok nangis.. Tapi aku terimbau kisah dua tahun dulu kot... Kalau tak silap aku

Dua tahun lalu....

"Ida.. Jangan lah nangis....." Aku usap bahu dia

" tak sangka ain... Laki aku ada hubungan ngan kawan office dia.. Pergi genting... Pergi hotel... Aku jumpa gambar diorang dalam bilik .... Laki aku curang ain..." Ida macam gila aku tengok... Hentak hentak meja sambil nangis...

" aku kan harap laki aku nanti masa tu jatuh sakit.. Pastukan ain.. Aku nak tunjal kepala dia.. Aku nak curang depan dia.. Aku nak sakitkan hati dia ain... Aku tak nak jaga dia ain.. Aku nak tinggalkan dia... Aku harap benda tu berlaku.. Biarlah tuhan balas.. " tak silap aku ni lah ayat ida lebih kurang cam ni...

Doa ida dimakbulkan.. Bukan sakit teruk macam ida minta.. Tapi accident teruk.. Tak mati pun tapi cukup untuk dia hidup dan insaf tengok ida yang dia curangi mati mati berkorban untuk lelaki curang macam dia... Terdetik gak nak ingatkan ida kisah dua tahun dulu... Tapi tak baik lah..

Aku buka beg... Kuar kan seratus.. Semoga dia dapat keje.... Amin..

-Ain-


Keikhlasan

Sepanjang hidupku,aku melalui segalanya tanpa meletakkan rasa keikhlasan yang sejati. Tapi,apakah makna sebenar ikhlas? Bak kata muda mudi zaman sekarang,ikhlas tu rasa yang hadir dalam hati apabila kits nk lakukan sesuatu demi seseorang.
Betul ke itu maksud sebenarnya ikhlas?
Atau tu cuma 1 pemahaman yang terbit pada golongan muda mudi zaman sekarang?
Biarlah pengalamanku menceritakan dan memberi apa makna ikhlas yang sebenarnya....
Aku telah lahir dalam keluarga yang sederhana kehidupannya. Ibu dan bapaku adalah seorang yang sangat mementingkan pelajaran dalam kehidupan anak-anak mereka. Tetapi pada zaman kecil,apalah yang aku faham tentang pentingnya semua itu.
Aku telah dikurniakan bakat mampu mengingati banyak benda terutama yang melibatkan angka dan digit. Sehingga kini,angka-angka yang pernah hadir dalam diriku walaupun kini usiaku sudahpun menjangkau 30an. Aku masih mampu mengingati segalanya dengan baik.
Sejak dari sekolah rendah lagi, aku merupakan pelajar yang cemerlang yang kekal meletakkan tempat ku di hadapan dan seiring pelajar cemerlang yang lain. Tetapi apabila aku mula menjangkau remaja, pelajaranku mula merosot. Apakah puncanya?
Ketika itu,aku cuma belajar di atas dasar mengikut kehendak dan bukan kerana atas sebab ikhlas. Semasa di peringkat yang lebih tinggi,aku berjaya mengekalkan kedudukan aku lebih hadapan berbanding rakan-rakan ku yang lain.
Tetapi,apabila bermula nya zaman kerja...
Aku menghadapi kesukaran menempatkan diriku. Rakan-rakan Ku yang dahulunya berada di belakangku kini hampir semua lebih berjaya daripada Ku. Setiap hari aku akan termenung di 1 kawasan persembunyian ku until berfikir sejenak.
Dalam berusaha untuk memperbaiki corak kehidupanku ini,aku telah menyambung pelajaran Ku ke aras yang lebih tinggi. Tetapi aku tetap tidak dapat menempatkan diriku lagi. Aku sering bertanya pada diriku. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Dalam sedang aku bertarung mengubah segalanya,ditakdirkan aku bertemu seseorang. Pada mulanya hanya lah seorang teman biasa tanpa erti apa-apa.
Semakin lama,aku rasakan yang aku menyayanginya. Rupanya,aku tidak bertepuk sebelah tangan. Kami telah menyulam perasaan kasih dan perasaan cinta. Kedua belah pihak keluarga tiada halangan tentang perhubungan kami.
Pads suatu masa, kami telah berbual. Begini perbualannya.
Saya : apakah yang buat ayg suka pada b?
Dia.   : b ada kelainan daripada orang lain
Saya : apa dia?
Dia.   : b mengutamakan keluarga b Dahl
Dia.   : ayg percaya b akan mampu jaga keluarga ayg juga
Saya : selain ITU?
Dia.   : ayg ada buat istikharah dan ayg percaya b lah lelaki yang diberi dalam petunjuk ITU
Ya Allah, aku terdiam. Aku terlupa. Aku terleka.
Selama ini,aku telah sangat lalai, bahawa DIA merindui semua hamba nya.
Selepas perbualan itu,aku termenung sendirian sambil merenung wajah ibu dan bapaku. Aku mencari jawapan.
Aku mengambil wudhuk dan melakukan solat sunat. Aku berasa sangat tenang. 1 perasaan yang selama ini malap dalam diriku. Aku terkejut. Aku teruskan mendekati segala aktiviti kerohanian. Dari situ aku mula faham apa itu ikhlas yang sebenarnya.
Ingatlah, ikhlas tidak bermaksud untuk  seseorang. Tetapi jika kita kembali dan letakkan ikhlas kerana Nya,insyaallah segalanya akan dipermudahkan
Nukilan ikhlas
-asyraf-

Friday, March 6, 2015

Kekecewaan

Pernah tak lalui satu fasa di mana korang melalui rasa kecewa yang mendalam?
Kecewa tu satu perasaan yang dikurniakan oleh Allah dalam menguji hambanya.Adakah kita sentiasa ingat pada Nya tatkala gembira Dan juga berduka.
Selama 27 tahun,aku hidup tanpa ada matlamat hidup yang jelas. 2015 telah membuka 1 lembaran baru dalam hidup aku. Aku menemui cahaya yang menyinari kegelapan dalam hidup ini. 1 harapan yang selama ini aku tunggu. Aku telah ditemukan dengan jodohku. Segalanya berlaku dengan sangat pantas.
Segala matlamat telah dicurahkan dengan segala usaha yang Ku mampu. Berkat dengan restu IBU Ku,kasih bapa ku Dan cinta dari dia, aku melangkah dalam mencari rezeki dalam memastikan yang terbaik untuk semua.
Tapi apa yang mengejutkan ,aku telah gagal. Buat kali pertama aku rase kecewa. Aku kecewa dengan diri Ku. Rase dunia seakan gelap untuk seketika. Terasa yang aku tidak berguna. Rasa seperti aku telah mengecewakan semua orang. Impian membina masjid jadi gelap seketika.
Tetapi,alhamdulillah semua orang di sisi aku memberi sokongan pada ku tatkala aku dalam keadaan yang lemah terutama IBU bapa dan kekasih hati. Aku bangkit menyahut cabaran dunia yang berlaku kejam pada diriku INI
Nukilan ikhlas
Asyraf

Mr. Istikharahku

Ternyata semalam hari yang memenatkan. Teringat aku di mana dia memandang aku . Pohon doa.. pohon pengertian.. aku hanya membiarkan sahaja pandangan matanya. Yeah.. aku ambil cuti.. sebab Si Dia nak pergi temuduga. Temuduga kerja baru demi masa depan kami. Katanya.. haha. Aku gelak je. Lebihnya aku nak cuti untuk rehatkan minda sambil dating dating.

Pagi lagi Si Dia dah datang. Dating dating sikit.. lepas tu terus ke HSBC Cyberjaya. Ramai yang menunggu.

 Aku melihat dia.. “B,.. ayg confident dengan B”... dia senyum je sebenarnya.. Nampak je seri muka dia naik.. hahah.. kata semangat aku di samping doa mak adalah yang paling istimewa.. katanya.. 

Setelah sejam berlalu.. ternyata dia gagal. Aku tak pasti dengan perasaan aku sebenarnya. Aku kecewakah? Tapi aku harus kuat. Kalau aku kecewa.. ternya dia lagi kecewa kan.. tapi aku lihat dia biasa je.

So kami pun lintas jalan balik ke kereta. Dia sempat lagi hisap rokok untuk menghilangkan tension. Aku hanya memerhati.. masih tercari cari rasa hati dia. Dia Nampak biasa. Tapi dia tak seperti biasa.

Kami masuk kereta. Dia maraup mukanya. Menagis tersedu sedan. Aku terpana. Aku tak tau nak buat apa. Takkanlah tak dapat kerja rasa frust gila? Lagipun ni baru temuduga pertama.

Katanya... dia rasa useless. Dia mengharapkan sangat kerja di sini. Demi masa depan kami. Sebab nanti nak tanggung aku bila kami kahwin. Nanti nak bahagiakan aku. Yang paling penting nak dekat ngan aku

Kata aku.. sebenarnya .. seperti yang dia pernah katakan.. akulah wanita paling ego yang dia kenal. Bukan kerana aku ego aku hebat. Tapi aku takut terluka lagi.. berkali kali aku terluka.. dan aku tak nak bagi muka kat dia.. tapi dia... lelaki paling sabar pernah aku jumpa.. dan lelaki yang buat pertama kalinya buat aku rasa sangat dihargai sebagai wanita..
Semalam buat pertama kalinya dia menjatuhkan ego aku. Aku menangis depan dia. Aku terharu dengan apa yang dia lakukan untuk aku.

Ye.. semalam hari dia gagal dalam temuduga. Tapi semalam adalah hari di mana dia Berjaya mengubah pendirian aku terhadapnya. Hari di mana aku rasa.. rupanya masih ada yang sudi mencintai aku sepenuh hati... hari di mana aku takut kehilangannnya..

Ya Allah.. sesungguhnya jodoh yang datang dari MU adalah terindah...


B, terima kasih buat segalanya... Mr Istikharah ku....

-Ain-

Tuesday, March 3, 2015

10 jenis manusia annoying dalam train

Salam. saja je buat entri ni, terfikir masa naik train tadi. suka suka je.. lau terkena tu minta maaf lah ye...


1)      Penumpang yang suka berlagak
Kalau cakap telefon bukan main lagi kuat. Nak satu train dengar.
 “ Ye Dato’ .. business 8 juta tu.. bla bla bla  bla..” (sambil tu mata melilau nak pastikan semua orang dengar dia cakap ngan Dato dan ada business 8 Juta)

2)      Penumpang yang berlagak ada boyfriend atau girlfriend
Kalau cakap tu punyalah gedik dan manja macam ulat bulu naik daun
“ Abang…. Kentut abang busuk… sayang suka…” (dengan melentokkan kepalanya di bahu penumpang sebelah)

3)      Penumpang yang suka mengumpat
Selalunya naik train sama sama dengan officemate.
“Eh Salmah.. you know.. boss  kita kan kawin lagi satu…pastu bini dia kan yang pergi meminang… bla  bla bla “ (Cakap sampai tak sedar train dah sampai kat mana.. pastu nanti tanya budak sebelah.. eh dik.. tumpang tanya ni station apa ye)

4)      Penumpang yang romantic
Ni selalunya couple baru nak membesar. Punyalah romantic macam nak termasuk bawah ketiak pakwe berpeluk . Orang keliling sellaunya tak cover cover pun buat muka berbulu kat diorang ni.. tapi diorang lagi bangga… trust me.

5)      Penumpang yang suka bersangka buruk
Pantanglah terlanggar sikit.. mesti berdecit decit.. sambil pegang handbag macam kita nak ragut dia pastu jeling-jeling.. moral of the story kuruskan badan.. baru tak terlanggar

6)      Penumpang yang over concern
Pantang nampak perempuan buncit mesti bangun bagi duduk. Bagus..
“kak, silalah duduk.. akak mengandung dah  berapa bulan ye?”
“eh.. tak lah dik.. ni bukan baby…. Ni baby fat.. huhuhuhuhu… malu kitew”

7)      Penumpang yang suka berpura pura
Bila dia nampak je perempuan mengandung masuk.. terus tidur berdengkur dengkur. Padahal seminit sebelum tu tengah selfie. Manusia tak guna tul.

8)      Penumpang mengelabah nak duduk
Dia duduk 500 meter jauh dari anda. Pastu orang depan kita bangun nak turun.. kita baru nak angkat bontot nak duduk, tetiba manusia yang 500 meter dah duduk depan kita.. mesti dulu dia pelari pecut Negara.

9)      Penumpang yang kurang kasih sayang
Ni kebiasaannya lelaki. Kalau masuk train mesti cari perempuan. Duduk dekat dekat kat belakang dan melakukan aksi kasih sayang. Tip mengelakkan lelaki gila seks ni ialah bawa jarum peniti. Kalau dia dekat je.. cucuk.. confirm dia tak berani dekat.

10)   Penumpang yang bukan manusia

Masa beratur hanya ada dua barisan. Iaitu kiri dan kanan pintu train. Tapi masa train sampai muncul  pulak empat lima barisan.. tetiba je manusia –manusia tak bertamadun yang duduk duduk dan tak beratur tu… sedap sedap je  masuk kat tengha tengah.. serius ni memang rasa nak bagi pelempang. Pastu siap kat dalam train dia pulak dapat duduk. Ishh. Memang bukan manusia betul. Sebab kalau dia manusia.. sure dia tahu peraturan dan adab.

Wedding kawan yang sedikit rare

Ok.. Ni kisah hari ahad.. Pergi kawan nya wedding. Agak rare.. Buat kat gelanggang futsal.. Idea memang menarik.. Cuma cuaca agak panas.. Kek pun hampir cair..so take note musim panas ni lau nak tempah kek kawin kene guna fondant cake..biar tak sedap asal bergaya..hihi ..

Tapi so far weddingnya berjalan lancar. Pengantin nampak cantik dan lauk memang the best...


Tema kuning
Raja sehari berarak kul 2:30. Rare gak kan.. Tapi meriah
Ada belon..untuk penanda..ni pun rare..tapi cute

Ok.. Salam

Musim orang kawin


Bulan lepas dan bulan ni je dah hampir lima jemputan. Memang kiranya musim orang kawin lah ni...

Selalunya insyallah mesti akan cuba sedaya upaya untuk pergi sebab mak selalu pesan.. Kalau ko tak pergi nanti besok ko kawin takde sapa nak datang.setiap kali teringat pesan mak ni mesti saya akan cargas...lagipun masa ni lah nak jumpa kengkawan lama.. Tapi nanti soalan wajib ialah..ko bila lagi... Erkkk..

Monday, March 2, 2015

Ingatan untuk aku kau dan semua

Sejak akhir akhir ni memang agak bz kat office. Masuk pukul 9.00 balik pula lepas pukul 6. Itupun kalau kerja habis awal. Kalau tak pukul 7 atau 8 baru keluar dari office. Sementara berkemas dan ke parking pun dah ambil masa dalam setengah jam .. campur dengan jammed, lebih kurang dua jam juga untuk sampai rumah. Balik rumah dah malam. Gosok gigi mandi solat dan tidur. Besok ulang yang sama. Tulat pun sama. Semalam dan kelmarin pun sama. Jadi bilanya masa untuk cakap dengan mak eh. Kadang kadang Nampak missed call from mama. Kadang kadang pula dari papa. Tapi balik kerja baru call balik. Kadang kadang dah malam sangat. Mama pun dah tidur dan tak ingat apa pun yang nak mama cakap. Letak phone dan sambung drive...

Dapat satu msg dari whatsapp.. katanya nanti kalau kita mati.. hanya ahli keluarga kita sahaja yang akan mandikan jenazah kita. Bukan kawan office, bukan BFF, bukan bos besar, bukan bos kecik..

Tapi hanya keluarga..


Renungan buat diriku ini..

Terima kasih ex boyfriend

Setiap  apa yang berlaku pasti ada sebab nya.
Kalau orang putih cakap everything happens for a reason.
Semua pun sudah di tetapkan.
Kalau ini tak berlaku mungkin itu takkan terjadi.
Begitulah sebaliknya.
Walaupun kita tak dapat apa yang kita ingini.
Jangan sesekali kita mengalah dengan apa yang kita percaya.. lebih lebih lagi pada Dia yang Esa. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.Percayalah
Mungkin hari ni kita tak Nampak. Tapi esok esok baru kita rasa.
Pernah satu ketika cinta monyet saya di rampas orang ketiga
Malah cinta monyet saya tikam belakang saya
Sedih mengalahkan orang mati laki
Pergi kerja pun takda semangat
Sampaikan bos panggil.. katanya “ one day you should thank him.. tell him that... thanks for giving me this experienced.”
Sekarang baru faham.. memang kalau jumpa si cinta monyet..
Nak cakap.. terima kasih sebab tinggalkan saya. Saya jadi lebih kuat. Saya jadi lebih pandai menghargai . saya lebih maju dari sebelumnya. Terima kasih untuk segalanya...

Walau di saat sedih mahupun di kala suka.. mari kita kutip setiap pelajaran yang dapat kita pelajari. Bagi menghadapi hari hari yang mendatang

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...