Tuesday, June 30, 2015

Jangan sesekali percaya lelaki ye.



Bila cakap pasal lelaki.. aku memang tak pernah percaya cakap depa... Hihi. Diorang ni serius mulut manis.. sweet talker semuanya... Nak tau kenapa? Ini cerita lima enam tahun dulu... ketika masa tu aku masih muda belia dan remaja gemilang lagi..

Aku masih ingat lagi waktu tu aku nak kuar makan ngan kawan kawan lelaki aku... Actually diorang yang  beria ria nak ajak aku sekali... katanya kena ada bunga barula saham diorang naik melambung tinggi.. ok... fine..... dipergunakan betul.

Tapi bukannya apa.. semua pun sahabat baik... takde apa .. just nak makan makan kat mamak kat section berapa aku tak ingat. Tapi sekitar area Shah Alam.

Lepas bersiap, diorang suruh aku tunggu kat bus stop kat depan rumah aku...tengah tunggu tu, datang lah sebijik BMW hitam. Wow.. ternganga jap aku .. berhentilak  kat depan aku...

Nampak tingkap kereta dibuka dari dalam... Lah.. diorang rupanya... potong stim..(ingat anak dato' nak ngorat)

Masuk dalam keta.. aku tanya.. “kete sape ni wei?”

Diorang dok gelak gelak... “ Kete aku lah.. “ aku mencebik.. dalam hati.. ko bukan naik train sesame aku ke?

Rupanya kete abang salah seorang dari diorang. Abang dia masa tu baru nak berjinak jinak jual kete second hand. Huh.. dah sah nak up saham tinggi tinggi..

Masa on the way.. nampak satu awek tepi jalan.. tengah jalan terkedek kedek nak pegi mana aku tak pasti.. memang cun.. baju sexy gila tak de lengan..gebu tak ingat..( entah kenapa masa zaman tu ramai awek sexy compare sekarang)

Kalau aku yang perempuan ni boleh nampak awek tu.. apatah lagi kengkawan aku yang mata keranjang  nikan. lagi lah... macam nak terjojol bijik mata aku tengok.. punyalah galak hon hon.. jerit jerit panggil awek tu.. pastu bunyi cencorot bagai.. 

Aku dalam kete. syahdu je.... sambil menyabarkan hati..." takpelah.. saperlah aku... hanyalah seorang gadis biasa.." hahahhahaha...

Awek tu serius malu malu sambil senyum senyum.. buat muka tak nak layan tapi ada snyuman di bibir... yelah kena ngorat ngan Abang naik kete BMW kot...( padahal kete pinjam..)

Pastu kitorang melepasi je  awek tu... Budak budak ni gelak macam nak pengsan.. dah lah kutuk awek tu kaw kaw.. siap cakap “ gila ke pakai macam tu.. dah lah musim panas... tak panas ke”?
Pastu sambung kutuk lagi.. ni kalau kita betul betul berhenti.. boleh makan awek ni....(diorang ingat awek tu kek ke boleh makan-makan plak)

Aku ??.. blur jer tengok muka diorang satu satu..dalam hati ku berkata... “ ohhh.. macam ni ye lelaki.”.

Semenjak dari hari tu.. kalau aku kene ngorat .. sumpah aku tak percaya.. aku dok fikir.. sat lagi ni mesti aku kene kutuk... dan ia telah menyebabkan aku lambat jumpa boyfriend.. hihi... ( memang dioranglah yang patut diperslahkan kerana telah menyebabkan aku mengalami phobia kena mengurat)

So kesimpulannya... jangan sesekali percaya cakap lelaki.. dia puji ke dia ngorat ke... jom tengok cermin dulu sebelum kita perasan. Sebab lelaki suka cakap tak serupa bikin..


Walau macam mana pun.. bukan semua lelaki macam tu. Ni kengkawan aku ni snegal sengal ubi perangai memasing..

Dan diorang pon hanyalah nakal nakal macam tu je.. Zack (nama betul Zamil) dah nak kawin tahun depan... Shahwardi... dah ada girlfriend alim.... Zul Hilmy.. single and available.. plus.. now ahli surau.. Dah tak pandang awek ... nak berdakwah katanya.. Alhamdulillah..

Monday, June 29, 2015

Dosa orang lain



Manusia.. mana ada lari dari kesilapan.. mana ada manusia tanpa dosa.. 
kecuali Nabi Muhammad yang maksum. 

Lalu.. sepanjang perjalanan ini.. kita akan banyak melihat dosa orang lain.. 
Jadikanlah sebagai pengajaran buat diri sendiri

Jangan pandang seolah kita suci...


Kerana.. setiap orang ada dosa masing masing

Allah tutup aib kita serapat rapatnya... lalu jangan kau buka aib orang lain seluas luasnya...

Setiap kali kita mengkritik orang lain.. kita telah menjatuhkan mertabat kita..
bak kata  Prof Dr. Muhaya. 

Malah sekiranya kau ada aib .. janganlah bodoh kau sendiri yang buka..
kerana

Allah dah cukup mulia untuk tutup aib kita..Amin

Sunday, June 28, 2015

Men are from Mars Women are from Venus







Lepas sahur sama sama...

Ada bunyi msg masuk.. Sibuk aku buka handbag aku.. Lah.. Rupanya msg dia.. Aku tolong buka...
"Buat apa.. Niat biar tulus kerana nya" . Aku tanya siapa.. Dia kata perempuan tu.. Aku save numbernya...

Lalu.. Aku buka kat whatsapp.. Fine.. Muka budak baik.. Ex dia muka baik..

Aku tanya dia.. "Muka dia baik kan?" Sunguh kebudak budakan pertanyaan aku.. Sememangnya perempuan.. Bila cemburu.. Boleh berubah bermacam rupa.. Untung aku bertanyakan soalan macam budak.. Kdg kdg ada yg berubah jadi singa dan jembalang.. Semuanya .. Hanya kerana kelemahan kita.. Bilamana kita mencintai manusia lebih dari Allah.. Masyallah.. Ampun kan aku Ya Allah..

"Aku harus sedar hati dia milik kau.. Kau yang memegang hatinya.. Lalu. Aku harus bermohon pada kau agar dia setia.. Aku sedar bukan minta pada dia.. Kerana dia manusia biasa.. Yang tak lari dari dosa..."

Aku pandang muka dia lagi... " muka ayang jahat kan?" Dia diam... Malas nak jawab.. Kesalahan lelaki... Malas nak layan kononnya tak nak bergaduh... Sedangkan perempuan mengharapkan respon walaupun kau menipu.. Menipu sunat... Cakap je lah.. " tak... Muka ayg baik" .. Susah kan... 

Men are from mars... Women are from venus...

Dia masih membisu.. Hah.. Nak kata muka aku jahat lah tu.. Aku bakar dia lagi.. " muka ayg macam bitch eh? Macam bitchy eh b?".. Terpana dia ngan soalan aku.. Muka dia berubah.. Bukan marah tapi kesal dengan statement aku..

Lalu..dia pandang aku.. Tepat kat mata aku... " siapa yang cipta muka kita? Adakah kita ada hak untuk menilai rupa yang dicipta oleh dia" ... Aku pulak terpana... Aku rasa menyesal ... Kerana cemburu aku lupa.. Aku telah mempersoalkan ciptaanNYA...

" Sayang, rupa kita kan dicipta oleh dia.. Kalau kita mempersoalkan bermakna kita mempersoalkan dia jugak.. DIa dah jadikan kita sesempurna ciptaan.. Kasih sayang b pada ayang bukan berdasarkan paras rupa.. Insyallah.. " 

fine... Ayat terakhir dia.. Bagi aku terangkat sikitlah.. Boyfreind ku ustaz rupanya.... Hahahha..bye...




Saturday, June 27, 2015

Pengalaman berbuka puasa di Restoran SS2 Murni

Salam semua... Pagi pagi nak cerita pasal makan ni.. Jangan lak korang lapo tengok ye... 
Ni semalam kes nak berbuka tak sempat balik Shah Alam. 
Sebabnya aku keluar lambat dari office.
So selalunya Asyraf akan ambik aku kat LRT Taman Bahagia...
Jadi kami pun google Restoran yang terdekat..
Rupanya Restoran Murni antara Restoran yang paling dekat dan menjadi tumpuan ramai.
Actually Restoran Murni memang ada banyak branch.. 
So yang kami pergi semalam kat SS2.. Tak jauh pun dari LRT Taman Bahagia tu..

Sampai sampai je.. Tengok umat manusia memang ramai.
Dalam hati aku dah terdetik.. Alamatnya makan KFC je lah ni, sebab aku ada nampak KFC kat area belakang lorong kedai ni.. Tambahan dengan keadaan tempat yang macam tak de je tuk kami..
Tapi kami gagahkan juga kaki..tanya kat pekerja di situ..
Alhamdulillah kami ada tempat.. Rupanya diorang memang walau macam mana mana pun akan cuba dapatkan tempat untuk kita.. Masa duduk baru perasan yang kat luar tepi tepi jalan masih ada lagi meja dan kerusi yang belum di buka....
Masa kami sampai dah pun pukul 7:20.. So kami redha je lah yang kalau berbuka lambat..

Yang bestnya duduk duduk je.. Dia terus letak buah buahan dan kurma sebagai complimentary kot...
Dah lega dah.. At least ada something untuk di makan..



Sekali tak sampai tiga minit, dah sampai dah air kami berdua.. 
Menu dia serius melambak ... Aku sampai stress nak pilih air.. Sebab pekerja tu tunggu kat tepi.. Dia bukan tak bagi chance kami pilih rupanya sebab risau nak cepat tuk kami berbuka..
Ni bawah gambar air kami.. Cuba tengok..
Aku pilih air "be happy" 
Sekali Asyraf sibuk nak pilih air "dont worry" 
Hahahah.. Kononnya nak 
" dont worry be happy"
Belasah je lah.. Air nya banyak nama.. I love you pun ada.. I miss you pun ada..

Ni makanan si Asyraf sampai dulu.. Ni memang excellent.. Cepat betul.. Dalam pukul 7:26 kot sampai...cuma aku punya agak lambat.. 
Ni namanya nasi goreng raja berapi.. Berapi gak.. Podeh ..

Hah.. Ni aku punya mee goreng raja.. Ke beraja... Belasah... Yang penting memang makan macam raja.. Portion dia besar gila macam tiga orang nak makan

Peringatan: kalau nak makan kat sini kene lah berkongsi kasih sayang.... Sebab memang banyak gila.. Si Asyraf punya nasi pun macam dua orang makan..

Tapi pihak kedai ada sediakan bekas kalau kita nak bungkus....


Ni lak gambar konon konon nak bagi orang terkeliuk plus konon konon gambar close up bajet photography  sangat.. Hihi

Ok kepada sesiapa yang nak men uba berbuka kat sini, meh ambik alamat sat..
Restoran SS2 Murni
jalan SS2/75, Petaling Jaya 53, 
47300 Petaling Jaya

Business hour:
8:00am- 5 pm ; 6 pm - 5am

Friday, June 26, 2015

Aku Blogger yang tak dikenali

Kenapa aku tulis blog? Or kenapa aku nak jadi blogger kononnya. Kadang kadang aku sendiri rasa malu nak mengaku diri aku blogger. Sebab sekiranya aku cakap. “ Hey.. aku blogger..” terlintas terus kat kepala otak orang.. Fatin Liyana, Maria Elena, Nisa Kay,Hanis Zalikha.. tapi aku hanya Nurul ‘Ain yang orang tak kenal pon. Kalau google nama Nurul’Ain.. yang keluar Nurul ‘Ain Syuhada.. huhu..

Tapi cerlah korang google misztomato.. hehe... kuar gak lah muka aku.

Semalam kawan aku tanya. Kenapa ko tulis blog? Ko nak jadi blogger eh? Ok.. Nampak sangat penulis blog yang tak femes macam aku ni .. tak diiktiraf sebagai blogger oleh masyarakat. Pedih...

Ada lagi satu kawan aku jawab... “Nak dapat duit lah tu”.. dalam hati aku.. “wei ingat senang ke nak dapat duit kalau nama aku bukan Red Mummy eh?”

Well.. lupakan lah persoalan diorang yang tak membina.

Sejarah aku tulis blog ni sebenarnya. Aku dulu serve internet untuk cari online diary. Dulu kisah hidup aku pedih sedih perih. Kisah percintaan aku dengan non-muslim memang menyebabkan aku nak meraung mintak tolong. Lupakan saja kisah aku dan non-muslim tu sebab sekarang aku ada buah hati dari keturunan Pahlawan Melayu. (aku nak up balik dia sebab dia memang sensitive dengan cerita aku yang dulu dulu)

Dalam aku mencari cari online diary kononnya, aku terjumpalah blog yang title nya MY DIARY..
Barulah aku tau kewujudan blogspot ni. And baru tau pasal wordpress dan seangkatannya...
 Kiranya sebelum ni aku pernah je masuk baca blog. Tapi aku tak tau yang aku baca tu ialah blog. Aku panggil apa apa yang keluar kat internet.. ialah website.

So kalau dulu ada orang tanya “kat mana kau baca kisah ni?”
Aku akan jawab .. “aku baca kat internet.” Atau aku akan kata “aku baca kat website.” Haha..

So bermulalah aku menulis blog a.k.a online diary aku... di mana aku dah banyak delete entry tu semua bilamana baru aku perasan yang ada orang baca pulak blog aku. Impress..

Sebab aku ingat lagi masa tu aku ada update pasal ayat ruqyah and ada orang komen.. kata thanks, and tetiba aku rasa. Eh melalui blog boleh berdakwah lah. Lame.

Aku tak kata aku nak berdakwah sampai aku jadikan blog aku blog dakwah. Tapi aku rasa setiapa apa yang berlaku kat diri aku ni, yang mana yang baik insyallah aku akan jadikan teladan. I’m always see thing on the bright sight. Everything  happens for a reason.

So why not aku kongsi apa yang baik dengan orang lain kan. Aku tak mampu nak jadi macam pakar motivasi atau pendakwah hebat. Aku juga tak mampu nak jadi macam blogger famous lain yang boleh kongsi tips tips kecantikan.. Nak jadi macam Ben Ashaari yang banyak followers.. jauh panggang dari api.


Lalu aku mampu jadi diri aku.. yang mana .. kalau korang lebih muda anggaplah aku kakak.. dan kalau korang lebih tua anggaplah aku adik.. apa yang aku tulis kalau betul, korang ikut.. kalau salah.. tegurlah... mari kita saling tegus menegur. Sekian #tamaksahamakhirat

Thursday, June 25, 2015

Servis Lipat Kain




Macam macam sekarang cara orang nak berniaga... bila mana... orang lain semakin malas....



Sumber: Whatsapp Group

Wednesday, June 24, 2015

Ya Rabb... Berikan aku kekuatan

Rambut sama hitam.. Tapi hati lain lain... Namun tetap sama.. Hati miliknya malah milik aku adalah milik Allah. Aku tau walaumacam mana sekalipun kita paksa.. Kalau dia tak mahu.. Dia tetap tak mahu... Walau macam mana sayang pun kita pada seseorang.. Kalau dia benci.. Dia tetap akan membenci.. Manusia berubah. Tapi dengan izin Allah. Mungkin pincangnya pada kita.. Ya Rabb. Lembutkan hati dia.. Ya Rabb berikan ketabahan dalam menempuh dugaan. Ya Rabb.. Jangan kau biarkan aku tanpa arah.... Amin..

Monday, June 22, 2015

Pantun Raya yang lawak

Salam semua.. macam mana dengan puasa .. diam tak diam kita dah masuk hari ke lima kita berpuasa. 

Mesti waktu waktu sekarang ni u  oll tengah ngantuk kan..

Ni nak belanja pantun raya kat u oll.

Actually aku terjumpa balik email lama ... so.. meh layan.....

Tapi... sebelum tu u oll kene janji ... 

Kena baca dengan intonasi yang betul tau... ikut loghat negeri memasing..

Kelantan... 
Make ikke cicoh budu 
Jange lupo tamboh satar 
Kelik rayo taksir laju 
Nanti rayo dale sepita

Terengganu... 
Makang ubi jamang jepong 
Makang kepok cicah cuke 
Bulang pose mung bengong 
Bulang raye mung gile

Pahang... 
Sepadan Pahang ada kasino 
Nasi dagang ikan patin 
Jange mu masam muko 
Raya makan rendang sadin

Johor... 
Cegitu cegini awak suke 
Awak suke kite tak suke 
Esok luse hari raye 
Sama-sama bersuke rie

Melaka... 
Hawau kau berak merate 
Kaki bengkak ulau patok 
Kalu balik naik kerete 
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan... 
Masak lomak cili api 
Campo dongan daun turi 
Hari rayo kolumpo sopi 
Tinggal penyamun dongan pencuri 
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur... 
Wa cakap lu wa tak tau 
Tapi wa tipu sama lu 
Raya jangan buat tak tau 
Angpau ada bagi gua dulu

Perak... 
Gulei tempoyak ikan mayong 
Deroyan busok tebok tupei 
Pandu hemat ingat kampong 
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah... 
Aloq Staq terketaq-ketaq 
Lapaq perut makan pau 
Macam mana tak ketaq 
Kena paksa bagi angpau

Penang... 
Nasi kandaq kedai mamak 
Anak mami juai pesemboq 
Lepaih raya jgn dok triak 
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis... 
Padang besaq kecik aja 
Tempat siam lalu lalang 
Hari raya kita berbelanja 
Jangan sampai menambah utang

Saturday, June 20, 2015

Ateh tak bangun tidur.....

Hari ni kat Melaka. Lepas bangun sahur terus sambung study.. Dah nak final dowh...

Masa sahur nampak ateh tengah tidur.. Pastu kul 6:30 aku bangun nak buang air.. Ateh bangun makan... Pastu hilang... Aku bayangkan mesti dia merayap rayap kat luar..

Sekali masuk bilik mak aku.. Dia tengah membuta... Pemalas nya.... Ateh...

Tengok ni.. Membuta...


Pastu masa aku nak kuar dia panggil... Hihi. Konon nak bagitau yang dia dah bangun lah tew

Tengok jam dah pukul 9 pagi.... Tak bangun bangun... Ateh ateh.... 

Sorry gambar gelap.. Mak aku ni pun manjakan ateh... Takit ateh takleh tdo kalau bukak langsir....

Thursday, June 18, 2015

Sexual Harrasment ke tu?

Salam.

Today naik train putra@Rapid ke KLCC dari Taman Bahagia.

Masuk masuk je ada satu mamat ni duduk sebelah aku
Pakai smart je. Ok. Tak menakutkan
Tapi dalam train duduk terkangkang gila.

Badan cam rapat je ngan aku. Dia bergerak pun aku rasa..
Tapi dia kurus je. Pelik.

Pastu masuk tangan kat pocket seluar ambik Iphone 6 keluar.
Masa masuk tangan tu terkena kena peha aku. Lama lak tu
Pastu bukak surat khabar. Kena lak bahu aku.

Pastu masukkan phone dalam pocket balik. Kena peha lagi.
Pastu kuar kan balik dan berulang kali.

Kesimpulannya aku memang tak pasti dia sengaja  ke tak.
Aku macam stress je tengok dia pepagi buat perangai menlanggar etika ni.

Nasib baik hari ni puasa. Malas nak gaduh

Plus aku sampai sekarang tak pasti dia memang sengaja ke atau sengaja.

Bersangka baik je lah kan..

Monday, June 15, 2015

Sebab aku sayang korang...

Masa makan lunch tadi, seorang sahabat free hair marah kat aku. Katanya up entry yang mengata orang free hair. Lagi kata yang aku ni tak sedar diri. Dulu free hair orang tak cakpa apa.

Err.. aku faham perasaan dia. Sebab dulu masa aku tak pakai tudung aku pun terasa hati bila orang cakap pasal tudung. Ramai kata isu ni sensitive dan boleh melukai hati kawan.

Ok. First aku sebenarnya tak bermaksud untuk mengata kawan. Ye aku mengaku yang masa aku up entry tu, aku terlupa pasal kengkwan aku yang free hair. Tapi serius aku Cuma cakap secara general di mana aku nak mengatakan itulah persepsi orang. Tak boleh nak elak.  Aku pun dulu pernah dianggap kurang baik kerana tak pakai tudung. Tapi perlukah aku kecil hati? Sedangkan bukankah Islam itu dakwah. Salah ke kawan aku ingatkan aku? Kenapa perlu kecil hati pada statement yang memang ada dalam Al-Quran.

Kedua. Aku tak da sebut nama sesiapa. Malah aku memberi contoh aku. Jadi aku mengatakan kisah hidup aku dulu dan sekarang.

Ketiga .. aku bukan pun baik sangat baru je pakai tudung tapi aku memang nak ingatkan kawan-kawan aku yang belum pakai tudung lagi.. pakai lah.. biar pakai tudung dengan baju ketat sekalipun.. at least belajar pakai. Sebab benda wajib ni kita memang kena paksa diri kita buat. Nanti insyallah lama lama ikhlas.

Keempat..Islam itu bukan paksaan..ye benar. Tapi maksud ayat itu ialah Islam tak memaksa non muslim untuk memeluk Islam. Tapi bagi yang muslim wajib ikut apa yang telah ditetapkan

Kelima. Aku poyo. Ye. Aku mengaku agak over up entry macam konon ustazah. Tapi aku memnag nak kawan kawan aku rasa apa yang aku rasa sebab aku sayang korang.

Macam adik aku dulu kata.. bila kak long nak pakai tudung? Aku marah. Tapi sekarang aku faham sebab dia sayang aku.

Korang tak tau rasanya diri ini dihargai bila kau berubah kearah kebaikan. Aku tak niat nak riak. Sebab aku masih lagi kadang kadang tudung aku terpendek.. malah masa mula mula aku pakai tudung, baju aku lengan pendek. Tapi lama lama aku mula panjangkan lengan baju aku.

Tapi apa yang aku nak korang rasa ialah bilamana kau pakai tudung dan kau rasa kau dekat dengan Allah.

Aku insan biasa je. Aku sayang korang. Tutup aurat wajib. 

Nanti bila satu hari nanti korang terbuka hati, korang akan marah aku sebab aku tak ingatkan korang. Jadi sebelum korang marah aku.. aku saja nak ingatkan je.


Ok yang di bawah ni pula, Sekadar renungan
diambil dari  blog Fantasi & realiti duniaku

"Bilakah akan TERBUKA HATIMU untuk BERTUDUNG?" 

✿~ Soalan : Ustaz, saya ini orang yang tidak bertudung, ada orang bertanya bila hendak bertudung? Saya jawab, TUNGGU SAMPAI SERU, saya tidak mahu pakai tudung kerana dipaksa..takut nanti tidak ikhlas..apa pandangan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI..ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..

✿~ Soalan : Ada sesetengah orang yang tidak bertudung berkata, "tidak bertudung tidak semestinya jahat..jangan terlalu kecilkan skop pemikiran sebab mentaliti manusia hari ini tidak seperti itu, kalau ada orang yang berfikiran seperti itu, orang itu SILAP..",apa pandagan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Memang betul, tidak bertudung tidak semestinya jahat menurut AKAL MANUSIA..tetapi Rasulullah saw telah TEGASKAN, siapa yang TIDAK BERTUDUNG..dia seorang penderhaka, dia MENDERHAKA kepada Penciptanya dan penderhaka tempatnya di dalam NERAKA..

✿~ Soalan : Ustaz, wajib tak seseorang itu MENASIHAT kawan dia supaya menutup aurat?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : WAJIB atas sesiapa yang mampu sahaja..

✿~ Soalan : Ustaz, setahu saya menutup aurat itu wajib, kalau wajib..adakah tergolong dalam DOSA BESAR?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : MEMBIASAKAN DIRI membuka aurat menjadikan dosa kecil kepada DOSA BESAR..

Wednesday, June 10, 2015

Pakaian melambangkan identiti

Pernah tak korang ternampak pasangan yang pakai jubah atau purdah pegang tangan?
Apa yang korang fikirkan? Mesti akan straight anggap .. ohh diorang ni suami isteri.. tapi jarang nak fikir yang buruk buruk kan.

Entah entah sebenarnya diorang tu bukan pasangan suami isteri..

entah entah diorang tu pasangan kekasih je.... Mana ko tau?

tapi agak susahkan nak berfikiran macam tu terhadap diorang.. macam macam mana pon still anggap yang baik baik je..

Tapi di sebalik itu, bila kita tengok pasangan yang girls nya pakai sexy, yang lelakinya pulak pakai macam ala ala rock atau punk, mesti straight kita fikir budak budak nakal baru nak up..

paling teruk mesti kita fikir diorang nak buat benda tak senonoh.. lebih lebih lagi yang perempuanya terlentok lentok kat bahu lelaki tu.. mudahnya kita menganggap perempuan tu sangap..

Sedangkan kenyataannya mungkin mereka pasangan suami isteri yang sah..

Lihat perbezaan pakaian dan perbezaan perception.

Sesungguhnya pakaian mewakili peribadi.. pernah dulu sebelum aku pakai tudung, aku cakap kat sorang sahabat.. aku ni, walaupun tak pakai tudung tapi still sembahyang sedangkan si polan dan si polan tu pakai tudung beria tapi tak solat pon. So what is the point?

DIa kata, ye.. ko betul.. ko solat tapi tak pakai tudung tapi mereka mewakili umat islam..
Terpana aku ? kenapa pulak?

Apa bezanya umat Islam dan tidak? Tanya dia..

Aku jawab solat. Kafir tak solat sedangkan kita solat.. Dia mengakuinya.. tapi adakah ko solat di hadapan orang kafir? Aku jawab tidak.

Haa... jadi ko lihat tak siapa ko dimata orang kafir? Mereka anggap ko sama macam diorang tapi bagi mereka menutup aurat tu orang Islam. Jadi walaupun mereka tak solat, tapi kawan kawan kita yang kafir menganggap mereke Islam sedangkan mereka menganggap ko sama je seperti mereka.. dia still menganggap ko Islam Liberal..

Bila fikir balik.. ye betul.. bila bab makan kat office, selalu kawan Chinese anggap aku makan je apa yang dihidangkan tanpa fikir sensitivity compare dengan mereka yang pakai tudung di anggap perlu diambil kira soal halal haram makan tu.

Ada lagi satu insiden di mana, setelah aku berhijrah dan pakai tudung.. kengkawan semua memeluk aku dan mengucap syukur.. ada yang menangis tengok aku.. (betapa aku rasa .. ohh sebelum ni aku kurang baikkah?)

Dan setelah kejadian... mana mana pergi dan jumpa orang tak dikenali .. bila nak tegur mesti ucap salam dulu. Lepas tu despatch yang hantar surat Nampak aku, nak tegur ucap salam dulu.. customer datang nak tanya soalan pun ucap salam dulu.. dimana sebelum aku pakai tudung, mereka tak pernah ucaps alam pada aku walaupun mereka tau aku ni Islam..

So memang diakui pakaian membawa sekali identity seseorang.. Di mana bila kawan-kawan yang kafir menganggap ko seperti mereka, bagaimana harus ko nak berdakwah dengan mereka? Macam mana ko nak kata yang Islam ni benar sedangkan ko tak percaya bahawa apa yang ada dalam AL Quran tu bawa kebaikan? Sekian.



Tuesday, June 9, 2015

Tips mengeratkan kasih sayang ( Version untuk orang belum kahwin)

Asalnya nak bagi surprise kat Asyraf sorang.. Last last aku sekali kena surprise ngan diri sendiri. Tapi surprise aku lebih menjadi real.. Hah .....nampak?

Citernya camni.. Aku beli card.. I love you lagi. Hek hek.. Nak wat surprise.. Memula fikir nak letak dalam kete dia. Pastu bila dia masuk kete .. Woww kat strereng kete ada card.. mesti gempak kan?

Tapi aku fikir balik. Camne nak masuk kete dia seludup seludup. Lagipon bukannya satu rumah.. tak kan nak mintak kunci kete.. pastu malam malam datang? takut orang ingat aku nak mencuri pulak.. tak pasal pasal aku lak kena tangkap dengan guard kat situ...

Last last aku dapat idea.. masukkan dalam ipad. so.. bila balik kerja mesti dia akan teruja nak main game aku.. sibuk nak tolong kutipkan duit dari city island aku. hihi.. ( for your info, aku ni mayor kat game city island.. hahah konon...) 


so aku pun bersedialah nak bagi surprise kat asyraf...

Sekali aku masuk kereta, asyraf sibuk sangat cerita city island dia yang dah maju jaya.. dah kaya raya.. aku yang kiasu ni, terus ambik ipad aku, konon nak pergi kutip duit dan nak cepat majukan city island aku.. keterujaan aku telah menyebabkan aku terlupa card I Love You tu dalam Ipad.. huhu... terjatuh depan dia.. aku dengan gelabah kutip dan masukkan balik dalam ipad.. pastu terus masuk dalam beg.. ( Muka serius cuak gile babi.. babi pon tak cuak macam tu)

Dalam kepala otak dah fikir :

1) alamak kantoi nak wat surprise.. 
2) malunya...... nak mengaku
3) tetiba aku tengok muka dia macam cencorot... bising bising.. jeles jeles.. tanya sapa bagi sape bagi.. hahahhah... dan tetiba aku pon dapat satu idea lagi best... aku pon cakap.. "nantilah tunjuk.. tapi janji jangan marah".. serius muka dia stress gila... " nanti traffic light merah nak tengok " kata Asyraf..

Sekali lampu semua hijau... huahuahuahua.. aku dapat rasakan ketidakpuasan hati muka dia... hihihihi..


Nampak? muka cencorot ni? 
Pastu kitorang pon berhenti kat surau nak solat Asar....

Tetiba je.." Mintak Ipad..." Sambil buat muka konon nak cari pasal... muka stok stok mamat nak update... kat FB "Awek aku curang".. hahhahahha 


Hah.. seklai Asyraf bukak je.. muka dia terkedu gila... muka tu aku tak sempat nak ambik gambar sebab aku pon terkedu nampak dia terkedu..pastu nampak kelegaan kat muka dia.. sambil senyum happy.. terharu pun ada... lah.. aku pun tak sangka impact dia macam tu? dia appreciate gila kot.. padahal aku bagi card yang tak seberapa tu je.... 


Nampak? muka dia.. happy  je.. ni lepas dia macam terharu gila.. katanya... dia terharu sangat and happy sangat


Tips eratkan kasih sayang: Sentiasa buat surprise.. manusia dan kehidupan tidak dapat lari dari surprise.. kadang kadang benda benda kecil yang kita buat... mungkin akan menggembirakan pasangan kita sangat sangat..... Sekian..

Monday, June 8, 2015

Kuih Tart Gulung dan Kuih Makmur yang sedap

Masuk je pantry nampak note ni. wah rupanya diam tak diam dah nak dekat puasa... tak sabar rasanya.. menyambut ramadhan.. btw kat bawah ni saja je ambik gambar.. kot kot ada sesiapa nak beli.. dari abang despatch office aku ni.. 

aku dah pernah beli tahun lepas.. memang sedap.. tart nya lembut dan sangat gebu.. kalau masuk mulut macam cair je dan hilang dari tekak begitu sahaja dan kuih makmur dia memang sedap dan terasa kacangnya..... serius berbaloi... aku beli dua balang end up tak sampai raya dah habis...

ni rupa tart nenas nya.. agak besar jugak..


btw kuih makmur abang ni memang sedap dan famous kat office kitorang ni.. ni nak ambik gambar pon tinggal sebijik je.


tengok tu.. sampai habis dah sample.. jangan tak beli sudah lah ye..


Insyallah tahun ni aku mesti beli lagi.. selalunya aku kalau kat office ni sapa sapa je jual kuih raya, mesti aku akan order.. bukan apa.. nak support kengkawan cari rezeki halal.


Kurma Marya Yusuf Taiyoob buat orang yang tak suka makan kurma

Ramadhan is around the corner. Pergi mana mana mesti ada jual kurma. Dari tak nak beli pun mesti terbeli. Sekarang kurma dah menjadi antara makanan kegemaran aku. Selain dari rasanya yang lazat, kurma memang ada banyak khasiatnya. Khasiat kurma boleh baca di sini dan boleh juga mencuba resepi jus kurma di sini.

Tapi persoalannya ada sesiapa tak yang tak suka kurma? Mesti ada kan. Dan alasan untuk tidak suka kurma kerana rasanya yang manis ( Huh wasted your life). Betul tak??? Sebab dulu aku pun tak suka kurma kerana rasanya amaltlah manis.. kadang kadang sampai melekat kat anak tekak manisnya tu. Tapi bila baca khasiat kurma dan betapa rasulullah amat menyukai kurma, aku paksa diri ini makan kurma. Macam macam jenis kurma yang aku cuba. Sebenarnya kurma yang paling aku suka ialah kurma nabi dan juga kurma maryam.

Tapi sebelum aku jumpa dan suka kedua dua kurma nabi dan maryam tu, aku sebenarnya belajar makan kurma yang bertangkai ni. Kurma marya dari yusuf taiyoob( entah kenapa setiap kali nak sebut yusuf taiyoob ni mesti terdengar perempuan berbisik.. yusuf taiyooobbbb....)..


Kurma bertangkai ni kiranya kurma yang masih muda... so rasanya tak berapa manis. Harga pun murah. Ni tadi aku beli kat Cold Storage, KLCC dengan harga RM 9.90 je. Tak mahal kan... so kepada sesiapa yang masih belum boleh terima kurma tu, belajar belajarlah mencuba... kerana khasiat kurma amatlah besar. Maybe memula tu makanlah kurma bertangkai ni... besok besok boleh lah cuba yang jenis lain ye... ok.. chow..


Saturday, June 6, 2015

Firming body serum nivea... Terbaik..

Aku memang suka lotion. Serius kalau aku pergi mall.. Aku akan termenung depan kedai victoria secret, depan body shop, crabtree & evelyn dan seangkatannya. Kadang kadang gatal je nak beli, lebih lebih lagi bila time sales. Ni antara lotion yang aku paling suka...

Love spell dari victoria secret... Try lah beli... For sure husband korang cam nak cubit cubit je pipi korang....baunya mengancam dan sexy...


Crabtree & evelyn lak aku suka sebab memang best untuk emergency bila tangan korang kering sangat sangat... Tapi agak berminyak...


Yang ni aku suka packaging dia... Comel.. Kawan beli dari jepun


Kalau body shop pulak, try shea butter.. For sure korang akan tak nak tukar yang bau lain


Tapi bila korang try loccitane.... Hand cream... Serius korang dah tak nak guna brand lain .. Dia akan bagi instant effect ... Tapi pon berminyak...


Hah... Tapi setelah aku guna nivea ni.. Tak kisahlah instant white ke, extra white ke... Tapi ini adalah brand terbaik yang aku paling suka... Cuma dia tak kan bagi kelembapan yang segera... Tapi really take time... Senang absorb dan ianya kekal lembab sampai besok pagi... Faham ke apa aku cakap ni..

Contoh aku suka pakai sebelum tidur... Besok pagi aku pakai selipar... Kaki aku nampak cantik dan lembab....tahap memutihkan tu.. Aku tak sure... Pasal aku taklah gelap... Susah nak tengok tahap kebersanannya.. Cuma aku rasa bila tangan lembab, kulit cantik dan bersih.. Kulit akan nampak cerah... 

Friday, June 5, 2015

Petua pokok money plant rimbun dan segar

Today aku nak share dengan korang petua macam mana aku jaga money plant aku ni... asalnya aku ambik daun daun yang nak dibuang.. serius aku kutip dalam tong sampah. aku tak tau sape buang tapi aku rasa macam kesian.. so aku selamatkan.... aku masukkan dalam pasu yang di beli dari ikea.. RM4.90 je. ada maca macam kaler.. tapi aku biasalah suka pink. 

Asalnya pokok aku ni hanya ada dalam dua tiga helai je daunnya. puas jugak nak tunggu dia beranak pinak. sekali aku pergi kedai 5 ringgit.. nak beli gel gel yang boleh mengembang tu. sebab dulu aku pernah tanam dalam gel tu, serius pokok aku cepat membesar.. sekali adik yang jaga kedai tu kata sekarang dah tak jual. dia kata pergilah mana mana kedai pon.. memang susah nak jumpa. aku pon frust.. sekali aku pusing aku nampak money plant dia berjela jela panjang.. segar pulak tu. 

So aku tanyalah dia macam mana dia jaga money plant nya? dia pon bawak lah turun dari atas para tu.. dia tunjuk kat aku.. serius dalam tu hanya ada akar je.. air pun takde.. dia kata pokoknya dah rimbun sangat dan tak perlukan air sangat. cuma sesekali dia akan basahkan akar akar tu dengan air. 

Adik tu kata kalau akak nak dia cantik, letaklah berdekatan dengan lampu.. serius dia akan cepat naik.. aku dalam hati macam tak percaya je. takkan pokok tu ingat lampu ialah matahari dok?

Dalam aku was was, aku buat jugak... tapi tengoklah.. memang money plant aku membesar dengna cepat. setiap minggu ada je pucuk muda yang baru tumbuh.. so aku memang letak money plant aku tinggi skit dan berdekatan dengan lampu....


close up sikit... tengok segar kan? tengoklah tangan saper.. phh btw, lupa nak bagitau selain aku ikut petua budak tu, aku ikt petua mama aku jugak. katanya, sentiasa ambil perhatian dan bercakaplah dengan pokok. hihi.. jangan lah cakap kuat kuat.. nanti orang ingat kita ada wire short plak.. tapi macam aku memang everyday akan tengok dia... maybe dia pon ada roh yang boleh mnedengar kita  ( macam alam mistik lah pulak).... 

Restoran D'Arab Cafe , section 13 shah alam

Setelah  bershopping kat checkers, asyraf nak makan nasi arab pulak... So singgah sini

Kat section 13. And kitorang order ni. lupa nama nasi ni.. kabsyah kot.. dengan ayam bakar


Dan juga air lemonade


Serta air teh tarik


Menu yang ada. maaflah kualiti gambar yang tak berapa nak cun

Bagi asyraf dia kata biasa biasa je... Bagi aku.. Ok jugak... Tekak masing masing kan... Cuma aku raa ayam nya kecik ..nasi dah sedap dah... 3.5 bintang kot....tadi makan rasanya harga dalam 20 ringgit jugaklah untuk sepinggan nasi dan dua cawan air...ok tak?

Update 31 August 2017: Restoran ni dah takde kat Shah Alam. Masih boleh dikunjungi di Jalan Duta.Thanks

Checkers hypermarket, section 15, shah alam

Salam semua... Tadi aku jenjalan sambil shopping barang dapur kat checkers hypermarket....


First time aku datang sini... Tak tau lah samada aku yang tak tau atau memang masih baru. Terletak di section 15. berhampiran kawasan kilang kilang.

Masa memula nampak signboard ni tanya Asyraf.. Apa ye ni b? laju je jawab .. kilang makanan.. huhuhu.. main hentam je... ni hypermarket lah... pasar borong....huh.. saja je.. 


Tengok... Kawasan yang agak besar.... kiranya kalau nak parking tak lah susah.. senang je. parking depan pintu masuk. Lagipun yang datang sini semuanya sekejap sekejap je.. so orang keluar masuk agak cepat lah...


Masuk masuk macam wow... Ada banyak benda jual.. Dan murah murah


Ada ice cream.. bermacam macam jenis... banyak pulak tu.. dari yang brand murah sampailah yang brand mahal.... terkeliur tengok



Dan juga bahan tenusu.. ada macam macam brand.. 


Ikan dia pon segar... Harga tak pasti.. sebab tak masak ... hihi


Sayur dia pon segar.... rasa macam nak beli je.. aku kan peminat tegar sayuran..btw, pisang pon banyak bergantungan.. aku tak ambik gambar


Tengok ni... Ada biskut butang... Ni nama nya flashback...teringat masa kecik kecik suka makan dia punya gula... tinggalkan biskut dalam tin...pastu kalau nak makan mesti kumpul semua kaler.. tak silap aku ada kaler hijau, pink, putih dan kuning


Ada beras... Tak taulah murah ke tak. Jarang beli beras...


Tengok ni jajan dia...memang berpeket peket... boleh gugur rambut kalau makan 


Close up sket


Ni asyraf jumpa... Excited dia.. Katanya masa kecik kecik suka makan...
Huh.. Janji nak bagi separuh... Lupa ke buat buat lupa...


Aku plak excited tengok ni.......huhu


Ni saja je ambik gambar... Buat yang ada anak tuk buat perbandingan harga


Besar kan....macam gudang.. Lupa nak bagitau... Kita boleh beli secara pukal..... Dan harga lebih murah..


Ni sampai atas kepala pon ada barang... Cuak gak... Takut jatuh...


So... Sesiapa yang tinggal shah alam boleh lah jenguk jenguk pasar borong ni... Ternyata lebih murah dari tesco dan giant..

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...