Wednesday, May 21, 2025

Flower of Evil Review: Kisah Suami Isteri, Misteri & Plot Twist Power!


Hey you all! I nak share cerita Korea yang I memang suka gila, nama dia Flower of Evil. Kalau you all suka cerita thriller penuh suspense dengan kisah cinta suami isteri yang complicated, you mesti tengok ni.

Sinopsis Ringkas

Cerita ni pasal Baek Hee Sung, lelaki yang nampak macam suami perfect, penyayang, siap boleh buat kerja kat bengkel. Tapi sebenarnya dia simpan satu rahsia besar yang dia sorok dari isteri dia, Cha Ji Won, yang kerja sebagai detektif.

Bila Ji Won kena siasat kes pembunuhan lama, dia mula rasa suspicious sebab semua petunjuk tunjuk pada suami dia sendiri! Masa tu la cerita jadi makin tegang dan kau rasa nak tahu apa akan jadi next.

Apa Yang I Suka

  • Jalan cerita memang tight, tiap episod ada cliffhanger. I dah macam ketagih, asyik cakap “Okay last episode je ni” tapi last-last tengok sampai pagi.

  • Chemistry antara Lee Joon Gi dan Moon Chae Won memang power. Emosi dia orang sampai I pun rasa terbawa-bawa. Scene gaduh, sedih, sweet semua kena betul.

  • Plot twist dia pandai gila. Rasa macam dah tahu apa, tapi sekali keluar benda lain yang buat I terpaku.

  • Visual cantik, lighting dan cinematography buat cerita suspense tapi still nampak cantik.

Part I Kurang Suka

Ada sikit part bila Ji Won lambat nak sedar yang suami dia ni mungkin ada something yang tak kena. Tapi mungkin sebab dia sayang sangat, so I boleh faham jugak.

Plot Twist Memang Padu

Ternyata Baek Hee Sung yang Ji Won kahwin ni bukan nama sebenar dia. Dia ambil identiti orang lain sebab masa kecik dia terlibat dengan kisah pembunuhan dan trauma keluarga. Bila flashback keluar, baru I faham kenapa dia buat macam tu.

Lepas tu, I rasa conflicted sikit  nak marah, nak kesian pun ada. Dia bukan jahat, cuma mangsa keadaan dari kecil.

Kesimpulan

Flower of Evil ni memang wajib tengok kalau you suka cerita thriller yang penuh misteri dan kisah suami isteri yang complicated. Ending dia puas hati, bukan tergantung atau tak jelas.

I bagi 9/10 sebab cerita dia bukan setakat suspense, tapi ada sisi kemanusiaan dan cinta yang buat kita rasa dekat dengan watak.

Kalau you all belum tengok, boleh start sekarang! Tapi sedia kan bantal dan tisu, sebab banyak scene yang buat jantung berdegup kencang dan air mata jatuh.

Siapa dah tengok Flower of Evil? Jom komen, you Team Hee Sung ke Team Ji Won? 😄

Till we meet again,

' Ain

Tuesday, May 20, 2025

I Curious sangat.. Bau Pramugari & Bau Orang Kaya Tu Bau Apa? Gourmand Ke Oud Ke Vanilla? Jom Kita Sembang Jap

 Assalamualaikum & hai korang!

Okay, hari ni I nak share something yang I always curious every time scroll TikTok. Korang perasan tak sekarang ramai sangat orang review perfume pastu suka guna description macam bau pramugari”, bau orang kaya”, bau perempuan sopan”.

Serius I cakap, mula-mula dulu I dengar pun macam, eh… bau apa tu sebenarnya? Gourmand ke? Oud ke? Vanilla ke? Atau dia just random feeling je? I tak perli tau, ni honest question sebab I sendiri pernah review perfume and I pun guna ayat bau orang kaya” 😂. Pastu I macam… eh, orang kaya sebenarnya bau apa? Gourmand ke Oud?

So kali ni I tulis blog ni sebab I yakin ramai juga macam I yang curious benda simple ni tapi tak terjawab. Jom kita sembang santai sikit pasal ni.

Bau Pramugari Tu Bau Apa Sebenarnya?

Kalau korang search bau pramugari tu bau apa, sebenarnya takde official perfume category nama macam tu. Tapi dalam dunia perfume review, especially kat TikTok & IG, orang gunakan istilah ni untuk perfume yang vibe dia:

  • Clean & fresh

  • Soft feminine

  • Bau pleasant tapi elegant

  • Tak heavy, tak terlalu manis, tak musky sangat

Usually perfume yang ada notes floral, powdery or light fruity macam peonies or pear. Bila orang cakap bau pramugari, maksud dia perfume tu ada aura perempuan yang kemas, wangi bersih, soft and classy bayangkan stewardess MAS atau Qatar Airways lalu depan you dengan senyuman sopan and subtle perfume yang pleasant.

Contoh perfume vibe macam ni:

  • Chanel Chance Eau Tendre

  • Miss Dior Blooming Bouquet

  • Bvlgari Omnia Amethyste

Bau Orang Kaya Tu Macam Mana Pula?

Yang ni pun viral gila dekat TikTok. Kalau korang search bau orang kaya perfume, biasanya orang maksudkan perfume yang bau:

  • Luxury

  • Smell smooth & expensive

  • Tak synthetic

  • Ada notes oud, amber, musk, leather or high-end floral

Perfume vibe orang kaya ni biasanya jenis niche or designer high-end. Kadang-kadang perfume gourmand pun boleh bau orang kaya kalau dia punya blend smooth and high quality.

Perfume vibe orang kaya yang famous sekarang:

  • Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540

  • Tom Ford Oud Wood

  • Parfums de Marly Delina

  • Creed Aventus

  • Killian Love Don’t Be Shy

Kalau perfume tu manis-manis caramel, vanilla or white floral tapi smooth, orang terus cop bau orang kaya”.

So Apa Itu Gourmand, Oud & Vanilla?

Kalau you all still new dengan perfume terms ni, meh I share quick explain:

  • Gourmand: Bau manis dessert like caramel, vanilla, marshmallow, chocolate.

  • Oud: Kayu gaharu, deep, smoky, woody, premium niche perfume style.

  • Vanilla: Sweet warm note yang boleh masuk gourmand kalau manis atau oriental kalau ada spice sikit.

So kalau orang cakap bau orang kaya, check perfume notes. Kalau ada oud, amber, musk atau smooth vanilla, most probably perfume tu ada aura mahal tu.

Conclusion Dari I Yang Selalu Confused Ni

Honestly, dekat TikTok & social media sekarang, orang describe perfume ikut vibe instead of category. Sebab tu lah bila I review perfume pun I pernah cakap bau orang kaya” padahal tak check pun notes dia apa. Tapi tak salah pun sebab kita share feeling kita time bau perfume tu.

Cuma kalau nak shopping perfume or buat review lebih padu, elok juga kita belajar basic notes perfume ni. Senang nanti kalau orang tanya bau pramugari tu bau apa” or bau orang kaya perfume yang mana best?”, kita boleh explain vibe dia based on notes.

So yeah… itu je I nak share malam ni. Kalau korang pun pernah confused pasal benda ni, drop la komen kat bawah.

Till we meet again.

'Ain

Monday, May 19, 2025

Review Filem Delicious Netflix-Expectation vs Reality! (Spoiler Sedikit)


Sumber: Google


Hi semua! I baru habis tengok filem thriller terbaru dekat Netflix, Delicious (2025), dengan Carla Díaz sebagai watak utama. Masa mula dengar pasal filem ni, I memang excited gila sebab expect something mind-blowing, macam Behind Her Eyes plot twist padu yang boleh buat kepala ligat. Tapi bila dah habis tengok, honestly I rasa Delicious ni jauh sangat dari expectation tu.

Cerita dia sebenarnya simple kira macam satu keluarga kaya dari Jerman tengah bercuti kat Perancis. Diorang accidently langgar seorang wanita muda, Teodora (lakonan Carla Díaz), dan bawa dia balik rumah untuk jaga sebab nampak macam dia perlukan pertolongan. Sounds macam thriller suspense yang best kan?

Tapi… dari situ, jalan cerita mula jadi pelik. Plot twist yang sepatutnya buat kita terkejut dan rasa "Wow!" jadi agak annoying dan confusing. Kadang I rasa macam tengok drama pelik yang penuh dengan keputusan watak yang tak masuk akal. Kalau diorang buat sesuatu, kita pelik, “Eh, kenapa buat macam tu? Tak logik!” Instead of tense dan misteri, I lebih rasa geli, macam nak geleng kepala je.

Apa yang I paling tak suka, plot twist dia bukan macam “wow” tapi lebih kepada disgusting dan dumbest twist I pernah tengok. Ada part yang I rasa macam penulis cuma nak buat kejutan tapi tak fikir jalan cerita secara keseluruhan. Jadi, instead of clever thriller, ia jadi macam cerita yang kacau-bilau dan tak puas hati.

Lakonan Carla Díaz sebagai Teodora memang solid—dia berjaya bawa watak tu dengan penuh misteri dan aura pelik. Tapi sayangnya, lakonan bagus je tak cukup untuk baiki cerita yang tak konsisten dan penuh kelemahan ni.

Kalau korang expect thriller yang smart dan penuh kejutan macam Behind Her Eyes, I strongly suggest korang skip Delicious. Tapi kalau korang minat cerita pelik yang ada elemen sosial dan ketegangan, mungkin korang boleh cuba tengok. Tapi bersedia untuk kecewa lah sikit.

Overall, I bagi 2/10 sebab plot twist yang sangat mengecewakan dan jalan cerita yang kadang tak logik langsung. Memang tak worth the hype yang I expect dari awal. Tapi kalau korang dah tengok, I curious nak tahu pendapat korang juga!

Till we meet again,

' Ain