Monday, December 21, 2020

Review cerita Queen : Filem Hindustan yang best!

Salam semua.

Hari ni aku nak suggest satu cerita Hindustan yang memang best dan ternyata lain dari yang lain. Boleh cari kat Netflix bagi sesiapa yang dah subscribe Netflix.

Sumber : Google


Filem ni mengisahkan seorang gadis yang dikecewakan oleh tunang dia sehari sebelum mereka nak berkahwin. And surprisingly cerita ni takde aksi menari nari tepi bukit, jambatan, keretapi dan seaangkatanya. Dan takde jugak aksi aksi tukar baju dan gaduh tumbuk tumbuk debushhh debushhh tu semua. Yes, memang cerita Hindustan sinonim dengan itu semua, but not for this movie, definately. 

So, sepanjang cerita ni adalah  berkisarkan how this girl overcome kekecewaan dia. Macam mana dia nak improve diri dia dengan travel to Paris and Amsterdam sorang sorang. Btw gadis ni kene reject dengan tunang dia sebab kolot and bla bla. Tapi sepanjang dia travel, dia jumpa dengan ramai dan bermacam karenah  kawan-kawan yang banyak improvekan diri dia to become an open minded person. She even had her first kiss dengan mat salleh paris yang dia crush :).
Sepanjang aku tengok cerita ni, teringat dulu dulu masa putus cinta...  like kenapa  ye takde movie ni untuk bagi semangat masa aku frust dulu. I should do like this girl. Travel alone and meet a stranger! Hik Hik 

Overall,  bagi aku, for this movie I will give 5 over 5 star. All girls, especially the heart broken one, should watch this movie. Trust me! This is not a typical Indian movie tapi sebaliknya akan give you  a good motivation , inner strength and to move forward.

And kat bawah ni antara scene scene dalam movie Queen ni yang aku just copy dari google image sahaja. Dan kalau kau tertanya tanya kenapa nama movie ni Queen? Jawapannya .... ada dalam cerita ni. So, apa lagi jangan lupa enjoy the movie.







Sumber: Google


'Ain



Sunday, December 20, 2020

Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat oleh Ustaz Amidi

Bukan semua perkahwinan dikurniakan cahaya mata. Malah bukan semua yang berpeluang merasai nikmatnya menjadi ibu bapa. Tapi, pantang mengalah sebelum berjuang. Jangan mudah putus asa. Sentiasa berusaha dan berdoa. Insyallah.

Jom tengok video yang dikongsikan oleh ustaz amidi syeikh muhd zainul asri.

Sila tekan Link : Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Insyallah mana tau bermanfaat buat yang mengamalkan. Aku sekadar berkongsi ilmu baru. Marilah kita sama sama mengamalkannya. Dan doakan aku agar memperolehi zuriat ku sendiri.

'Ain

Video Editing Through Phone. Recommended!

Assalamualaikum semua.

Soooooooooooo, entri hari ni adalah tentang video editing. Yeayyy. 

Sekarang ni macam 1 trend untuk ramai orang record video, samada untuk dikomersialkan atau pun untuk menjadi koleksi peribadi. 

Tapi takkan la kita nak simpan "raw" video macam tu kan. Paling tak pun mesti la nk edit ada bunga2 sikit supaya nampak cantik and menarik. Nak nak bila kita nak tunjuk atau share pada orang lain kan.

Kalau kita tengok dalam playstore atau app store, ada terlalu banyak apps yang boleh kita guna. Tapi tapi tapi, apps mana pulak yang pulak yang "senang" dan "user friendly"?

Tu satu soalan yang bagus. Dulu dulu kalau pakai pc or laptop, aku just guna Windows Media Editor and apa tah satu lagi software.. Boleh la untuk amateur macam aku buat editing. Tapi sekarang zaman dah canggih.. Semua pun pakai phone je. 

So ni apps yang aku nak recommend pada semua. So far aku belum "digest" habis lagi. But aku tengok apps ni antara yang dapat review yang baik. Even kita tengok star rating dia pun not bad gak. 4.8. Secara am nya apps ni antara yang dapat sambutan yang baik.

                    video editing apps

Even bila kita Google pun, apps ni antara yang recommended tau. Macam mana pula nak pakai kan?

Jangan risau...... Aku ada sorang kawan.. Dia dah buat tutorial siap- siap dah untuk mcam mana cara nak pakai. Atleast bila semua orang dah ada basic, lagi senang nak explore yang advance nanti tu.



Ha ni la channel la member aku tu.. Nanti korang rajin rajin la jenguk dan jangan lupa subscribe ya. Tu siap aku letak direct link lagi. 

Heheheheh


OK, next round kita jumpa... Maybe entri aku pasal turorial lain pulak ya


-asyraf-

Saturday, December 19, 2020

Tik Tok VS FB

 


Vs



Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua? 

Harap semua sentiasa sihat waalafiat di samping keluarga.

Soooooo, entri hari ni tentang 2 nama besar ni. Mesti semua tertanya apa yang berlaku kan. Diorang berdua ni bergaduh ke? Cubaan "acquire" antara satu sama lain ke?

TAK. TAK. TAK.

Apa yang nak dibincangkan hari ni..................



MARKETING !!!

Apakah "method" yang digunakan  untuk kedua dua platform. Jom kita sama-sama bincangkan. Semoga ilmu yang dikongsi dapat mantaat bersama





Tapi kan, B2C tu apa? ABC ....sampai Z ke?

TAK!

Maksud B2C adalah Business 2 Consumer
Atau kalau direct translate. Dari perniagaan kepada pelanggan.
Kiranya dari sebuah kedai kepada pelanggan secara "direct".

so, dalam banyak-banyak teknik yang ada....so kita fokus pada yang pertama. Social Networks and Viral Marketing. 

Semua orang dah sedia maklum dan tau apa itu Social Network kan. So facebook & TikTok adalah dari kategori yang sama. Asasnya kedua-dua tempat untuk kita bersosial antara satu sama lain. 

Tapi kan,sebelum kita nak mula nak berjual beli dekat platform ni, sekurangnya kita kena tahu apakah data asas untuk kedua  ni.

"With over 2.7 billion monthly active users as of the second quarter of 2020, Facebook is the biggest social network worldwide. In the third quarter of 2012, the number of active Facebook users surpassed one billion, making it the first social network ever to do so. Active users are those which have logged in to Facebook during the last 30 days. During the last reported quarter, the company stated that 3.14 billion people were using at least one of the company's core products (Facebook, WhatsApp, Instagram, or Messenger) each month."

haaaaa...tengok tu...secara global ada lebih 2.7 billion pengguna FB seluruh dunia. Bayangkan jika kita mampu jual 1 barang pada setiap orang dengan harga RM1, kita dah jadi billionaire tuuuu..
Kayo den jua barang kek fb.

Monthly Active Users – TikTok has about 850 million monthly active users. In November of 2018, TikTok reported that the number was 680 million monthly active users. We estimate that it’s increased to 850 million as of now (September 2020).

Tengok ni pulak, kurang-kurang pun ada lebih 850 juta pengguna TikTok yang aktif seluruh dunia. Pun boleh jadi jutawan gak ha. Kayaaaa bak hang.


yang penting adalah "content" kita dapat reach pada target market kita, insyaallah..Tiada apa yang mustahil.




                              https://influencermarketinghub.com/tiktok-marketing-guide/

Berdasarkan "research", kebanyakan pengguna TikTok dalam dari golongan Generasi Z.  Golongan ni adalah  orang-orang yang lahir di antara tahun 1997 - 2012. so kiranya geng-geng umur 8 sampai la 23.
so method ni adalah sangat effektif kalau target audience untuk geng geng umur ini.

Tapi  FB mcm mana plak kan????

Ok, yang best nya tentang FB ads...kita boleh target macam-macam jenis audience. Kalau korang nak tahu, FB ads boleh set Demographic setting.  kiranya boleh la target adik adik ke, abang akak ke, pakcik makcik....even atuk nenek pun kita boleh target tau..Senang kan........

yang penting korang kene invest sikit la dalam FB ads.


VIRAL MARKETING

Lah....ni mende pulak kan...


Dunia marketing menggunakan media sosial sebagai medium untuk penyebaran strategi mereka. Dan itulah yang menjadi esensi dari viral marketing. Dari kata “viral” sendiri, sebenarnya kamu sudah bisa mengerti mengapa viral marketing cocok untuk media sosial.

Hal-hal viral selalu muncul setiap harinya di media sosial karena ketika ada satu informasi yang menarik, maka semakin banyak pula orang yang merespon dan menyebarkan. Itu juga yang dilakukan oleh viral marketing. Oleh karena itu, kreativitas dan ide segar yang menarik sangat dibutuhkan dalam proses pembuatan konten.




yang ni adalah satu cara untuk kita sampaikan pada pengguna pada luar tentang information apakah produk yang kita jual berdasarkan kreativiti kita.Tapi apakah cara yang betul tentang teknik ni???

Soalan ni agak subjektif.......sebabnya tepuk dada tanya selera.

Pilihlah antara positif impak atau negatif impak.


Tapi kan....sekarang ni terlalu ramai orang suka pilih negatif impak...tau sebab apa?


sebab setiap manusia ada terselit 1 pemikiran yang skeptikal walau macam mana pun.
Kita biasa cepat dapat tangkap bila negatif elemen ada dalam topik viral tu.
Tapi biasanya method ni tak boleh bertahan lama..manusia ada satu batas di mana kita akan tafsirkan satu perkara negatif tu harus disingkirkan dari kotak minda.

Cuba kita tengok,biasanya orang yang gunakan negatif impak ni kene selalu ada content baru untuk pastikan nama dia sentiasa "Panas" dalam pasaran. waktu nama dia tengah panas,dia akan cuba selitkan imej imej produk yang dia jual tu tanpa dia perlu promosikan. Sebagai contoh,orang yang buat video viral tu pakai baju brand "A" berwarna "Biru". lama kelamaan orang yang tengok video dia akan mula perasan tentang kehadiran baju tu dan mula mencari baju yang sama.

Berbeza pula dengan orang yang menggunakan Positif impak..contoh macam orang share tentang "knowledge" dan sebagainya. Teknik ni agak pasif dan lambat untuk menarik audience. Tapi mampu bertahan untuk jangka masa yang lebih panjang.   Sebagai contoh, cuba tengok penyanyi Khai Bahar. Bermula dengan video smule,beralih ke YouTube...lepas tu sangkut dengan Fb. Nama dia naik tak terlalu cepat,tapi  hasilnya boleh tahan dan mampu berada dalam market untuk tempoh yang lebih lama.

Contoh-contoh yang saya bagi tu hanya lah satu contoh ye.


So korang.....boleh la cuba-cuba survey teknik apa yang korang nak pilih ya.

TEPUK DADA TANYA SELERA

-asyraf-

Lemon panas untuk mengurangkan kolestrol dalam badan

Salam Semua.


                                                          Sumber: NDTV Food


Hari ni aku nak share salah satu petua atau tips untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. Tip ni telah dikongsikan oleh mama aku sendiri, iaitu dengan meminum air lemon setiap pagi. Bukan lemon ais ye, tapi air lemon panas. Btw kalau minum air lemon ais pun tak salah, tapi hanya dapat Vitamin C sahaja dan tidak boleh mengurangkan kolestrol. Sebagai info tambahan, lemon mengandungi flavonoid polyphenolic. So kebaikan flavonoid ni ialah membantu mengurangkan tahap kolesterol buruk iaitu (LDL). Selain dari itu, ia juga mengandungi vitamin C dan B yang dapat membersihkan saluran darah, dan melindungi dari penyakit-penyakit seperti penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, jantung dan darah tinggi.


Cara -cara buat air lemon panas
Basuh bersih lemon
Hiris halus halus (yang bagusnya kulit dia, jadi jangan buang kulit)
dan rendamkan dengan air panas.


Itu sahaja. senangkan nak membuatnya.

Amalkan setiap hari kalau boleh, tapi mama aku ada gastrik so selalunya mama akan buat selang sehari.
Mama bagitau yang dia mengetahui keberkesanan air lemon panas ini adalah dari Dr. Noordin Darus. Banyak tip tip kesihatan yang dikongsikan oleh beliau. Kepada sesiapa yang ingin mengikuti video video kesihatan beliau, bolehlah tekan link ini : Dr. Noordin Darus


'Ain










Tangisan Seorang Lelaki!

Assalamualaikum semua.

Maaf sebab beberapa hari tiada entri baru kerana tugasan hakiki. Beberapa hari ni masa aku agak penuh dengan tugasan kerja sehingga tiada kelapangan untuk aku mencoret. 

Coretan hari ni berkenaan dengan Tangisan Seorang Lelaki. Lelaki adalah suatu ciptaan Allah yang dicipta berpasangan dengan wanita seperti mana tercipta nya Adam Dan Hawa. 

Dari segi fizikal, kelihatan lelaki adalah ciptaan yang sangat kuat. Tapi sekuat manakah seorang lelaki? Satu soalan yang sangat subjektif.

Kuat kah seorang lelaki itu kerana kekuatan nya?
Kuat kah seorang lelaki itu kerana emosi nya?
Kuat kah seorang lelaki itu kerana kesabaran nya?

Jawapannya TIDAK. TIDAK SAMA SEKALI!

Lelaki juga adalah seorang Insan yang lemah. Tapi jangan salah anggap. Bukan lah lemah kekuatan,emosi atau kesabaran nya. 

Lelaki hanya kuat kerana tanggungjawab yang tergalas di atas bahunya. Semakin besar tanggungjawab tu, semakin kuat tenaga yang dia ada. 

Ada yang menjadi kuat kerana tanggungjawab nya pada ibu bapa, ada yang pada Isteri dan anak anak dan ada juga yang berat bahu nya untuk memimpin. Akan tetapi kekuatan yang terkuat terhasil apabila seorang lelaki sedar tentang tanggungjawab nya pada yg Esa. Jika tanggungjawab ini digalas sebaiknya, maka tanggungjawab yang lain akan juga dijalankan sehabis baik. 

Tetapi pada waktu bila kita dapat lihat tangisan Seorang Lelaki? Kalau kita asyik tengok dia kuat sentiasa.

Hakikatnya dia sentiasa lemah. Tangisan itu sentiasa bersedia untuk keluar ibarat menanti guruh berdentum di langit, halilintar membelah bumi.

Cuba lihat coretan video ini. 
Sila klik link video ini




Seringkali aku lihat pada majlis kematian, wanita akan keluar kan tangisan yang jelas. Pada masa yang sama lelaki Cuba sembunyikan perasaan mereka sehabis baik. Tetapi ketika tiada lagi insan di sekeliling mereka, gugurlah air mata jantan yang yang selama ini dikekang tanda menunjukkan kekuatan walau badai melanda kehidupan nya. 


Next entri, aku akan bincang kan tentang kuat nya seorang wanita. 


-asyraf-





Wednesday, December 16, 2020

Review cerita Stranger! Cerita Korea Best

Assalamualaikum semua.

Apa khabar, harap semua sentiasa sihat dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. 
#kitajagakita

Hari ni entri aku berkenaan sebuah drama Korea yang agak realistic dengan apa yang berlaku di mana mana negara. Cuma jalan cerita dia pening sikit la untuk difahami

Tajuk : Stranger
Season : 2
Rating : 4/5

Pelakon
Cho Seung Woo - Prosecutor Hwang
Bae Doona - Lieutenant Han
Lee Joon Hyuk - Prosecutor Seo

Cerita ni berkenaan tentang barisan Prosecutor yang "corrupt". Dari penerimaan duit sampai la entertainment yang bukan bukan. Apa yang disampaikan melalui cerita ni sangat realistik.

Sistem birokrasi yang sangat berkuasa sampaikan orang yang bersalah dapat melepaskan diri dengan mudah dan sewenangnya jika ada "connection" dengan pihak atasan yang berkuasa dan mempunyai duit.

Cerita ini sangat recommended sebab kita dapat bayangkan dengan situasi apa yang berlaku dalam kehidupan harian kita. Cuma 1 saja kekurangan cerita ni terutama untuk season 2,plot yang agak "twist" membuatkan jalan cerita susah untuk difahami. Lagi pula, penggunaan watak dan nama karakter yang baru menambahkan kekeliruan dalam memahami dan mendalami cerita ni.

But anyway, it's a good story and suitable for family. Sebab tak ada apa apa unsur 18sx dan sebagainya. 


Wait for next entri ya. 

-asyraf-

Tuesday, December 15, 2020

kehidupan harian kerjayaku - part 1

Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua?

Entri aku yang sebelum ni ada bagitahu aku kerja sebagai apa, tapi mesti juga ada yang tertanya apa yang aku buat kan. OK, so hari ni aku akan cerita serba sedikit tentang apa yang aku buat setiap hari

Secara rasmi nya, aku adalah seorang Territory manager. Dalam erti kata lain, apa yang jadi dalam kawasan tu, semua aku kena buat. Ha hahaahah. Dari satu sudut, aku adalah seorang "salesperson". Jumpa customer setiap hari. Explain tentang produk bla bla. Division aku cover untuk hygiene terutama di Hotel dan outlet F&b.

Ada ketika aku akan jadi seorang "engineer" yang sedia memberi kan khidmat. Supaya semua equipment kebersihan dalam keadaan yang baik


Tadaaaa. Ni la salah satu kerja hakiki aku setiap hari. Memastikan equipment "cleaning & sanitation" dalam keadaan yang ngam dan berfungsi dengan baik.


Haaaa yang ni pulak time role aku jadi hyginiest. Aku akan suggest dan advice apa teknik/prosedur yang betul bila nak mencuci. Kadang Kadang ada orang tanya aku, susah ke nk cuci pinggang. Aku akan jawab Ya dan Tak. Sebabnya walau di rumah atau outlet commercial, asas dia tetap sama... Iaitu PROSEDUR


Macam ni, aku tengah jadi "laundry specialist". Aku akan terangkan apa cara yang terbaik untuk basuh baju. Hahahaha. 
Mula mula dulu aku pun tergelak dengan apa yang aku buat. Tapi, lama lama aku perasan ramai orang guna cara yang salah untuk basuh baju. Aku akan cerita tentang prosedur laundry yang betul Entri akan datang ya. 

Yang ni pula waktu aku tengah consult untuk "Housekeeping". Dari lantai sampai la ke shower head tu pun aku akan explain detail. 

Macam ni, aku tengah jadi trainer untuk 1 hotel. Aku akan explain dari topik Food Safety sampai lah guest tu checkout dari hotel. 

Waktu ni aku tengah buat 1 site survey. Macam saintis kan. Hahahaahah


Next round aku akan explain lebih kepada prosedur pembersihan. Ilmu ni bagus bukan setakat kepada commercial business, tapi untuk dekat rumah juga. 

Untuk mana mana business yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang "cleaning & sanitation" boleh comment entry ni atau just drop email asyraf.amirbaki@ecolab.com ya. 


-asyraf-



Sunday, December 13, 2020

Hargai yang Tersayang

    Illustrasi gambar diambil dari posting  
        rakan yang kehilangan ibu bapa



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Dalam musim covid ni, ungkapan #kitajagakita #ikutsop dan macam-macam lagi sentiasa kita dapat dengar dan tengok.
Yang bagus nya, kita dapat tengok rakyat Malaysia bersatu pada dalam keadaan yang genting. Satu semangat yang bagus dan harus dipuji memandangkan negara kita ni "multiracial" country. Sangat susah untuk dapat sepadukan semua dalam masa yang singkat. Satu perkara yang patut kita puji. Tahniah untuk semua.

Tapi, 1 perkara yang ada segelintir lupakan. Iaitu IBU BAPA. Orang yang jasanya takkan mampu untuk kita balas. Walau kita hidup seribu tahun sekali pun. Takkan terbalas sekelumit pun jasa mereka. Takkan! 

Baru baru ni aku ada nampak dan baca posting kawan sebaya aku yang kehilangan kedua ibu bapa dalam masa genap sebulan. Permulaannya bapa, lepas genap sebulan tu mak dia pergi. 1 kitaran peristiwa yang cukup memilukan hati. Aku duduk termenung dia suatu sudut rumah memikirkan adakah aku seorang anak yang baik. Soalan yang masih belum berjawab kerana jawapan bagi soalan tu masih belum ada tanda noktahnya. 


Mesti semua tertanya kenapa aku kaitkan ibu bapa, jasa dan covid kan. Sebenarnya, apa yang aku cuba sampai kan adalah pada ketika yang genting ni, ada laaaaa orang yang jadi "nomad" dari kawasan bandar balik ke kampung atas sebab sebab sekolah tutup dan seangkatan nya.

Tahukah semua, dari pada 411 kematian disebabkan covid, lebih 80% adalah orang yang berumur 50 tahun ke atas. Yang mana semua tu level level mak abah. 

Pada zaman sekarang, aku tengok semakin ramai parents yang ada kesedaran dalam menjaga kesihatan keluarga terutama yang melibatkan anak-anak tetapi dalam masa yang sama, keutamaan tu hanya difokuskan kepada anak anak. Topik ibu bapa diletakkan ke tepi dan tidak di sama ratakan. Aku mohon, kita menuju ke arah yang lebih baik. 1 panggilan pun dah cukup untuk gembirakan hati dorang. 

Melalui entri ni aku cuma nk luahkan apa yang aku nampak, dengar dan rasa. Sama sama kita semua menjadi anak yang lebih menghargai. 


Nukilan Ikhlas dari hati
-asyraf-


Saturday, December 12, 2020

Review cerita Hi Bye Mama! Cerita Korea Best

Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua? Harap semua sihat waalafiat dan sentiasa mengikut SOP yang telah ditetapkan
#kitajagakita.

Pada zaman yang dipenuhi dengan istilah PKP, PKPD, PKPB dan PKPP, aku lihat ramai orang mengambil kesempatan meluangkan masa keluarga menonton drama atau movie terutama melalui platform berbayar macam netflix dan sebagainya.

Aku dan Isteri antara orang yang terjebak. Pada saat aku start 'subscribe' netflix, waktu tu betul betul lebih kurang 2 minggu sebelum PKP dilancarkan. Fuhhh.. Macam tau tau je kan. Itupun nasib baik wife aku suruh aku setelkan semua tu. Harap kan aku, haraaammmmm.

Aku ingat lagi, bila ada je netflix kat rumah aku, antara drama terawal yang wife aku start follow adalah Crush Landing On You. Pada waktu dia start tengok aku tak layan pun. Aku buat tak tau je. Tapi bila da separuh jalan, aku pula join da terjebak, hahaahah. 

Panjang pula cerita aku. Aku sebenarnya bukan nak cerita kan pasal cerita ni. Tapi cerita lain. Aku rasa cerita ni yang paling menyentuh hati dan perasan aku. 

Ni ha cerita dia. HI BYE MAMA!.

Pelakon utama
Kim Tae Hee sebagai Cha Yu Ri
Lee Kyi Hyung sebagai Jo Kang Hwa
Ko Bo Gyeol sebagai Oh Min Jung
Seo Woo Jin sebagai Cho Seo Woo

Sebenarnya ada lagi watak watak lain dalam cerita ni, tapi aku cuma letakkan yang paling utama (aku rasa laaaa). 

Persepsi asal aku pasal cerita Korea ni sebenarnya balik balik pasal hubungan cinta yang kesudahannya akan bersama juga. Betapa aku skeptikal kan. Tapi cerita ni la yang telah buka mata dan minda aku. Yang kualiti, jalan cerita, plot dan penyampaian dah jauh berbeza berbanding dulu. 

Cerita yang ini berkisarkan seorang wanita (Cha Yu ri) yang meninggal ketika sarat mengandung. Tetapi anaknya berjaya dilahirkan. Dalam masa yang sama Cha Yu Ri telah menjadi 1 entiti atau lebih dikenali sebagai hantu yang berkeliaran. Setiap hari dia cuma akan temankan anak dia. Bertahun tahun dia macam tu walau pun dia dah dapat peluang untuk 'reincarnate', tapi dia elak. 

Pada suatu hari, dia telah marah semarahnya pada 'deiti' ataupun tuhan sehingga kembali kan dia jadi manusia. Konflik demi Konflik berlaku setelah dia muncul kembali. 

Aku rasa sampai sini dulu ringakasan cerita aku. Nanti siapa yang tak tengok lagi rasa "spoil" pulak aku cerita habis. By the way, apa aku nak katakan, cerita ni one of the best Korean drama pernah aku tengok. 
Sampaikan bengkak muka aku. Bukan kene lempar kuali ya. Tapi banjir juga la air mata jantan aku. Hahaahah. 


Sangat recommended pada semua orang cerita ini. Entri lepas ni aku akan senaraikan sedikit sebanyak "detective" Korean drama pula. 

-asyraf-

Friday, December 11, 2020

Keadaan rakyat yang semakin menghimpit

Assalamualaikum semua,

Sekian lama blog ni tidak dipenuhi dengan entri baru. Skill menulis pun dah agak berhabuk dah. Tapi, aku rasa terpanggil untuk mencoret setelah terlalu banyak yang aku lihat dan lalui dalam tahun 2020 ni. 

Aku bekerja di sebuah Syarikat multinasional yang membekal peralatan dan produk  "cleaning & sanitation" sebagai seorang tereitory manager. Alhamdulillah, kehidupan aku dan Isteri jauh berbeza berbanding permulaan alam perkahwinan kami. Bila sebut cleaning & sanitation company, mesti semua orang terfikir yang waktu ni Syarikat aku bekerja mesti sedang meletup kan.

Tetapi apa berlaku adalah sebaliknya. Terlalu banyak individu dan Syarikat yang lebih kecil lahir bak cendawan pada ketika dan saat ini. Inilah yang orang kata sebagai "opportunist" di mana peluang digunakan sebaik yang mungkin.

Kerana situasi yang berlaku, orang yang bekerja dalam industri yang sama macam aku terkesan dan ada juga mengalami keadaan lebih teruk seperti dibuang kerja dan sebagainya. 

Pada ketika aku rasa susah hati dan selalu memikirkan apakah hala tuju aku di masa akan datang, aku sentiasa dikunjungi dengan pelbagai orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada yang bekerja dengan gaji mencecah 5 angka, ada yang tiada pendapatan tetap, dan ada juga yang cukup cukup makan. 

Tetapi persamaan yang dorang semua ada sekarang ni, KEHILANGAN PENDAPATAN. Sampaikan ada satu hari, aku sedang duduk dalam kereta berfikir dan termenung panjang, ada seorang lelaki yang aku rasa umur dia dalam lingkungan 40an mengetuk tingkap aku.

'tuk tuk tuk'. Assalamualaikum dik. Maaf abg ganggu. Minta maaf Sgt. Kata abg tu. Abg cuma nak minta tolong, boleh tak abg nak pinjam RM20. Abg cuma nak cukup kan duit abg RM50 untuk beli barang dapur sikit.

Ayat yang diberikan cukup ringkas untuk aku. Bayangkan pada ketika ini, 20ringgit tu terasa seperti 1 nilai yang besar. Walhal aku tengok banyak remaja habiskan RM50 dekat cafe cafe macam nilai tu takde apa apa.

Tanpa bertanya, aku hulurkan apa yang diminta dan aku pesan pada dia, jaga diri elok elok ya bang. Jelas riak wajah dia menunjukkan 1 kesedihan dan syukur dengan apa yang diterima. Selepas berbual kosong, dia pun berlalu pergi. Aku terdiam sendiri sambil berfikir. Ada orang yang menerima ujian yang jauh lebih berat bahkan sanggup untuk lakukan apa saja demi meneruskan kehidupan yang mencabar ini. 

Setiap hari, aku akan sentiasa lihat komen komen pembaca Facebook di page kkm, mkn Dan kwsp. Setiap hari akan ada sahaja topik ataupun komen komen yang berbaur sindiran terhadap keputusan kerajaan Dan sebagainya.

Aku harap semua dapat faham dan juga sedikit bersabar dalam menempuhi ujian besar yang kita terima sekarang ini. 

Nukilan ini hanya lah bagi untuk meluahkan apa yang aku lihat dan nampak. 


-asyraf-

Wednesday, February 19, 2020

Kematian Abam Bochey dan Ashraf Sinclair

Rakyat Malaysia di kejutkan dengan berita pemergian dua artis negara.

Pertama Abam

Sumber: Harian Metro

Dan keduanya, Ashraf Sinclair

                                                           Sumber: Astro Awani

Keduanya meninggalkan kita di dalam masa terdekat ni. Terlalu dekat hingga sukar untuk kita percaya...Malah keduanya sangat meninggalkan kesan buat kita semua rakyat Malaysia mahupun Indonesia.

Apa yang aku pelajari:

1) Kematian tidak mengira umur. Bersedialah.
2) Bila mana kematiannya disebut sebut, itu tandanya husnul khatimah. Insyallah
3) Bersedia atau tidak kita.. bila tiba masanya tetap pergi jua.
4) Sentiasa berbuat baik kepada pasangan. Jangan bermsam muka . Kita tak tau samada besok kita masih berpeluang memohon maaf padanya atau tidak.


Maafkan aku dan abaikan sekiranya penulisan ku agak lemah. Insyallah beri aku masa untuk mengubah.

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...