Saturday, December 19, 2020

Tangisan Seorang Lelaki!

Assalamualaikum semua.

Maaf sebab beberapa hari tiada entri baru kerana tugasan hakiki. Beberapa hari ni masa aku agak penuh dengan tugasan kerja sehingga tiada kelapangan untuk aku mencoret. 

Coretan hari ni berkenaan dengan Tangisan Seorang Lelaki. Lelaki adalah suatu ciptaan Allah yang dicipta berpasangan dengan wanita seperti mana tercipta nya Adam Dan Hawa. 

Dari segi fizikal, kelihatan lelaki adalah ciptaan yang sangat kuat. Tapi sekuat manakah seorang lelaki? Satu soalan yang sangat subjektif.

Kuat kah seorang lelaki itu kerana kekuatan nya?
Kuat kah seorang lelaki itu kerana emosi nya?
Kuat kah seorang lelaki itu kerana kesabaran nya?

Jawapannya TIDAK. TIDAK SAMA SEKALI!

Lelaki juga adalah seorang Insan yang lemah. Tapi jangan salah anggap. Bukan lah lemah kekuatan,emosi atau kesabaran nya. 

Lelaki hanya kuat kerana tanggungjawab yang tergalas di atas bahunya. Semakin besar tanggungjawab tu, semakin kuat tenaga yang dia ada. 

Ada yang menjadi kuat kerana tanggungjawab nya pada ibu bapa, ada yang pada Isteri dan anak anak dan ada juga yang berat bahu nya untuk memimpin. Akan tetapi kekuatan yang terkuat terhasil apabila seorang lelaki sedar tentang tanggungjawab nya pada yg Esa. Jika tanggungjawab ini digalas sebaiknya, maka tanggungjawab yang lain akan juga dijalankan sehabis baik. 

Tetapi pada waktu bila kita dapat lihat tangisan Seorang Lelaki? Kalau kita asyik tengok dia kuat sentiasa.

Hakikatnya dia sentiasa lemah. Tangisan itu sentiasa bersedia untuk keluar ibarat menanti guruh berdentum di langit, halilintar membelah bumi.

Cuba lihat coretan video ini. 
Sila klik link video ini




Seringkali aku lihat pada majlis kematian, wanita akan keluar kan tangisan yang jelas. Pada masa yang sama lelaki Cuba sembunyikan perasaan mereka sehabis baik. Tetapi ketika tiada lagi insan di sekeliling mereka, gugurlah air mata jantan yang yang selama ini dikekang tanda menunjukkan kekuatan walau badai melanda kehidupan nya. 


Next entri, aku akan bincang kan tentang kuat nya seorang wanita. 


-asyraf-





2 comments: