Saturday, March 9, 2019

Batang kelor dan kari daging memang sedap

Hi you all.

Sis again. Kali ni sis nak share pasa satu tumbuhan ni. Sis pun baru first time tahu iaitu batang kelor. Tiba tiba ayah sis bawak balik. Katanya nak suruh nenek masak kari. Nenek kata batang kelor ni sedap di masak kari daging atau udang. Sis cuba google batang kelor ni. Rupanya ada juga mengatakan untuk menghalau ilmu hitam dan jin, hantu syaitan. Dan ada banyak khasiat yang terdapat sekiranya kita memakan daun kelor ni.



Nilah rupa batang kelor.



So memula kene potong potong dan siat kulitnya.


Nilah rupa nya bila dah dibuang kulit



Yang ni pulak sebelum dibuang kulit



Ni pulak hasil kulit kulit batang kelor yang dibuang.



Dan inilah hasilnya batang kelor di masak kari daging.

Memang sedap dan manis rasanya. Tapi nak makan bukan keseluruhannya. Kena hisap bahagian dalam batang je.. nanti kulitnya dibuang. Emm.. tak reti pulak nak cerita macam mana nak makan daun kelor ni. Kalau dah depan mata baru tau sendiri

Pasar Rahim Alor Gajah

Salam semua..

Hari ni sis spend quality and sweet time dengan nenek sis.

Actually tak susah pon nak nenek happy.

Firstly teman nenek pergi rumah nek yah (sepupu nenek).
Secondly teman nenek pergi pasar rahim kat alor gajah.

Nenek memang tempat favouritenya pasar . Tak kisah lah pasar besar atau pun pasar kecil. Yang penting pasar. 

So today kami ke pasar kecil je kat Alor Gajah, iaitu Pasar Rahim.

So basically orang orang sekitar sini memang tau pasar rahim ni.

Kalau ikutkan harga memang sini jauh lebih murah berbanding tesco atau pasar alor gajah. Even pasar tani alor gajah pon jauh lebih mahal.
Lebih lebih lagi barangan basah nya.





Ha lihat tu. Pagi pagi lagi dah ramai



Ni alamat Pasar Rahim. No telefon pun ada.

Antara barangan basah yang ada dijual disini:











Selain dari barangan basah, Pasar Rahim juga ada kedai sebelah yang jual barangan kering pulak



Semua ada. Beras, telur,tepung..


Ni lah nenek kesayangan hamba... comel kan.. doakan nenek sihat dan panjang umur ye...


Ni biskut timbang pun ada. Tapi layan diri. Ambik sendiri. Takde orang tolong timbang. 



Sebenar nya jauh jauh datang ke Alor Gajah ni hanya nak cari ni je. Nenek kata tepung beras cap bunga ni elok buat campuran tepung untuk goreng pisang... 

Alamak sebelum terlupa..



Kat sini ada jual chili paste tau. Buat pengemar sambal tapi malas nak buat sendiri.
Kalau buat sambal memang sedap . Masak asam pedas pun sedap jugak.. tak de rasa macam cili boh segera yang kita beli dari supermarket kat luar. Memang sebijik rasa macam yang kita buat sendiri. Btw cili paste ni ada dua size, besar dan kecil . And cepat habis tau...



Lastly, kami pun balik. Itupun sempat lagi nenek pergi balik pasar basah tuk beli barang lagi. Tu yang nenek masih di luar tapi sis dah ada dalam kereta. Sis suruh dia tunggu tepi jalan .. tiba tiba lepas sis ambik kereta, tengok dia keluar dari pasar basah.. sempat lagi 🤦‍♀️

Thursday, March 7, 2019

Salted egg fries dari Mc Donald

Salam you all,

Hari ni sis nak share pasal Salted egg fries dari Mc D. First time try terus jatuh cinta. Cenggini .... punya sedap tu.. Meh sis share gambar bukti pembelian ye.


 hah cuba tengok... siap ada chicken mc nugget. Ni pulak hasil redeem from Mc D app dengan syarat with other purchase. Lepastu order dua latte. Tu pun hasil redeem. semua dia atas sis spend RM16 sahaja.


Seperti dijanjikan ni lah bukti pembelian salted egg sis. Nampak menyelerakan betul tak. Yang penting bukan nampak saja. Memang kenyataan and bukan cobaan. Memang cenggini...
Dan dicicah pulak dengan salted egg sauce nya.. memang sedap tak terhingga. Next time memang sis nak order lagi. Tak menyesal percubaan kali ini.. dahhh..hingga ketemu lagi.. sis nak exercise ni..dah makan salted egg fries.....

Sunday, March 3, 2019

Food Valet di Sungai Ramal Kajang

Hi salam semua.

Dah lama rasanya sis tak update blog ni. Rindu rasanya nak connect dengan you all. 
Itupun Kalau you all masih ingat sis lagi. By the way sis nak share pengalaman sis makan dekat Food Valet di Sungai Ramal Kajang. Sis rasa ramai tahu kan Food Valet ni? Sis rasa sis yang out dated. baru je discover food kat sini. Itupun lepas viral kat facebook pasal Nasi Goreng Gila dan Nasi Harimau Menangis yang famous tu. Haruslah kami ke sana nak try Harimau yang menangis tu. Tapi sampai sampai kat situ, banyak pulak pilihan makanan yang ada. 


Maaflah semua sis pergi malam so, kualiti gambar yang sis ambik memang tak berapa memberangsangkan. Nanti kalau sis pergi siang, sis update gambar lah ye.


Kitorang order Nasi goreng gila yang viral tu


Amacam nampak gila tak? 

Boleh lah survey survey you all nak kegilaan yang biasa atau yang special.

And kitorang order jugak


Ni adalah seafood leleh yang meleleh air liur sis  masa ambik gambar ni


Basically boleh pilih samada nak set single, couple, family dan combo family.

Selain daripada tu, sis dan hubby yang ketamakan ni pun ada order kerang sambal.
Boleh tengok gambar yang sis tepek ni. Gila sedap. Tapi sambal dia sis rasa agak manis. Tapi still sedap jugak pada tekak sis ni.



And last sekali, sis nak share gambar air durian belanda sis. 



Sis memang peminat tegar durian belanda and sis rasa air durian belanda sis memang terbaik. Isi pun banyak. Cuma lain kali kalau sis datang, sis nak mintak kurang manis. Peniaga kat sini semuanya manis manis belaka. Tu yang food and drink dia semua manis. Tapi so far, sis puas hati sangat sangat.

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...