Hi salam semua.
Dah lama rasanya sis tak update blog ni. Rindu rasanya nak connect dengan you all.
Itupun Kalau you all masih ingat sis lagi. By the way sis nak share pengalaman sis makan dekat Food Valet di Sungai Ramal Kajang. Sis rasa ramai tahu kan Food Valet ni? Sis rasa sis yang out dated. baru je discover food kat sini. Itupun lepas viral kat facebook pasal Nasi Goreng Gila dan Nasi Harimau Menangis yang famous tu. Haruslah kami ke sana nak try Harimau yang menangis tu. Tapi sampai sampai kat situ, banyak pulak pilihan makanan yang ada.
Maaflah semua sis pergi malam so, kualiti gambar yang sis ambik memang tak berapa memberangsangkan. Nanti kalau sis pergi siang, sis update gambar lah ye.
Kitorang order Nasi goreng gila yang viral tu
Amacam nampak gila tak?
Boleh lah survey survey you all nak kegilaan yang biasa atau yang special.
And kitorang order jugak
Ni adalah seafood leleh yang meleleh air liur sis masa ambik gambar ni
Basically boleh pilih samada nak set single, couple, family dan combo family.
Selain daripada tu, sis dan hubby yang ketamakan ni pun ada order kerang sambal.
Boleh tengok gambar yang sis tepek ni. Gila sedap. Tapi sambal dia sis rasa agak manis. Tapi still sedap jugak pada tekak sis ni.
And last sekali, sis nak share gambar air durian belanda sis.
Sis memang peminat tegar durian belanda and sis rasa air durian belanda sis memang terbaik. Isi pun banyak. Cuma lain kali kalau sis datang, sis nak mintak kurang manis. Peniaga kat sini semuanya manis manis belaka. Tu yang food and drink dia semua manis. Tapi so far, sis puas hati sangat sangat.
nampak sedap ketam tu
ReplyDeleteAah..haritu try memg best gilee
ReplyDelete