Hari ni sis spend quality and sweet time dengan nenek sis.
Actually tak susah pon nak nenek happy.
Firstly teman nenek pergi rumah nek yah (sepupu nenek).
Secondly teman nenek pergi pasar rahim kat alor gajah.
Nenek memang tempat favouritenya pasar . Tak kisah lah pasar besar atau pun pasar kecil. Yang penting pasar.
So today kami ke pasar kecil je kat Alor Gajah, iaitu Pasar Rahim.
So basically orang orang sekitar sini memang tau pasar rahim ni.
Kalau ikutkan harga memang sini jauh lebih murah berbanding tesco atau pasar alor gajah. Even pasar tani alor gajah pon jauh lebih mahal.
Lebih lebih lagi barangan basah nya.
Ha lihat tu. Pagi pagi lagi dah ramai
Ni alamat Pasar Rahim. No telefon pun ada.
Antara barangan basah yang ada dijual disini:
Selain dari barangan basah, Pasar Rahim juga ada kedai sebelah yang jual barangan kering pulak
Semua ada. Beras, telur,tepung..
Ni lah nenek kesayangan hamba... comel kan.. doakan nenek sihat dan panjang umur ye...
Ni biskut timbang pun ada. Tapi layan diri. Ambik sendiri. Takde orang tolong timbang.
Sebenar nya jauh jauh datang ke Alor Gajah ni hanya nak cari ni je. Nenek kata tepung beras cap bunga ni elok buat campuran tepung untuk goreng pisang...
Alamak sebelum terlupa..
Kat sini ada jual chili paste tau. Buat pengemar sambal tapi malas nak buat sendiri.
Kalau buat sambal memang sedap . Masak asam pedas pun sedap jugak.. tak de rasa macam cili boh segera yang kita beli dari supermarket kat luar. Memang sebijik rasa macam yang kita buat sendiri. Btw cili paste ni ada dua size, besar dan kecil . And cepat habis tau...
Lastly, kami pun balik. Itupun sempat lagi nenek pergi balik pasar basah tuk beli barang lagi. Tu yang nenek masih di luar tapi sis dah ada dalam kereta. Sis suruh dia tunggu tepi jalan .. tiba tiba lepas sis ambik kereta, tengok dia keluar dari pasar basah.. sempat lagi 🤦♀️
No comments:
Post a Comment