Dah hamper sebulan batuk. Sebenarnya aku ni kalau kena batuk
memang berbulan bulan nak baik. Pernah dulu masa bulan puasa aku kene batuk,
siksa sangat. Dahlah tak boleh minum air. Paling tak boleh blah kalau rasa nak
batuk dalam train. Mesti rasa nak tercirit tahan gatal tu.
Aku punya terdesak nak baik, segala jenis ubat aku dah try. Ko
sebut je lah apa nama scientific ubat batuk yang korang tahu.. meh sini aku
tunjuk botol. Tu baru cerita pasal ubat batul. Belum lagi ko dengar aku amalkan
petua petua merepek untuk hilangkan
batuk. Segala jenis limau, asam jawa dan madu aku dah try. Tak baik jugak. Tapi
aku paling ingat dulu masa aku kena batuk tak baik baik, aku baca dalam blog
sape ntah. Dia suh kita letak minyak masak kat bontot.
Ko caya tak kalau aku cakap.. serius aku ikut. Sebab masa tu
dah lah janji nak karok minggu depan ngan kengkawan. Batuk laktak henti henti. Semangat
nak tunjuk bakatlak berkobar.. masa tu belasah je lah letak minyak kat bontot
pon.. letak jelah. Bukan nya orang tau. Ni hah baru nak bagi tau korang. Keh keh
keh
Ok berbalik pada
cerita minyak tu.. aku pon balik rumah (masa baca blog petua hilangkan batu tu
kat office) so aku pun terus mandi. Pegi dapur. Dengan confident ambik je
minyak masak secolet. Pastu sapu. Pastu tidur. Pastu besok aku bangun pagi
serius baik? ?? aku pon tak sure. Samada petua tu memang mujarab atau sebab
segala jenis ubat, madu, lemon, petua tu dah bergabung dan berganding bahu
untuk bagi chance kat aku baik dari batuk. Wallahualam.
Tapi hari ni aku saja nak bagi tau korang aku ada jumpa satu
ubat batuk macam gula gula. Rupanya macam strepsil. Beli kat Watson. Ni sebab
tak tahan sangat gatal. So pergi singgah Watson dan beli yang jenis lozenges
ni. Namanya Difflam. Harga lebih kurang 13 hengget. Ada lapan biji. Agak mahal
lah. Tapi ko nak baik tak? Memula makan rasa macam gula gula je. Rasa manis..
tapi taklah sedap sangat. Strepsil lagi sedap. Tapi setakat ni aku dah ambik
tiga biji.. Alhamdulillah.. memang lega. Dah kurang gatal kat tekak. Dah lah
mudah je. Tak payah ambik sudu semua, just hisap je.. macam makan gula gula..
pastu baik.. tak payah nak sapu sapu minyak bagai.. so ni aku nak syorkan
lah... belilah Difflam. Macam iklan berbayar
lak. Tapi tak pun. Saja nak share sebab kesian kat orang orang yang senasib
ngan aku ni ha. Ok bye. Nak gi karok..
Ni lah brand magical lozenges yang diperkatakan
tu bukti aku dah telan tiga bijik
bukti pembelian di watson. siap ada alamat lagi kot kot nak beli kat tempat yang aku beli...
Asben akak ni kalau batuk memang lama.. nanti boleh la try
ReplyDeleteserius ok.. rasa lega sangat.. yang penting kita kena hisap ubat ni.. so memang confir confirm lah ubat tu kena kat tekak kita.. saya rasalah.. hihi
DeleteYa..betul sya juga ..smbuh ..hisap ini ubat .rasa dia sma mcm ..gula gula..ko rsa? Kebas lidah..skit la.
ReplyDeleteNak cuba. Terima kasih
ReplyDeleteSy tgh isap ubat ni...mmg rase mcm kebas2 sikit...sbb sy batuk dah dkt 6bln...klinik...hospital smua dah pegi...sample kahak pon dah bagi..tp x de pape...so harini sy try difflam ni...kite tgk dlm 2-3hari lagi kesannye..okey...bye
ReplyDeleteokay xbatuk tu sekarang?
DeleteSy pn sama..bebulan gak batuk..dh 4x ke klinik doc bg ubat batuk saje sbb sy -ve tibi dan xde mslh paru2..doc ada suggest mkn difflam..tgh kemam difflam smbil reply menaip text ni hihi :P.. smoga batuk awk sembuh
DeleteSaya nak tanya ubat tu hisap lepas makan or sebelum makan? Tapi saya punya warna merah
ReplyDeletekalau batuk better try color purple..yg merah utk sakit tekak
DeleteSaya x boleh mkn rasa mcm mna tah smlm beli la 5 biji 8hggit
ReplyDeleteSaya batuk da lama sgt dr bulan 3 smpi la skg nih bulan 9 da lebih 6bulan..bermacam2 ubat batuk dr syrup smpai ke pil da mkn still x baik2.Da buat xray. Da wat ujian TB doc ckp xde masalah. Penat sgt batuk lama2 nih smpi naik sakit kepala.kadang tu smpi menangis batuk.kadang batuk smpi terkencing2.
ReplyDeleteOk asok nk beli kn husband ubt ni..kesian tgok dy sebulan brpa kli tah nk batuk...smpi perut sakit tu yg tk boleh tahan
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian ini insallah besok saya gi cari. Sebab anak saya ni baru berumur 9 tahun. Time petang jee mesti batuk tak berhenti gatal tekak sampai tak leh tidur sian dia.. dok bagi obat selalu pun saya risau juga sebab. Batuk yang berpanjangan. Dan dia masih kecik. Tak bagi ubat pun kasihan pula kan. Macam kita biar dia pula. So apa apa pun terima kasih yee.. semoga perkongsian ini dapat membantu semua yang bermasalah tekak gatal
ReplyDeleteTengah sakit tekak ni.tkasih perkongsian ini.baru beli ubatnya.memang mujarab.
ReplyDeleteTengah batuk juga ni nk hampir 1 bulan dah..lepas ni nk beli ubat tu..thanks ye atas peekongsian.
ReplyDelete