Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Sunday, December 20, 2020

Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat oleh Ustaz Amidi

Bukan semua perkahwinan dikurniakan cahaya mata. Malah bukan semua yang berpeluang merasai nikmatnya menjadi ibu bapa. Tapi, pantang mengalah sebelum berjuang. Jangan mudah putus asa. Sentiasa berusaha dan berdoa. Insyallah.

Jom tengok video yang dikongsikan oleh ustaz amidi syeikh muhd zainul asri.

Sila tekan Link : Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Insyallah mana tau bermanfaat buat yang mengamalkan. Aku sekadar berkongsi ilmu baru. Marilah kita sama sama mengamalkannya. Dan doakan aku agar memperolehi zuriat ku sendiri.

'Ain

Thursday, June 4, 2015

Petua senang bangun tidur - Basuh lubang hidung


Hari ni, aku kena bangun awal. Serius susah gila. Banyak kali gosok mata... bangun tidur lepas tu tidur balik.. pastu bangun balik.. begitulah gamaknya sampailah aku dah snooze tepon banyak kali...

Tetiba aku teringat seorang rakan pernah pesan.. katanya kalau kau nak senang bangun pagi, basuh lah hidung ko setiap hari.. haa.... ni yang polik kan? Kenapa basuh hidung... bukan basuh mata ke... basuh kaki pon agak logic..

Tapi takda apa yang pelik sekiranya kita tahu yang hidung merupakan anggota yang paling disukai oleh syaitan...

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Masa yang paling sesuai di kunjungi syaitan pula ialah ketika kita semua tidur.. tak tahu pulak kenapa tapi dia memang akan mengaggu keupayaan kita untuk bangun tidur.


So amalan membasuh lubang hidung adalah yang terbaik bagi mengelakkan syaitan buat sarang dalam tu. Cukuplah sekadar menggunakan air bersih dengan jari kelingking. Kang guna ibu jari kok besar macam serombong kapal lak lubang hidung tu..and .semasa basuh tu, berselawatlah k

And for your information, membersihkan lubang hidung sejurus bangun pagi adalah antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah selain dari bersugi.. tengok.. selain mengelakkan syaitan berkubang, kita juga insyallah mengikuti sunnah Rasulullah.

P/S: tetiba teringat lak cerita P Ramlee

"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pooojaan hatiku"

Friday, May 29, 2015

Ubat batuk Difflam bagus

Dah hamper sebulan batuk. Sebenarnya aku ni kalau kena batuk memang berbulan bulan nak baik. Pernah dulu masa bulan puasa aku kene batuk, siksa sangat. Dahlah tak boleh minum air. Paling tak boleh blah kalau rasa nak batuk dalam train. Mesti rasa nak tercirit tahan gatal tu.

Aku punya terdesak nak baik, segala jenis ubat aku dah try. Ko sebut je lah apa nama scientific ubat batuk yang korang tahu.. meh sini aku tunjuk botol. Tu baru cerita pasal ubat batul. Belum lagi ko dengar aku amalkan petua petua merepek  untuk hilangkan batuk. Segala jenis limau, asam jawa dan madu aku dah try. Tak baik jugak. Tapi aku paling ingat dulu masa aku kena batuk tak baik baik, aku baca dalam blog sape ntah. Dia suh kita letak minyak masak kat bontot.

Ko caya tak kalau aku cakap.. serius aku ikut. Sebab masa tu dah lah janji nak karok minggu depan ngan kengkawan. Batuk laktak henti henti. Semangat nak tunjuk bakatlak berkobar.. masa tu belasah je lah letak minyak kat bontot pon.. letak jelah. Bukan nya orang tau. Ni hah baru nak bagi tau korang. Keh keh keh

Ok  berbalik pada cerita minyak tu.. aku pon balik rumah (masa baca blog petua hilangkan batu tu kat office) so aku pun terus mandi. Pegi dapur. Dengan confident ambik je minyak masak secolet. Pastu sapu. Pastu tidur. Pastu besok aku bangun pagi serius baik? ?? aku pon tak sure. Samada petua tu memang mujarab atau sebab segala jenis ubat, madu, lemon, petua tu dah bergabung dan berganding bahu untuk bagi chance kat aku baik dari batuk. Wallahualam.


Tapi hari ni aku saja nak bagi tau korang aku ada jumpa satu ubat batuk macam gula gula. Rupanya macam strepsil. Beli kat Watson. Ni sebab tak tahan sangat gatal. So pergi singgah Watson dan beli yang jenis lozenges ni. Namanya Difflam. Harga lebih kurang 13 hengget. Ada lapan biji. Agak mahal lah. Tapi ko nak baik tak? Memula makan rasa macam gula gula je. Rasa manis.. tapi taklah sedap sangat. Strepsil lagi sedap. Tapi setakat ni aku dah ambik tiga biji.. Alhamdulillah.. memang lega. Dah kurang gatal kat tekak. Dah lah mudah je. Tak payah ambik sudu semua, just hisap je.. macam makan gula gula.. pastu baik.. tak payah nak sapu sapu minyak bagai.. so ni aku nak syorkan lah... belilah Difflam.  Macam iklan berbayar lak. Tapi tak pun. Saja nak share sebab kesian kat orang orang yang senasib ngan aku ni ha. Ok bye. Nak gi karok..


Ni lah brand magical lozenges yang diperkatakan

tu bukti aku dah telan tiga bijik


bukti pembelian di watson. siap ada alamat lagi kot kot nak beli kat tempat yang aku beli...

Wednesday, August 6, 2014

Khasiat Utama Tamar

Image result for kurma

  •  Jika dimakan tanpa membuang kulitnya, dapat melancarkan pencernaan dan mencegah peradangan usus.
  •  Bagi perempuan yang menyusukan anak, kandungan zat besi dan kalsium dalamkurma dapat menambah kuantiti susu
  •  Kurma berperanan membantu pembentukan darah dan sumsum tulang bagi bayi yang disusui.
  • Kurma dipercayai memberi tambahan tenaga untuk ibu hamil.
  •  Menurut hasil penelitian, jus kurma dapat memperkuatkan urat urat rahim, sehingga proses melahirkan lebih mudah. Juga mengurangkan pendarahan ketika melahirkan serta menguatkan organ rahim.
  •  Bayi yang disusui ibu yang menjadikan kurma sebagai amalan pemakanan,akan membesar menjadi anak yang cerdas.
  • Sangat baik bagi mengatasi masalah sembelit, lemah otot , letih dan stres.
  •  Membantu menguatkan daya ingatan.
  •  Perempuan Arab percaya kurma dapat menghaluskan kulit.biasanya dengan campuran bahan lain dijadikan kosmetik pelangkap kecantikan.
  •  Kadar kalium yang terdapat dalam kurma dapat mengurangkan risiko serangan strok dan darah tinggi.
  •   Bagi penderita batuk, kandungan gulanya dapat menghilangkan gatal-gatal di kerongkong, sekali gus menghentikan batuk.
  • Jus kurma juga berkhasiat mengurangkan penyakit insomnia.
  • Kurma dapat menambahkan nafsu makan dan seksual.
  • Zat besi yang terkandung cukup baik bagi penderita anemia dan letih lesu.
  •   Memanaskan badan dan meningkatkan daya kerja otak.

Friday, April 8, 2011

Petua menghilangkan mengantuk ketika memandu

Sekarang ni memang banyak kes kes kemalangan yang kadang kadang membawa maut. Yang terbaru aku dengar pagi tadi. Kemalangan di Mex Highway di mana kereta terbabas dan terbakar telah membawa maut kepada pemandunya. Aku yang dengar seram seram sejuk pasal aku pun selalu lalu situ dan aku rasa dah banyak kali kes terbabas di Highway Mex tu. Aku pun kalau lalu situ selalu gak bawa laju laju ..highway tu memang tak banyak kereta kalau lalu pagi pagi.
Kalau nak tau berita selanjutnya tentang kemalangan tu sila klik sini: KEMALANGAN MEX HIGHWAY
Btw, kat bawah ni ada satu petua menghilangkan mengantuk semasa memandu yang aku dapati dari seorang kawan. Ye, selain memandu secara laju dan merbahaya mengantuk juga adalah salah satu punca yang menyumbang kepada kemalangan . Jadi samalh samalah kita amalkna dan berhati hati di jalan raya

LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah
dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu
memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat
"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.
SELAMAT MENCUBA !! SEBARKAN KPD RAKAN2 ANDA UNTUK MANAFAAT BERSAMA
.




Kesemua Petua di dalam blog ini adalah hasil dari  perkongsian rakan rakan office, saudara mara dan diambil dari buku petua  mahupun email.Jadi, andai kata anda terserempak dengan petua i anda, sila maklumkan pada saya. Saya akan link kan atau kreditkan kepada anda .Tujuan saya post di dalam blog ini adalah semata mata untuk berkongsi ilmu dan untuk simpanan saya. Terima kasih.


 

Wednesday, March 23, 2011

Makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW...

Semua orang ada makanan kegemarannya tersendiri. Kau ada.. aku pun ada. Tapi yang menariknya Rasulullah kita sendiri juga mempunyai makanan kegemarannya yang tersendiri di mana sudah tentulah sangat berkhasiat dan bermanfaat kepada tubuh badan kita. Oklah.. kita lupakan lah sebenatar sate, pizza, ikan bakar mahupun burger yang menjadi makanan kegemaran kita sepanjang tahun. Marilah kita sama sama mengamalkan makanan yang menjadi kegemaran Nabi kita. 


1. Barli –  Amalkanlah meminum sup barli kerana ianya sangat baik untuk meredakan demam.

2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar, rumahnya seperti tiada makanan", Bagi ibu mengandung, digalakkan mengambil kurma sebagai makanan tambahan



3. Buah Tin – Sesiapa yang ada buasir digalakkan memakan buah yang dikatakan adalah buah dari syurga
4. Anggur – Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. sangat gemar memakan buah  anggur? Dikatakan dapat membersihkan darah, memberi tenaga , menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.
5. Madu – merupakan  penawar terbaik bagi penyakit cirit-birit sekiranya diminum dengan air panas. Ia digunakan untuk menaikkan selera serta menguatkan perut, ia juga dikatakan dapat dijadikan sebagai pengawet daging, perapi rambut, dan pencuci mulut. Ia juga dipercayai sangat berkhasiat sekiranya di ambil pada waktu pagi bersama air suam.
6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".




7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan panas/haba di hati hati seperti  jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan mengelakkan kita daripada penyakit nyanyuk.


8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata.Dikatakan  juga bertindak sebagai perancang keluarga  dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun – dikatakan sangat elok untuk kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.
10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan daripada syaitan dan iblisselama 40 hari.


11. Cuka - Rasulullah S.A.W. sangat  suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu popular di restoran elit di Itali)


12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan meneguk, meneguk boleh menyebabkan kesakitan pada paru-paru".
Sumber: presentation prepared by Mahtab Anwar