Thursday, June 4, 2015

Petua senang bangun tidur - Basuh lubang hidung


Hari ni, aku kena bangun awal. Serius susah gila. Banyak kali gosok mata... bangun tidur lepas tu tidur balik.. pastu bangun balik.. begitulah gamaknya sampailah aku dah snooze tepon banyak kali...

Tetiba aku teringat seorang rakan pernah pesan.. katanya kalau kau nak senang bangun pagi, basuh lah hidung ko setiap hari.. haa.... ni yang polik kan? Kenapa basuh hidung... bukan basuh mata ke... basuh kaki pon agak logic..

Tapi takda apa yang pelik sekiranya kita tahu yang hidung merupakan anggota yang paling disukai oleh syaitan...

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Masa yang paling sesuai di kunjungi syaitan pula ialah ketika kita semua tidur.. tak tahu pulak kenapa tapi dia memang akan mengaggu keupayaan kita untuk bangun tidur.


So amalan membasuh lubang hidung adalah yang terbaik bagi mengelakkan syaitan buat sarang dalam tu. Cukuplah sekadar menggunakan air bersih dengan jari kelingking. Kang guna ibu jari kok besar macam serombong kapal lak lubang hidung tu..and .semasa basuh tu, berselawatlah k

And for your information, membersihkan lubang hidung sejurus bangun pagi adalah antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah selain dari bersugi.. tengok.. selain mengelakkan syaitan berkubang, kita juga insyallah mengikuti sunnah Rasulullah.

P/S: tetiba teringat lak cerita P Ramlee

"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pooojaan hatiku"

No comments:

Post a Comment