Pernah tak korang ternampak pasangan yang pakai jubah atau
purdah pegang tangan?
Apa yang korang fikirkan? Mesti akan straight anggap .. ohh
diorang ni suami isteri.. tapi jarang nak fikir yang buruk buruk kan.
Entah entah sebenarnya diorang tu bukan pasangan suami
isteri..
entah entah diorang tu pasangan kekasih je.... Mana ko tau?
tapi agak susahkan nak berfikiran macam tu terhadap
diorang.. macam macam mana pon still anggap yang baik baik je..
Tapi di sebalik itu, bila kita tengok pasangan yang girls
nya pakai sexy, yang lelakinya pulak pakai macam ala ala rock atau punk, mesti
straight kita fikir budak budak nakal baru nak up..
paling teruk mesti kita fikir diorang nak buat benda tak
senonoh.. lebih lebih lagi yang perempuanya terlentok lentok kat bahu lelaki
tu.. mudahnya kita menganggap perempuan tu sangap..
Sedangkan kenyataannya mungkin mereka pasangan suami isteri
yang sah..
Lihat perbezaan pakaian dan perbezaan perception.
Sesungguhnya pakaian mewakili peribadi.. pernah dulu sebelum
aku pakai tudung, aku cakap kat sorang sahabat.. aku ni, walaupun tak pakai
tudung tapi still sembahyang sedangkan si polan dan si polan tu pakai tudung
beria tapi tak solat pon. So what is the point?
DIa kata, ye.. ko betul.. ko solat tapi tak pakai tudung
tapi mereka mewakili umat islam..
Terpana aku ? kenapa pulak?
Apa bezanya umat Islam dan tidak? Tanya dia..
Aku jawab solat. Kafir tak solat sedangkan kita solat.. Dia
mengakuinya.. tapi adakah ko solat di hadapan orang kafir? Aku jawab tidak.
Haa... jadi ko lihat tak siapa ko dimata orang kafir? Mereka
anggap ko sama macam diorang tapi bagi mereka menutup aurat tu orang Islam.
Jadi walaupun mereka tak solat, tapi kawan kawan kita yang kafir menganggap
mereke Islam sedangkan mereka menganggap ko sama je seperti mereka.. dia still
menganggap ko Islam Liberal..
Bila fikir balik.. ye betul.. bila bab makan kat office, selalu
kawan Chinese anggap aku makan je apa yang dihidangkan tanpa fikir sensitivity
compare dengan mereka yang pakai tudung di anggap perlu diambil kira soal halal
haram makan tu.
Ada lagi satu insiden di mana, setelah aku berhijrah dan
pakai tudung.. kengkawan semua memeluk aku dan mengucap syukur.. ada yang
menangis tengok aku.. (betapa aku rasa .. ohh sebelum ni aku kurang baikkah?)
Dan setelah kejadian... mana mana pergi dan jumpa orang tak dikenali
.. bila nak tegur mesti ucap salam dulu. Lepas tu despatch yang hantar surat Nampak
aku, nak tegur ucap salam dulu.. customer datang nak tanya soalan pun ucap
salam dulu.. dimana sebelum aku pakai tudung, mereka tak pernah ucaps alam pada
aku walaupun mereka tau aku ni Islam..
So memang diakui pakaian membawa sekali identity seseorang..
Di mana bila kawan-kawan yang kafir menganggap ko seperti mereka, bagaimana
harus ko nak berdakwah dengan mereka? Macam mana ko nak kata yang Islam ni
benar sedangkan ko tak percaya bahawa apa yang ada dalam AL Quran tu bawa
kebaikan? Sekian.
No comments:
Post a Comment