Showing posts with label Tips dan petua dari misztomato. Show all posts
Showing posts with label Tips dan petua dari misztomato. Show all posts

Friday, May 29, 2015

Ubat batuk Difflam bagus

Dah hamper sebulan batuk. Sebenarnya aku ni kalau kena batuk memang berbulan bulan nak baik. Pernah dulu masa bulan puasa aku kene batuk, siksa sangat. Dahlah tak boleh minum air. Paling tak boleh blah kalau rasa nak batuk dalam train. Mesti rasa nak tercirit tahan gatal tu.

Aku punya terdesak nak baik, segala jenis ubat aku dah try. Ko sebut je lah apa nama scientific ubat batuk yang korang tahu.. meh sini aku tunjuk botol. Tu baru cerita pasal ubat batul. Belum lagi ko dengar aku amalkan petua petua merepek  untuk hilangkan batuk. Segala jenis limau, asam jawa dan madu aku dah try. Tak baik jugak. Tapi aku paling ingat dulu masa aku kena batuk tak baik baik, aku baca dalam blog sape ntah. Dia suh kita letak minyak masak kat bontot.

Ko caya tak kalau aku cakap.. serius aku ikut. Sebab masa tu dah lah janji nak karok minggu depan ngan kengkawan. Batuk laktak henti henti. Semangat nak tunjuk bakatlak berkobar.. masa tu belasah je lah letak minyak kat bontot pon.. letak jelah. Bukan nya orang tau. Ni hah baru nak bagi tau korang. Keh keh keh

Ok  berbalik pada cerita minyak tu.. aku pon balik rumah (masa baca blog petua hilangkan batu tu kat office) so aku pun terus mandi. Pegi dapur. Dengan confident ambik je minyak masak secolet. Pastu sapu. Pastu tidur. Pastu besok aku bangun pagi serius baik? ?? aku pon tak sure. Samada petua tu memang mujarab atau sebab segala jenis ubat, madu, lemon, petua tu dah bergabung dan berganding bahu untuk bagi chance kat aku baik dari batuk. Wallahualam.


Tapi hari ni aku saja nak bagi tau korang aku ada jumpa satu ubat batuk macam gula gula. Rupanya macam strepsil. Beli kat Watson. Ni sebab tak tahan sangat gatal. So pergi singgah Watson dan beli yang jenis lozenges ni. Namanya Difflam. Harga lebih kurang 13 hengget. Ada lapan biji. Agak mahal lah. Tapi ko nak baik tak? Memula makan rasa macam gula gula je. Rasa manis.. tapi taklah sedap sangat. Strepsil lagi sedap. Tapi setakat ni aku dah ambik tiga biji.. Alhamdulillah.. memang lega. Dah kurang gatal kat tekak. Dah lah mudah je. Tak payah ambik sudu semua, just hisap je.. macam makan gula gula.. pastu baik.. tak payah nak sapu sapu minyak bagai.. so ni aku nak syorkan lah... belilah Difflam.  Macam iklan berbayar lak. Tapi tak pun. Saja nak share sebab kesian kat orang orang yang senasib ngan aku ni ha. Ok bye. Nak gi karok..


Ni lah brand magical lozenges yang diperkatakan

tu bukti aku dah telan tiga bijik


bukti pembelian di watson. siap ada alamat lagi kot kot nak beli kat tempat yang aku beli...

Friday, September 12, 2014

Khasiat Kurma bagi wanita hamil dan ibu menyusu



  1. Mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika melahirkan anak.Amalan memakan kurma basah boleh mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika melahirkan anakdan mempercepatkan proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala.
  2. Khasiat kurma itu sendiri sangat sesuai untuk nutrisi ibu mengandung kerana buah kurma mempunyai zat besi, kalsium, glukosa, pottasium dan serat yang tinggi.
  3. Buah kurma juga sangat sesuai dimakan sebagai diet untuk perempuan yang sedang dalam nifas, dikuatkan lagi dengan dalil ayat daripada surah Maryam ayat 25-26.
  4. Mengandungi hormon Patuchin yang boleh mengurangkan pendarahan dalaman dan menggalakkan pengeluaran susu ibu dan hormon Oksitosis untuk membantu otot otot rahim bagi melancarkan proses kelahiran dan pengecutan rahim selepas bersalin.
  5. Kurma juga mengandungi antioksian yang dikenali sebagai tanin yang boleh mencegah kanser.
  6. Meningkatkan kesihatan janin di dalam perut.

Sumber: Allah Doktorku, Mukhlas Asy-Syarkani Al-falah
Sumber Gambar: Google.com.

Sunday, September 7, 2014

Khasiat Timun



Timun atau nama saitifiknya dipanggil cucumis sativus ialah tumbuhan menjalar dan mempunyai sulur dahan berbentuk spiral. Ia biasanya ditanam sebgai ulam ataupun sayuran untuk dimasak. Buah timun sangta kaya dengan Vitamin A,B,C,E.

Timun mengandungi flavonoid dan polifenol sebagai antiradang serta mengandungi asid malonat yang berfungsi menghalang gula agar tidak berubah menjadilemak. Ia amat sesuai seklaidijadikan makanan untuk yang ingin bediet. Kandungan seratnya sangta tinggi dan berguna untukmelancarkan proses membuang air besar,menurunkan kolestrol dan meneutralkan racun. Selain itu mentimun juga kaya dengan kukurbitasin C yang sangat berkhasiat untuk meningkatkan kekebalan tubuh dan mencegah penyakit hepatitis.

Buah timun juga mampu membantu membersihkan ginjal, menurunkan panas badan dan menurunkan darah tinggi.

Di antara khasiat timun ialah, apabila kanak kanak mempunyai masalah cacing dan juga masalah sakit tekak.

Petua bagi merawat sakit kerongkong:
1. Ambil sedikit timun
2. Campurkan dengan sedikit garam
3. Kumur beberapa kali.

Petua untuk menurunkan darah tinggi dan membersihkan ginjal
Buah timun yang segar dicuci bersih dan diparut. Hasil parutannnya diperah dan ditapis. Air perahan ini hendaklah diminum dan lakukan nya 2 hingga 3 kali sehari.

Petua menghilangkan demam
Timun segar dicuci lalu diparut. Hasil parutannya diletakkan diperut

Petua menghilangkan jerawat
Buah timun dicuci bersih lalu dihiris nipis nipis. Hirisan timun ditampalkan dan digosokkan pada kulit yang berjerawat. Lakukan setiaphari.

Petua menghilangkan panas badan
Timun dicuci dan diparut. air dan hasilparutan dimasukkan gula batu.kemudian diminum sehingga panas hilang.

Sumber gambar: Google

Wednesday, August 6, 2014

Khasiat Utama Tamar

Image result for kurma

  •  Jika dimakan tanpa membuang kulitnya, dapat melancarkan pencernaan dan mencegah peradangan usus.
  •  Bagi perempuan yang menyusukan anak, kandungan zat besi dan kalsium dalamkurma dapat menambah kuantiti susu
  •  Kurma berperanan membantu pembentukan darah dan sumsum tulang bagi bayi yang disusui.
  • Kurma dipercayai memberi tambahan tenaga untuk ibu hamil.
  •  Menurut hasil penelitian, jus kurma dapat memperkuatkan urat urat rahim, sehingga proses melahirkan lebih mudah. Juga mengurangkan pendarahan ketika melahirkan serta menguatkan organ rahim.
  •  Bayi yang disusui ibu yang menjadikan kurma sebagai amalan pemakanan,akan membesar menjadi anak yang cerdas.
  • Sangat baik bagi mengatasi masalah sembelit, lemah otot , letih dan stres.
  •  Membantu menguatkan daya ingatan.
  •  Perempuan Arab percaya kurma dapat menghaluskan kulit.biasanya dengan campuran bahan lain dijadikan kosmetik pelangkap kecantikan.
  •  Kadar kalium yang terdapat dalam kurma dapat mengurangkan risiko serangan strok dan darah tinggi.
  •   Bagi penderita batuk, kandungan gulanya dapat menghilangkan gatal-gatal di kerongkong, sekali gus menghentikan batuk.
  • Jus kurma juga berkhasiat mengurangkan penyakit insomnia.
  • Kurma dapat menambahkan nafsu makan dan seksual.
  • Zat besi yang terkandung cukup baik bagi penderita anemia dan letih lesu.
  •   Memanaskan badan dan meningkatkan daya kerja otak.