OK. Ini kisah semalam. Emm. Tak last week kot. Ok macam ni. Bermula
dari last week, tapi semalam baru meletup.
Kisah seorang sahabat yang kononnya ingin membela seorang
sahabat di office yang ternyata buat salah. Tapi di atas sifat setiakawan , dia
tetap mempertahankan sahabat dia dan memburukkan bos sahabat dia. So.. semalam
bos tu marah dan ianya agak memalukan. Tiada siapa yng berdiri. Tiada siapa
yang bangun mempertahan kan dia..
Iniah dunia kerja. Masing masing ingin lepaskan diri. Dari dulu
lagi aku mana pernah percaya sahabat dari office. Ramai yang menikam dari yang
baik. Bak mak aku cakap kat office ni, dinding dan kerusi semuanya ada
telinga.. so jaga jaga...
Tapi bila cakap pasal setiakawan teringat aku pada seorang
sahabat. Dah lama tak jumpa dia. Apalah khabar wahai sahabatku. Nama dia ely. Nama
penuh rahsia. Cuma teringat masa sekolah dulu agak rapat. Masa tu aku agak
nakal. Dia pun nakal, malah berganda ganda nakal dia berbanding aku. Sehinggalah
dia dilantik menjadi ketua tingkatan. Masa itulah dia menjadi lebih baik.
Pada masa tu aku benci nak masuk kelas BM. Tak tau kenapa
cikgu tu tak berapa serasi dengan aku. Masyallah seandainya dapat diundurkan
masa, aku memang nak pohon ampun dengan cikgu. Sebab dulu aku tak tau
menghormati guru. Bila dah tua ni.. barulah Nampak pengorbanan seorang guru. Rasa
berdosa gila ngan cikgu.. Maafkan aku cikgu....
Berbalik pada kisah kawan aku ni, dia selalu cover aku
setiap kali aku ponteng kelas. Sampailah satu hari dia merayu kat aku.. dia
kata tolonglah jangan ponteng kelas kerana dia dah tak boleh cover untuk aku
dan cikgu pun dah marah kat dia. Dan di atas sebab setiakawan aku pun tak lah
ponteng kelas lagi.
Ada lagi satu insiden di mana pada masa tu kitorang baru je
lepas habis paper peperiksaan akhir tahun tak silap aku. Dan rasanya pula,
kertas agama kot. Masa tu baru sahaja habis memerah otak. Dah siap pun... pastu
ely ajaklah aku borak. Siap gelak gelak lagi. Tetiba cikgu yang jaga tu
bangun... terus pergi tempat aku dan rampas paper aku. Nasib baik dah siap,
tapi yang sweetnya, tetiba ely bangun... “ Cikgu, saya yang ajak Nurul’Ain
borak” ... pastu terus keluar dan hantar kertas nya sekali ...emm.. ni memang setiakawan.. sanggup redah
segalanya bersama.. yang baik atau pun buruk.. Ely, I miss you so much
sahabat.. Manalah ye kau sahabat?
-Ain-
-Ain-
No comments:
Post a Comment