Friday, December 11, 2020

Keadaan rakyat yang semakin menghimpit

Assalamualaikum semua,

Sekian lama blog ni tidak dipenuhi dengan entri baru. Skill menulis pun dah agak berhabuk dah. Tapi, aku rasa terpanggil untuk mencoret setelah terlalu banyak yang aku lihat dan lalui dalam tahun 2020 ni. 

Aku bekerja di sebuah Syarikat multinasional yang membekal peralatan dan produk  "cleaning & sanitation" sebagai seorang tereitory manager. Alhamdulillah, kehidupan aku dan Isteri jauh berbeza berbanding permulaan alam perkahwinan kami. Bila sebut cleaning & sanitation company, mesti semua orang terfikir yang waktu ni Syarikat aku bekerja mesti sedang meletup kan.

Tetapi apa berlaku adalah sebaliknya. Terlalu banyak individu dan Syarikat yang lebih kecil lahir bak cendawan pada ketika dan saat ini. Inilah yang orang kata sebagai "opportunist" di mana peluang digunakan sebaik yang mungkin.

Kerana situasi yang berlaku, orang yang bekerja dalam industri yang sama macam aku terkesan dan ada juga mengalami keadaan lebih teruk seperti dibuang kerja dan sebagainya. 

Pada ketika aku rasa susah hati dan selalu memikirkan apakah hala tuju aku di masa akan datang, aku sentiasa dikunjungi dengan pelbagai orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada yang bekerja dengan gaji mencecah 5 angka, ada yang tiada pendapatan tetap, dan ada juga yang cukup cukup makan. 

Tetapi persamaan yang dorang semua ada sekarang ni, KEHILANGAN PENDAPATAN. Sampaikan ada satu hari, aku sedang duduk dalam kereta berfikir dan termenung panjang, ada seorang lelaki yang aku rasa umur dia dalam lingkungan 40an mengetuk tingkap aku.

'tuk tuk tuk'. Assalamualaikum dik. Maaf abg ganggu. Minta maaf Sgt. Kata abg tu. Abg cuma nak minta tolong, boleh tak abg nak pinjam RM20. Abg cuma nak cukup kan duit abg RM50 untuk beli barang dapur sikit.

Ayat yang diberikan cukup ringkas untuk aku. Bayangkan pada ketika ini, 20ringgit tu terasa seperti 1 nilai yang besar. Walhal aku tengok banyak remaja habiskan RM50 dekat cafe cafe macam nilai tu takde apa apa.

Tanpa bertanya, aku hulurkan apa yang diminta dan aku pesan pada dia, jaga diri elok elok ya bang. Jelas riak wajah dia menunjukkan 1 kesedihan dan syukur dengan apa yang diterima. Selepas berbual kosong, dia pun berlalu pergi. Aku terdiam sendiri sambil berfikir. Ada orang yang menerima ujian yang jauh lebih berat bahkan sanggup untuk lakukan apa saja demi meneruskan kehidupan yang mencabar ini. 

Setiap hari, aku akan sentiasa lihat komen komen pembaca Facebook di page kkm, mkn Dan kwsp. Setiap hari akan ada sahaja topik ataupun komen komen yang berbaur sindiran terhadap keputusan kerajaan Dan sebagainya.

Aku harap semua dapat faham dan juga sedikit bersabar dalam menempuhi ujian besar yang kita terima sekarang ini. 

Nukilan ini hanya lah bagi untuk meluahkan apa yang aku lihat dan nampak. 


-asyraf-

No comments:

Post a Comment