Tuesday, July 15, 2025

Vacuum Sealer Murah Malaysia — Jimat Ruang, Makanan Kekal Segar Lebih Lama!

Guys, i nak share satu barang dapur yang memang buat i happy lately. Serious kalau u jenis suka simpan stok lauk, sayur, seafood dalam peti, wajib ada benda ni. Nama dia vacuum sealeryes, vacuum sealer serbaguna yang viral kat TikTok tu!

Since i beli, dapur i rasa lagi teratur. Stok ayam, ikan, udang semua i vacuum siap-siap, so bila nak masak tinggal ambik je. Bau pun tak bercampur dalam peti. Sayur pun tahan fresh, takde dah drama kangkung layu macam orang putus cinta dekat hujung minggu. 😂

Apa Best Sangat Vacuum Sealer Ni?

✔️ Extend shelf life makananconfirm tahan lama
✔️ Elak bau bercampur dalam peti ais
✔️ Jimat ruang simpananboleh susun peti cantik-cantik
✔️ Makanan kekal fresh & berkhasiat
✔️ Paling penting — mudah gila nak guna! Tekan sekali je terus vacuum & seal.

I suka guna untuk food prep diet i jugak. Kadang i siang ayam siap-siap, vacuum, terus simpan. Bila nak masak tinggal defrost je, senang hidup! 😍

Dalam Kotak Ada Apa?

1x Vacuum Sealer
1x Power Cord
1x Manual
50x Vacuum Bag (saiz 17x25cm) — dapat free okay, puas hati!

Nak Tengok Cara I Guna?

I dah buat video demo kat TikTok. Kalau u curious nak tengok, boleh klik sini:

Kalau rasa berkenan, terus je order kat link ni:

Kenapa U Kena Ada Vacuum Sealer Ni?

✔️ Nak food prep senang
✔️ Simpan stok lauk raya atau stok seafood
✔️ Elak makanan cepat rosak
✔️ Dapur u confirm nampak kemas
✔️ Barang dapur viral 2025 yang memang worth it

Serious i cakap, sekali guna mesti u rasa, “Kenapa la aku tak beli dari dulu?”

Okay tu je sharing i harini. Nanti kalau i jumpa barang best lain, i share lagi okay! Stay tuned 

Till we meet again,

' Ain

Wednesday, May 21, 2025

Flower of Evil Review: Kisah Suami Isteri, Misteri & Plot Twist Power!


Hey you all! I nak share cerita Korea yang I memang suka gila, nama dia Flower of Evil. Kalau you all suka cerita thriller penuh suspense dengan kisah cinta suami isteri yang complicated, you mesti tengok ni.

Sinopsis Ringkas

Cerita ni pasal Baek Hee Sung, lelaki yang nampak macam suami perfect, penyayang, siap boleh buat kerja kat bengkel. Tapi sebenarnya dia simpan satu rahsia besar yang dia sorok dari isteri dia, Cha Ji Won, yang kerja sebagai detektif.

Bila Ji Won kena siasat kes pembunuhan lama, dia mula rasa suspicious sebab semua petunjuk tunjuk pada suami dia sendiri! Masa tu la cerita jadi makin tegang dan kau rasa nak tahu apa akan jadi next.

Apa Yang I Suka

  • Jalan cerita memang tight, tiap episod ada cliffhanger. I dah macam ketagih, asyik cakap “Okay last episode je ni” tapi last-last tengok sampai pagi.

  • Chemistry antara Lee Joon Gi dan Moon Chae Won memang power. Emosi dia orang sampai I pun rasa terbawa-bawa. Scene gaduh, sedih, sweet semua kena betul.

  • Plot twist dia pandai gila. Rasa macam dah tahu apa, tapi sekali keluar benda lain yang buat I terpaku.

  • Visual cantik, lighting dan cinematography buat cerita suspense tapi still nampak cantik.

Part I Kurang Suka

Ada sikit part bila Ji Won lambat nak sedar yang suami dia ni mungkin ada something yang tak kena. Tapi mungkin sebab dia sayang sangat, so I boleh faham jugak.

Plot Twist Memang Padu

Ternyata Baek Hee Sung yang Ji Won kahwin ni bukan nama sebenar dia. Dia ambil identiti orang lain sebab masa kecik dia terlibat dengan kisah pembunuhan dan trauma keluarga. Bila flashback keluar, baru I faham kenapa dia buat macam tu.

Lepas tu, I rasa conflicted sikit  nak marah, nak kesian pun ada. Dia bukan jahat, cuma mangsa keadaan dari kecil.

Kesimpulan

Flower of Evil ni memang wajib tengok kalau you suka cerita thriller yang penuh misteri dan kisah suami isteri yang complicated. Ending dia puas hati, bukan tergantung atau tak jelas.

I bagi 9/10 sebab cerita dia bukan setakat suspense, tapi ada sisi kemanusiaan dan cinta yang buat kita rasa dekat dengan watak.

Kalau you all belum tengok, boleh start sekarang! Tapi sedia kan bantal dan tisu, sebab banyak scene yang buat jantung berdegup kencang dan air mata jatuh.

Siapa dah tengok Flower of Evil? Jom komen, you Team Hee Sung ke Team Ji Won? 😄

Till we meet again,

' Ain

Tuesday, May 20, 2025

I Curious sangat.. Bau Pramugari & Bau Orang Kaya Tu Bau Apa? Gourmand Ke Oud Ke Vanilla? Jom Kita Sembang Jap

 Assalamualaikum & hai korang!

Okay, hari ni I nak share something yang I always curious every time scroll TikTok. Korang perasan tak sekarang ramai sangat orang review perfume pastu suka guna description macam bau pramugari”, bau orang kaya”, bau perempuan sopan”.

Serius I cakap, mula-mula dulu I dengar pun macam, eh… bau apa tu sebenarnya? Gourmand ke? Oud ke? Vanilla ke? Atau dia just random feeling je? I tak perli tau, ni honest question sebab I sendiri pernah review perfume and I pun guna ayat bau orang kaya” 😂. Pastu I macam… eh, orang kaya sebenarnya bau apa? Gourmand ke Oud?

So kali ni I tulis blog ni sebab I yakin ramai juga macam I yang curious benda simple ni tapi tak terjawab. Jom kita sembang santai sikit pasal ni.

Bau Pramugari Tu Bau Apa Sebenarnya?

Kalau korang search bau pramugari tu bau apa, sebenarnya takde official perfume category nama macam tu. Tapi dalam dunia perfume review, especially kat TikTok & IG, orang gunakan istilah ni untuk perfume yang vibe dia:

  • Clean & fresh

  • Soft feminine

  • Bau pleasant tapi elegant

  • Tak heavy, tak terlalu manis, tak musky sangat

Usually perfume yang ada notes floral, powdery or light fruity macam peonies or pear. Bila orang cakap bau pramugari, maksud dia perfume tu ada aura perempuan yang kemas, wangi bersih, soft and classy bayangkan stewardess MAS atau Qatar Airways lalu depan you dengan senyuman sopan and subtle perfume yang pleasant.

Contoh perfume vibe macam ni:

  • Chanel Chance Eau Tendre

  • Miss Dior Blooming Bouquet

  • Bvlgari Omnia Amethyste

Bau Orang Kaya Tu Macam Mana Pula?

Yang ni pun viral gila dekat TikTok. Kalau korang search bau orang kaya perfume, biasanya orang maksudkan perfume yang bau:

  • Luxury

  • Smell smooth & expensive

  • Tak synthetic

  • Ada notes oud, amber, musk, leather or high-end floral

Perfume vibe orang kaya ni biasanya jenis niche or designer high-end. Kadang-kadang perfume gourmand pun boleh bau orang kaya kalau dia punya blend smooth and high quality.

Perfume vibe orang kaya yang famous sekarang:

  • Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540

  • Tom Ford Oud Wood

  • Parfums de Marly Delina

  • Creed Aventus

  • Killian Love Don’t Be Shy

Kalau perfume tu manis-manis caramel, vanilla or white floral tapi smooth, orang terus cop bau orang kaya”.

So Apa Itu Gourmand, Oud & Vanilla?

Kalau you all still new dengan perfume terms ni, meh I share quick explain:

  • Gourmand: Bau manis dessert like caramel, vanilla, marshmallow, chocolate.

  • Oud: Kayu gaharu, deep, smoky, woody, premium niche perfume style.

  • Vanilla: Sweet warm note yang boleh masuk gourmand kalau manis atau oriental kalau ada spice sikit.

So kalau orang cakap bau orang kaya, check perfume notes. Kalau ada oud, amber, musk atau smooth vanilla, most probably perfume tu ada aura mahal tu.

Conclusion Dari I Yang Selalu Confused Ni

Honestly, dekat TikTok & social media sekarang, orang describe perfume ikut vibe instead of category. Sebab tu lah bila I review perfume pun I pernah cakap bau orang kaya” padahal tak check pun notes dia apa. Tapi tak salah pun sebab kita share feeling kita time bau perfume tu.

Cuma kalau nak shopping perfume or buat review lebih padu, elok juga kita belajar basic notes perfume ni. Senang nanti kalau orang tanya bau pramugari tu bau apa” or bau orang kaya perfume yang mana best?”, kita boleh explain vibe dia based on notes.

So yeah… itu je I nak share malam ni. Kalau korang pun pernah confused pasal benda ni, drop la komen kat bawah.

Till we meet again.

'Ain

Monday, May 19, 2025

Review Filem Delicious Netflix-Expectation vs Reality! (Spoiler Sedikit)


Sumber: Google


Hi semua! I baru habis tengok filem thriller terbaru dekat Netflix, Delicious (2025), dengan Carla Díaz sebagai watak utama. Masa mula dengar pasal filem ni, I memang excited gila sebab expect something mind-blowing, macam Behind Her Eyes plot twist padu yang boleh buat kepala ligat. Tapi bila dah habis tengok, honestly I rasa Delicious ni jauh sangat dari expectation tu.

Cerita dia sebenarnya simple kira macam satu keluarga kaya dari Jerman tengah bercuti kat Perancis. Diorang accidently langgar seorang wanita muda, Teodora (lakonan Carla Díaz), dan bawa dia balik rumah untuk jaga sebab nampak macam dia perlukan pertolongan. Sounds macam thriller suspense yang best kan?

Tapi… dari situ, jalan cerita mula jadi pelik. Plot twist yang sepatutnya buat kita terkejut dan rasa "Wow!" jadi agak annoying dan confusing. Kadang I rasa macam tengok drama pelik yang penuh dengan keputusan watak yang tak masuk akal. Kalau diorang buat sesuatu, kita pelik, “Eh, kenapa buat macam tu? Tak logik!” Instead of tense dan misteri, I lebih rasa geli, macam nak geleng kepala je.

Apa yang I paling tak suka, plot twist dia bukan macam “wow” tapi lebih kepada disgusting dan dumbest twist I pernah tengok. Ada part yang I rasa macam penulis cuma nak buat kejutan tapi tak fikir jalan cerita secara keseluruhan. Jadi, instead of clever thriller, ia jadi macam cerita yang kacau-bilau dan tak puas hati.

Lakonan Carla Díaz sebagai Teodora memang solid—dia berjaya bawa watak tu dengan penuh misteri dan aura pelik. Tapi sayangnya, lakonan bagus je tak cukup untuk baiki cerita yang tak konsisten dan penuh kelemahan ni.

Kalau korang expect thriller yang smart dan penuh kejutan macam Behind Her Eyes, I strongly suggest korang skip Delicious. Tapi kalau korang minat cerita pelik yang ada elemen sosial dan ketegangan, mungkin korang boleh cuba tengok. Tapi bersedia untuk kecewa lah sikit.

Overall, I bagi 2/10 sebab plot twist yang sangat mengecewakan dan jalan cerita yang kadang tak logik langsung. Memang tak worth the hype yang I expect dari awal. Tapi kalau korang dah tengok, I curious nak tahu pendapat korang juga!

Till we meet again,

' Ain

Sunday, May 18, 2025

Tak Perlu Explain Diri..Biar Masa Tentukan

 

"Some people will love you for who you are. Some will hate you for the same reason. And it’s okay."


Pernah tak rasa macam… letih nak explain diri sendiri? Nak justify kenapa kita buat itu ini, kenapa kita macam ni, kenapa kita bukan macam orang nak? At the end of the day, I realize… kita tak perlu pun explain apa-apa. Because manusia akan percaya apa yang dia nak percaya. Dan bila hati dah ada persepsi, segala benda baik kita buat pun dia takkan nampak.

I write this not to mengungkit, not to get sympathy  tapi as a way to release what’s been weighing inside me. Kadang bila kita tulis, hati jadi ringan sikit.

Cerita Saya:

Kadang-kadang kan, kita tak perlu pun explain diri kita kat orang. Sebab for me, once orang dah ada persepsi, no matter what you say or do dia tetap takkan percaya. So biarlah. Let time reveal everything. Biarlah masa yang tentukan.

In my case, orang ni sebenarnya patut i hormat. And yes, sampai sekarang pun i still respect dia. Cuma, i pun respect the fact yang dia tak suka i. And i faham. So i decided to jaga diri, bawa diri jauh-jauh. Tak payah nak rapat, tak payah nak explain apa-apa. I’ll just doa yang baik-baik for her, from a distance.

Honestly, masa mula-mula dulu, dengan macam-macam fitnah and cerita yang dia tabur, i memang down gila. Berhari-hari i nangis. Lepas tu, datang rasa marah. Bukan marah sebab apa  marah sebab i rasa banyak effort i buat nak ambil hati dia, nak jadi orang yang dia suka, nak jaga hubungan baik. But at the end, i sedar  kita tak boleh paksa orang suka kita. So, i surrender. I let go.

Pernah satu hari, i berdoa sungguh-sungguh lepas solat, minta dia lembut hati. Tapi bila dia tetap dingin, i sedar… doa tu sebenarnya untuk kuatkan hati i, bukan untuk ubah dia.

Sekarang, i redha. Nangis tu masih ada, especially bila teringat. Tapi i belajar untuk lepaskan, and move forward. Because in the end, hati kita sendiri yang kena kuat, kan?

Apa Yang Saya Belajar:

  • Tak semua orang boleh suka kita, and that’s okay.

  • Jangan kejar approval orang sebab kita yang akan penat.

  • Self-respect is penting. Kalau orang tak value kita, kita value diri sendiri.

  • Doa orang dari jauh itu lebih indah. Tak semua sayang kena dekat, kadang sayang dari jauh lebih selamat.

Gambar Hati Saya Hari Ini:



So, to anyone out there yang tengah lalui benda sama  it’s okay. It’s normal. Kita manusia biasa. Sedih, marah, kecewa tu semua fitrah. Tapi jangan biarkan benda tu control hati kita terlalu lama. Ada masanya, kita kena belajar let go, even if it hurts. Kita jaga diri, kita doakan yang baik-baik. Biar masa jadi saksi, and biar hati kita tenang.

Reminder untuk diri sendiri: Kita tak dilahirkan untuk puaskan hati semua orang. Selagi kita tak buat jahat, selagi kita tak aniaya orang kita berhak untuk hidup dengan tenang. 


Till we meet again,

' Ain



Untuk Adik Biras, Yang Tak Jadi

Hello there…

Tadi masa scrolling Instagram, terjumpa satu post tentang seseorang yang pernah I kenal. Hmm… nampaknya cerita cinta yang dulu pernah dibayangkan tak jadi kenyataan. Deep down, I pernah ada soft spot for this person. Pernah terdetik, “Alangkah indahnya kalau dia boleh jadi sebahagian dari keluarga kecil kami.”

Tapi siapa lah kita nak persoalkan cantiknya susunan Allah. Setiap orang dah tertulis kisahnya, dah ditetapkan takdirnya, dan dia pun akhirnya bertemu dengan jodoh yang Allah pilihkan untuk dia dengan cara dan waktu yang paling sesuai.

To you, bakal adik biras yang tak jadi,
I sincerely pray for your happiness  in this world and in Jannah. Semoga perjalanan awak dipenuhi kebaikan, ketenangan, dan kebahagiaan yang hakiki.

Dan buat adik ipar tersayang,
Semoga jalan hidup awak sentiasa dipermudahkan. Percayalah, cinta yang baik akan hadir tepat pada masanya. Bukan lambat, bukan cepat tapi tepat.

Kadang-kadang, ada orang yang Allah temukan dengan kita hanya untuk beri kita satu pengajaran. Untuk ingatkan kita bahawa tak semua yang kita harap, akan jadi milik kita. Dan itu tak apa. Itu pun satu bentuk keindahan, bila kita belajar melepaskan dan reda.

Some people are meant to cross our path just to remind us that not everything we hope for is meant to be. And that’s perfectly okay.

Till we meet again,

' Ain