Tuesday, May 22, 2012

Kisah Pakcik Hasbullah


Pakcik Hasbullah adalah kawan karib ayah saya. Dia bukanlah lelaki yang biasa.. Dia memang luar biasa. Kerana setiap kali saya melihat dia, saya amat kagum dengan ciptaan Allah. Saya amat kagum dengan kekuasaan Allah.

Pakcik Hasbullah seorang India Muslim. Baru masuk Islam dan bukanlah India yang biasa.. benar... dia lain dari yang lain.. Bayangkan Tok Sami India yang kuat pegangan agamanya dan yang sangat besar pengaruhnya akhirnya menerima Hidayah dari Allah.. Masyallah besarnya kuasa Mu Ya Allah.Cerita macam mana dia tergerak hati memeluk Agama Islam? Saya pernah tanya pada ayah, tapi ayah kata.. “Lah.. dah dapat hidayah masuklah Islam”.. mesti masa tu ayah malas nak layan kan.. Takkan lah takder cerita di sebaliknya kan..

Okey, berbalik pada cerita Pakcik Hasbullah.. menurut sumber yang boleh dipercayai, Bukannya mudah menjadi seorang muallaf. Sewaktu mula mula Pakcik Hasbullah memeluk agama Islam, banyak pancarobanya. Tak ramai yang ingin menolong  tapi ramai yang mempersenda.. Pakcik Hasbullah,moga Allah berkati Pakcik...

Kenapa Pakcik Hasbullah rapat dengan ayah saya, kerana ayah saya sangat rajin mengajaknya ke surau. Mengajar cara cara kehidupan sebagai seorang Islam . alhamdulillah Pakcik Hasbullah sampai sekarang kekal Islam dan dah pun sampai ke tanah Suci Mekah menunaikan Umrah.

Sebelum Pakcik Hasbullah memeluk Islam, dia ada seorang isteri dan seorang anak gadis, namun sayangnya Hidayah hanya milik pakcik Hasbullah bukan milik keluarganya. Pakcik Hasbullah redha. Dia tetap meneruskan kehidupannya dengan sabar walaupun tanpa ditemani isteri anak..  

Sampailah jempuatan Allah buat Pakcik Hasbullah. Umrah ditunaikan. Dan dikesempatan itu, Dihadapan pintu Kaabah, Dia mengangkat tangan dan berdoa agar isteri dan anak nya memeluk agama Islam.

Alhamdulillah.. sekembalinya beliau dari menunaikan ibadah umrah... berita yang amat tak disangka sangka diterima.. isteri dan anak nya telahpun menerima hidayah.Mereka memeluk Agama Islam dan akhirnya hidup bahagia.. Dan di sudut sanubari saya terdetik: Cepatnya doa dia dikabulkan.Aku ?

Tapi Siapalah kita unutk menyangkal kekuasaan Allah kan.. Kadang kadang, saya terfikir, kenapa ye doanya senang dimakbulkan tapi saya, bertahun menadah tangan masih Allah tidak memberikan jawapan.. tapi mana boleh sama sekali saya bersangka buruk pada Allah kan..

Pasti ada sebabnya. Adakah Allah juga rindu pada rayuan saya? Adakah Allah masih belum merasakan keikhlasan hati saya. Atau adakah ini dugaan buat saya agar saya lebih kuat.. agar saya lebih tekun unutk berdoa.. berdoa dan berdoa... Ya Allah.. kabulkan lah segala hajatku.. Hanya padamu tempat aku mengadu.. Sesungguhnya aku tidak berdaya tapi tidak Engkau Ya Allah... Amin

Thursday, May 17, 2012

Sabun Ajaib

Assalamualaikum..
Hai just nak share pasal satu sabun ni, yang saya rasa sangatn berkesan buat diri saya. Saya ulangi Buat diri SAYA.. So mana tau kalau ada yang teringin nak mencuba product ni , pastu tak berkesan nanti kata saya ni penipu lah pulak. Well, Nak tau tak khasiat Sabun yang dinamakan Swiss Beauty Transparent Soap ni?
First of all, sabun ni dirumus khas dengan ekstrak manggis semulajadi, Gamat, Kolagen dan Vitamin E. Ia bukan sahaja dapat membersihkan liang liang roma yang tersumbat,malah memeberi kelembapan pada kulit yang sangat important untuk mencegah proses penuaan kulit. Ianya membantu untuk menanggalkan sel sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit cerah dan berseri.
Antara Keistimewaan:

Mengecilkan saiz liang roma

Memberi kelembapan berpanjangan pada kulit ( memang saya alaminya. Cuma masa mula mula tu rasa kulit mengelupas halus. Terasa kasar sikit but then tak lah obvious sangat)

Membantu unutk mengurangkan pigmentasi dan masalah jeragat (ni mak saya lak yang rasa. Dia kata bintik bintik coklat kat muka mama dah kurangkan? Masa dia tanya tu.. tak perasan pun. Tapi honestly sekarang nampak gak lah perbezaan nya)

Mencerahkan kulit kerana ia meningkatkan proses pembaruan kulit.(Yes.. memang betul.. tapi taklah putih cam pakai product kopek kopek kulit tu)

Membantu untuk mengurangkan kedutan halus dan menjadikan kulit tegang dan halus(tak sure Cuma muka saya yang tembam macam dah ada shape sikit. Tak taulah perasaan je atau betul)

Ada teruja? Sesiapa yang rasa nak mencuba product ni bolehlah emailkan ke misztomato@yahoo.com
Harga tu seriously harga kawan kawan. Tak niat nak berniaga pon Cuma memang beli banyak kononnya nak dapat murah.. last last guna sampai nak muntah


P/S : Gambar model sebelah tak der edit edit k...

BERSIH ialah seekor kucing?

Masa mula mula Kes Perhimpunan Bersih ni, Serius saya buat orang confuse. Setiap kali saya nak cakap pasal Isu Bersih mesti orang akan ingat saya cakap pasal kucing saya yang namanya Bersih... hihihi.. comel kan.. semua orang tahu dan kenal Sih aka bersih.. Sebab Saya sangat sayang Bersih...

Okeylah.. tak naklah komen sangat pasal Isu Bersih ni sebab hati saya tak cukup Bersih untuk komen Isu Bersih.. Tapi Bersih ke juga hati orang orang Bersih? Tu pun saya tak tau juga.. tepuk dada tanyalah selera. Okeylah saja nak share gambar kat bawah ni. Ambik dalam FB saya. Satu sokong Bersih dan satu lagi tak sokong bersih...
Hihihihihihi... Comel gak kan? Pasal isu Bersih ni siap ada yang berpuak puak dalam FB.. hihihi..



















Ni kucing saya bersih.. saya malas nak sibuk pasal bersih sebab diorang tak bayar gaji saya unutk komen dan blog pasal diorang.. tapi bersih saya bagi kasih sayang kat saya tau kalau saya cakap pasal dia.. comel bucuk bersih ni