Sunday, May 18, 2025

Untuk Adik Biras, Yang Tak Jadi

Hello there…

Tadi masa scrolling Instagram, terjumpa satu post tentang seseorang yang pernah I kenal. Hmm… nampaknya cerita cinta yang dulu pernah dibayangkan tak jadi kenyataan. Deep down, I pernah ada soft spot for this person. Pernah terdetik, “Alangkah indahnya kalau dia boleh jadi sebahagian dari keluarga kecil kami.”

Tapi siapa lah kita nak persoalkan cantiknya susunan Allah. Setiap orang dah tertulis kisahnya, dah ditetapkan takdirnya, dan dia pun akhirnya bertemu dengan jodoh yang Allah pilihkan untuk dia dengan cara dan waktu yang paling sesuai.

To you, bakal adik biras yang tak jadi,
I sincerely pray for your happiness  in this world and in Jannah. Semoga perjalanan awak dipenuhi kebaikan, ketenangan, dan kebahagiaan yang hakiki.

Dan buat adik ipar tersayang,
Semoga jalan hidup awak sentiasa dipermudahkan. Percayalah, cinta yang baik akan hadir tepat pada masanya. Bukan lambat, bukan cepat tapi tepat.

Kadang-kadang, ada orang yang Allah temukan dengan kita hanya untuk beri kita satu pengajaran. Untuk ingatkan kita bahawa tak semua yang kita harap, akan jadi milik kita. Dan itu tak apa. Itu pun satu bentuk keindahan, bila kita belajar melepaskan dan reda.

Some people are meant to cross our path just to remind us that not everything we hope for is meant to be. And that’s perfectly okay.

Till we meet again,

' Ain

Saturday, May 17, 2025

3 Bulan Jadi Affiliate — Dari Minta Sample Tak Layan, Sampai Seller Yang Cari I

Assalamualaikum & hi semua!

Hari ni I nak share sikit pengalaman I sepanjang 3 bulan bergelar affiliate. Honestly, bila fikir balik  MasyaAllah, I tak sangka boleh sampai ke tahap sekarang. Bukanlah level influencer viral pun, follower pun belum banyak, dan I belum lagi berjaya pun sebenarnya. Masih in progress, masih belajar, masih merangkak. Tapi bila fikir mula dari kosong, takde buyer, takde sample, takde siapa kenal… now slowly ada seller yang approach, komisen pun Alhamdulillah makin okay, and paling penting  I happy buat content.

I share ni bukan sebab nak tunjuk pandai, bukan nak kata I dah berjaya pun. Tapi sebab I nak semua orang yang mungkin tengah struggle, tengah rasa give up  dapat semangat sikit. Kita semua start dari kosong. Tak semua orang terus boom. Ada yang ambil masa setahun, dua tahun. Ada yang 3 bulan pun belum nampak hasil. Tapi asalkan kita terus jalan, insyaAllah ada rezeki menunggu.

Masa mula-mula dulu, I DM seller sana sini. Minta sample, cuba nasib. Tapi biasalah, siapa la I masa tu. Followers tak ramai, content pun biasa-biasa je. Ada yang baca tak reply, ada yang ghost. Ada yang reply tapi suruh tunggu follower naik dulu. Masa tu I down gila. Tapi I cakap dengan diri, “Kalau orang tak nak bagi, I buat je dulu dengan apa yang ada.”

So I start review barang-barang yang I ada kat rumah. Barang dapur, barang bilik air, barang cleaning  semua I review. Apa je barang yang boleh link affiliate, I test. Barang mak I pun I pinjam buat content. Balik rumah mak, I godek dapur dia. Barang kat rumah adik pun I rembat buat content. Janji boleh link affiliate, I record. Kadang-kadang beli sendiri, guna duit poket sendiri, sebab I tahu kalau nak orang percaya, effort tu kita kena tunjuk dulu. Jangan tunggu orang hantar barang, kita sendiri kena gerak dulu.

I record video kat dapur rumah mak, dalam bilik air rumah I, atas meja makan rumah adik. Setiap sudut jadi port content.

Lepas tu, kalau korang nak tahu  mula-mula dulu I buat video pun tak tunjuk muka tau. Malu! Haha. Semua video review barang, tangan je nampak. Lepas tu baru berani sikit, buat voiceover. Tapi yang kelakarnya… masa awal-awal, I guna voiceover AI je sebab I rasa suara I pelik. Bila dengar balik sekarang, memang lawak! Siap suara AI tu kadang sebut produk pun salah, tapi masa tu gigih je upload. Sebab I fikir, “Kalau tak start sekarang, bila lagi?”

Then slowly I cuba record suara sendiri. Walaupun mula-mula rasa kekok, lama-lama okay. Dari voiceover, sekarang dah berani tunjuk muka, dah cakap direct depan kamera. Rasa confident tu datang bila kita practice dan konsisten. Bila tengok video lama, rasa nak gelak, tapi I bersyukur sebab dari situ la I belajar.

Sekarang pun, honestly I masih belajar. Masih banyak tergagap-gagap, masih banyak kena improve. Kadang-kadang rasa nervous jugak, macam “Eh, dah betul ke apa yang I cakap ni?” Tapi I belajar untuk terima yang kita takkan perfect terus, dan it’s okay to make mistakes. As long as kita terus buat, lama-lama kita jadi lebih selesa.

Masuk bulan kedua, slowly ada seller yang start DM I, offer sample. Masa tu perasaan happy dia… Allah je tahu. “Finally, orang nampak usaha I.”

Tapi yang paling buat I senyum sampai ke telinga bila Dessini reply DM I. I just DM casually tanya kalau ada sample boleh bagi. Dalam hati tak expect pun sebab brand ni semua orang aim, jadikan benchmark. Bila dapat sample dari Dessini, rasa macam one step up la.

I ingat lagi, I tulis, “Kalau ada sample kecil pun takpe, I boleh buat content.”

Sekali diorang reply, and cakap okay nak hantar barang. Dalam kepala I ingat dapat satu dua barang je. Sekali hari barang sampai… Ya Allah, satu lori hantar barang! Penuh satu kotak besar. Siap ada air fryer, kuali, periuk, blender, set baking, pisau… semua ada. Masa tu rasa nak menangis. Dari orang tak layan I dulu, sekarang brand besar macam ni percaya hantar barang dekat I untuk review.

Sejak hari tu, makin ramai seller approach I. Alhamdulillah komisen pun makin okay. Tak adalah berpuluh ribu, belum viral pun. Tapi cukup buat hati happy sebab usaha sendiri. Dulu I yang usaha cari peluang, sekarang peluang tu yang datang cari I. Sekarang approve sample senang gila  sampai barbelas sample sehari pun pernah sampai. MasyaAllah, syukur sangat.

Paling penting, I happy buat content. I suka edit, suka cari idea, suka share barang best dengan orang. Bila orang save video, DM tanya link, cakap thank you sebab review jujur rasa puas sangat. Sebab I tahu macam mana struggle mula dari bawah.

So kalau korang yang baca ni tengah rasa give up, please… jangan stop. Semua orang start dari kosong. Semua orang pernah rasa susah. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Kita slow takpe, janji jalan. Sebab kita buat untuk diri sendiri, bukan untuk saingan.

Ingat ayat ni:
Success doesn’t come from what you do occasionally, it comes from what you do consistently.”

Buat je. Walaupun orang tak nampak sekarang, one day rezeki tu sampai jugak. Kadang rezeki datang masa kita least expect. Macam I, minta satu barang, Allah bagi satu lori. Tapi ingat… sekarang pun I belum berjaya lagi. Baru je in progress. Tapi I share sebab I nak kita semua semangat sama-sama. Biar kita struggle sama, naik sama.

Doakan I terus konsisten ya. Kita jalan sama-sama! 

📦 Video masa lori Dessini sampai boleh tengok kat sini:
👉 https://www.tiktok.com/@asyainvibes/video/7496829086149446930

The Power of Prayers: Circle Aku Berubah

Hi Guys,

Lately, I’ve been reflecting on something quite profound  something I truly believe in, which is the power of prayers. Dari dulu I selalu doa, “Ya Allah, kelilingkan aku dengan orang-orang yang baik, yang ikhlas, yang bawa energy positif… dan jauhkan aku dari orang yang berniat tak baik atau yang tak seiring dengan perjalanan hidup aku.”

And you know what? Slowly, it happened. My circle berubah. Orang-orang yang I jumpa, yang stay dalam hidup, semua makin selari dengan nilai yang I pegang , positivity, support, kindness, sincerity. It felt like a whole breath of fresh air, and I started to realise… doa tu memang betul-betul berkuasa.

But here’s what I also believe  it’s not about labelling orang yang ‘pergi’ dari hidup kita tu sebagai orang jahat. No. Mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa mereka tak lagi ada dalam hidup kita. Mungkin waktu tu, kita dah tak serasi. Atau mungkin, sebenarnya, it’s my presence yang tak lagi sesuai dalam hidup mereka.

Kita semua ada peranan, ada fasa masing-masing dalam hidup orang. And kadang-kadang I pun reflect… maybe I yang pernah jadi toxic ke? Pernah ke I secara tak sedar bawa energy yang tak best untuk orang lain? Sebab hakikatnya, it’s not just about menjauh dari orang negatif tapi tentang perbaiki diri kita sendiri jugak.

Sebab Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang, kita memang tak perlu faham semua benda yang jadi. We just need to trust the process, keep praying for goodness, for peace, for positive people to surround us and for our heart to always stay kind.

So here’s to good energy, good people, and a life filled with peace, clarity, and growth. And kalau ada orang yang perlu pergi, it’s okay. Kita doakan yang baik-baik untuk mereka. Sebab at the end of the day, yang paling penting, hati kita tenang.

Let’s always be grateful for the ones who stay, and for the lessons that come with those who leave. 

Till we meet again,

' Ain