Showing posts with label Shah alam. Show all posts
Showing posts with label Shah alam. Show all posts

Monday, June 12, 2017

Makan shellout di My Story Cafe

Salam ramadhan yang ke 16. Alhamdullilah kita dah pun memasuki fasa keampunan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah dan diampunkan di atas setiap dosa dosa kita..

Dan Alhamdulillah hari ni aku dan Asyraf berpeluang untuk berbuka di luar bersama sama. Selalunya sampai rumah pun dah pukul 7. Asyraf lah yang selalu beli makan tuk berbuka. Masak? huhu tak tau kenapa this time aku rasa penat betul. 

Well kali ni kami memilih untuk menjamubselera di My Story Cafe setelah baca beberapa review makan makan best di Shah Alam. Lupa pulak baca blog mana. Nanti kalau jumpa aku credit kat sini ye.

Memula sekali aku tanya mr google.

 

Nilah hasil googlan aku.

Aku terus call nombor tu dan buat tempahan tuk dua orang.
Kami memilih  

 
ok set tuk dua pax harga seperti tertera di atas.

Ni pulak keadaan luar kedai.
 

Kitorang kena dok luar sebab dah lambat.. cedeh.. sebab rasanya kat dalam lagi best.. jap eh

 

Hah sempat ambik gambar masa orqng dok kelua masuk..

 
Nilah rupa shellout kami

 

Air pulak free boleh pilih ice lemon tea atau sirap.

Kurma pon ada

 

Kita close up sikit

 

yyummy mamma mia...

Monday, June 1, 2015

Nasi kukus buluh kat seksyen 7 Shah Alam

Nasi kukus adalah antara yang paling aku suka makan. Kalau pergi mana mana kedai dan ada jual nasi kukus, mesti aku akan fikir seratus kali untuk order benda lain.

So ni cerita hari Jumaat yang lepas. Ramai kenkawan tanya pernah makan nasi kukus buluh? Wow.. aku serius teruja dengar. Macam best je makan dalam buluh. Pening fikir.. camno nak makan dalam tu.. kocik jo bekas buluh ( cheh nak cakap negori.. nak ikut asyraf lah tu)..

Nasi kukus ni bagi aku nasi yang sangst simple. Selalunya ada ayam goreng, nasi kukus, dan juga sambal.  Pastu kadang kadang ada timun, atau sedikit sayur.. thats why aku rasa simple and mudah.




Ok nasi kukus buluh ni pulak, aku tak pasti lah nama nasi ni memang macam ni, atau pun jolokan dan panggilan dari student uitm. Tapi yang pasti dia memang serve dengna buluh. Hihi. Tapi bukan lah dalam buluh betul betul tapi di dalam bekas yang diperbuat daripada buluh. Bekas nya macam ni.. macam bekas dim sum tu. 




So bila bukak tingkat yang first, akan ada lah hidangan seperti di bawah. siap ada aditional keropok lagi dan sayur salad.

pastu tinggalah tingkat yang ni pulak. macam misteri je apa dalam ni..


bila bukak, rupanya nasi kukus.. hihi.. eksited lebih aku ni


Selain nasi kukus ni, aku order tahu bakar jugak. tahu bakar dia bagi aku. ok ok lah.. sebab dia buat macam ala ala rojak.. bagi aku, aku lebih suka makan tahu bakar yang macam biasa yang empat segi dan potong potong tu. cuma yang kat sini, dia ada tambahan sayur kangkung kepada peminat kangkung..and portion nya agak besar.....

Ni adalah suasan kat kedai ni ye. kami duduk dalam pondok pondok kecik.. siap duduk bersila sekali... macam ala ala kampung lak.

selain nasi kukus dan tahu bakar, aku ada nampak gerai burger, ikan bakar, hot plate, mee rebus dan macam macam lagi lah. Harga pun berpatutan dan aku memang ada plan nak datang balik nak rasa menu menu lain especially ikan bakar. kedai ni berdekatan dengan uitm section tujuh dan juga icity. kalau tak silap aku, dekata dengan pasar malam section tujuh yang dekat dengna medan selera tu .. nantilah kalau aku datang lagi, aku minta alamat kat tuan kedia ye. cuma memang aku puas hatilah makan kat sini.. sodap hingga menjilat jari.

Thursday, July 4, 2013

Aku, Pak Guard dan Library Raja Tun uda shah ALam

Hari tu pergi Library Raja Tun Uda shah Alam yang kat  Kelab Golf tu section 13. Konon nak study for final. cheh.. nak dapat feel.. actually library ni agak baru dan canggih tak silap rasanya ada dalam 5 tingkat kot. ok lah.. best kat dalam .. ada siap wifi free lagi. pastu ada tempat kanak kanak , ada canteen, surau kat every floor and also ada gymnasium. okeylah cuma yang tak berapa nak best ialah first, tak cukup meja study. lima lima tingkat penuh . rasanya banyak je lagi kawasan kosong untuk letak meja. tapi library ni lebih mementingkan interior design dia compare to kemudahan belajar. second tempat parking.. serius tak cukup.. kecik sangat dan tak berapa nak faham kenapa mesti macam tu.. buat library sampai lima tingkat tapi parking takder.. agak agaklah.. hihi macam marah sangat kan.. memang marah .. sebab ada incident yang buat saya rasa.. entahlah.. 

Kisah nya macam ni.. saya susah nak cari parking... pastu saya nampak kat sebelah sana ada satu kawasan parking yang agak banyak. dan saya lihat  ada satu kereta park dan pastu pergi ke library. ok fine.. saya pun pergilah park kat situ.. round juga tapi tak nampak apa apa signboard yang tulis tak boleh park.. pastu saya pun park.. pastu tiba tiba ada satu guard datang...

Guard   : nak pergi mana ni.
Saya     : nak pergi library bang
Guard   : ni tempat orang nak main golf. tak boleh parking sini
Saya     : Ohh.. saya minta maaf ye bang.. saya tak perasan. Ok saya alihkan kereta. tau tak kat mana boleh parking untuk library
Guard   : mana saya tahu.sebelah sana lah.. apalah... sekolah tinggi tinggi bodoh.. tak baca ke signboard tak boleh parking
Saya     : maaf lah ye.. saya memang tak perasan. saya tak nampak signboard tu... saya alihkan kereta ni sekarang (dalam hati berzikir agar tak lempang muka guard tu)
Guard   : bodoh .. belajar tinggi tapi bodoh.. buat malu je tak boleh baca,,

Saya malas nak gaduh dan blah. nasib baik nak final.. malas nak gaduh gaduh... Cuma apa yang saya belajar ialah.,

1) Lain kali ,alert.. jangan main parking je.. 
2) Baru saya tahu.. antara adab orang yang educated dan yang tidak. sorry..Jangan offense .