Monday, May 27, 2013

Tip mudah untuk mendapatkan ketenangan hati.

1.       Jangan bergantung dengan orang lain. Bersikap  berdikari  dan percaya akan kemampuan diri sendiri.
2.       Jangan lah berburuk sangka pada orang lain, sentiasa bersifat positive insyallah akan memberi manfaat kepada anda.
3.       Jangan sentiasa mengingata peristiwa lampau. Hidup ini amat mudah sebenarnya. Tekadkan keputusan dan matlamat anda. Pandanga ke hadapan. Jadikan masa lampau anda sebuah pelajaran agar anda menjadi lebih baik.
4.       Jangan menyimpan dendam di dalam hati, sesungguhnya ia akan menjadi racun dalam hati kita.
5.       Jauhi sifat terburu buru dan tidak sabar. Asset penting dalam kehidupan kita bukanlah wang tapi masa. Gunakanlah masa itu dengan sebaik mungkin .
6.       Jangan risau akan hari esok.. sentiasalah mengingati Allah, Insyallah Allah akan mengingati kita . berusaha, tawakkal dan redha..

Neckline Slimmer buang dagu berlapis... Berkesankah?

Salam...

Alhamdulillah dah masukkan duit kat dalam akaun dealer untuk produk Neckline Slimmer. Apa neckline slimmer ni? Hasil dari bacaan dalam internet dan juga FB dealer, Neckline Slimmer adalah satu alat yang membuang dagu berlapis atau lemak yang terdapat di dagu dengan pantas. produk ni adalah hasil dari penyelidikan Pakar Fisioterapi dunia iaiatu Paul Younane. Hasil dari kajian saya pula..iaitu hasil melawat lawat blog dan akaun youtube yang pernah gunakan produk ni iaitu rata ratanya adalah orang putih, feedbacknya sangat bagus. tapi ada juga yang kata tak bagus. Saya tak berani nak kata apa. duit baru masuk pagi ni, insyallah dalam minggu ni dapat.. nanti kalau dah guna saya akan tulis review lah ye untuk produk ni. dimana katanya boleh nampak kesan dalam masa dua minggu. tak tau lah  betul ke tidak lah. belum cuba belum tau kan?

Antara keterangan produk adalah seperti di bawah ni :

  • Bentuk dagu yang cantik dan runcing
  • hasil yang hampir sama dengan pembedahan kosmetik yang tentunya mahal
  • hasil yang sungguh pantas iatu seawal 2 minggu
  • kepuasan dan keyakinan pada kecantikan diri sendiri
Cara cara menggunakan produk ini pula adalah :

  1. Masukkan spring regangan mengikut tahap kesesuaian
  2. buat pergerakan seperti disarankan selama 2-5 minit
  3. mulakan dengan regangan yang ringan dahulu
  4. ulang setiap hari sehinga dapat kesan yang di ingini
mudah kan cara penggunaannya? isy.. tak sabar nak guna ni dan buangakan lemak kat dagu macam kat bawah ni

ni gambar closed up.. ternyata kan anda tak dapat membezakan antara pipi, dagu, leher.. insyallah.. mungkin perubahan ketara lah harapnya lepas guna neckline slimmer ni...

Sunday, May 26, 2013

Ustaz Azhar Idrus khawin lagi

Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak, atas pernikahan beliau dengan isteri ke 3 hari ini.

Kami Mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Buat Ustaz Azhar Idrus, semoga berpanjangan sehingga akhir hayat Amin.

" Ya Allah, dengan ini kami memohon kepada-Mu, bahagiakanlah Tuan Guru kami, Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bersama isterinya ini dan isteri-isterinya yang lain. Permudahkan UAI menghadapi hari-hari mendatang , bahagiakanlah beliau hingga ke anak cucu , murahkanlah rezeki Ustaz Azhar Idrus , jadikanlah perkahwinan ini sebagai penguat semangat untuk Ustaz Azhar Idrus terus berdakwah "


" Amiiin "


Sumber : di sini