Friday, September 12, 2014

Resepi Jus Kurma

Bahan Bahan (4 Orang)

1.  1/2 kotak susu segar
2.  10 biji buah kurma-dibuang biji dan dibersihkan.
3.  1 cawan air panas
4.  Beberapa ketl ais.
5.  Sedikit gula

Cara Penyediaan
1.  Rendam buah kurma dalamair panas 15 minit.
2.  Kisar buah tersebut bersama airnya tadi hingga betul betul hancur.
3.  Masukkan pula ais dan kisar lagi. Jika mahu letak gula,masukkan sekali.
4.  Masukkan susu segar dan kisar sehingga sebati.

Info: Larangan mencampuradukkan dua jenis kurma.
Hadis Jabir Bin abdullah al-Ansariyr.a: Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggurkering dan kurma atau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak

Khasiat Kurma bagi wanita hamil dan ibu menyusu



  1. Mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika melahirkan anak.Amalan memakan kurma basah boleh mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika melahirkan anakdan mempercepatkan proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala.
  2. Khasiat kurma itu sendiri sangat sesuai untuk nutrisi ibu mengandung kerana buah kurma mempunyai zat besi, kalsium, glukosa, pottasium dan serat yang tinggi.
  3. Buah kurma juga sangat sesuai dimakan sebagai diet untuk perempuan yang sedang dalam nifas, dikuatkan lagi dengan dalil ayat daripada surah Maryam ayat 25-26.
  4. Mengandungi hormon Patuchin yang boleh mengurangkan pendarahan dalaman dan menggalakkan pengeluaran susu ibu dan hormon Oksitosis untuk membantu otot otot rahim bagi melancarkan proses kelahiran dan pengecutan rahim selepas bersalin.
  5. Kurma juga mengandungi antioksian yang dikenali sebagai tanin yang boleh mencegah kanser.
  6. Meningkatkan kesihatan janin di dalam perut.

Sumber: Allah Doktorku, Mukhlas Asy-Syarkani Al-falah
Sumber Gambar: Google.com.

Sunday, September 7, 2014

Khasiat Timun



Timun atau nama saitifiknya dipanggil cucumis sativus ialah tumbuhan menjalar dan mempunyai sulur dahan berbentuk spiral. Ia biasanya ditanam sebgai ulam ataupun sayuran untuk dimasak. Buah timun sangta kaya dengan Vitamin A,B,C,E.

Timun mengandungi flavonoid dan polifenol sebagai antiradang serta mengandungi asid malonat yang berfungsi menghalang gula agar tidak berubah menjadilemak. Ia amat sesuai seklaidijadikan makanan untuk yang ingin bediet. Kandungan seratnya sangta tinggi dan berguna untukmelancarkan proses membuang air besar,menurunkan kolestrol dan meneutralkan racun. Selain itu mentimun juga kaya dengan kukurbitasin C yang sangat berkhasiat untuk meningkatkan kekebalan tubuh dan mencegah penyakit hepatitis.

Buah timun juga mampu membantu membersihkan ginjal, menurunkan panas badan dan menurunkan darah tinggi.

Di antara khasiat timun ialah, apabila kanak kanak mempunyai masalah cacing dan juga masalah sakit tekak.

Petua bagi merawat sakit kerongkong:
1. Ambil sedikit timun
2. Campurkan dengan sedikit garam
3. Kumur beberapa kali.

Petua untuk menurunkan darah tinggi dan membersihkan ginjal
Buah timun yang segar dicuci bersih dan diparut. Hasil parutannnya diperah dan ditapis. Air perahan ini hendaklah diminum dan lakukan nya 2 hingga 3 kali sehari.

Petua menghilangkan demam
Timun segar dicuci lalu diparut. Hasil parutannya diletakkan diperut

Petua menghilangkan jerawat
Buah timun dicuci bersih lalu dihiris nipis nipis. Hirisan timun ditampalkan dan digosokkan pada kulit yang berjerawat. Lakukan setiaphari.

Petua menghilangkan panas badan
Timun dicuci dan diparut. air dan hasilparutan dimasukkan gula batu.kemudian diminum sehingga panas hilang.

Sumber gambar: Google