Thursday, August 31, 2017

Idea Percutian di bawah RM300

Salam semua.

Hari ni aku nak share macam mana kita nak bercuti dengan keluarga dengan budget yang murah ataupun kalau korang dah takde cuti tapi nak sangat bercuti . Macam aku dan Asyraf lah... asyiklah takde masan di samping tak cukup cuti.. maklumlah kami kan student lagi..So timbullah idea yang kami rasa gila pada awalnya tapi akhirnya meniggalkan moment yang indah... giteww..

Korang rasa rasa aku ni bercuti kat mana? Hah... korang jangan terperanjat lak kalau aku cakap yang aku bercuti di Kampung Bharu.Hah.nun tengah kota tu. 

Firstly kami survey survey Hotel kat Agoda. basically aku nak cari boutique hotel. So memang kami letak filter dalam pencarian hotel budget 300 ke bawah. Macam macam nama hotel yang keluar. Setelah survey survey gambar semua akhirnya kami memilih Hotel Boutiqe Bagasta,Kampung Baru. Kami bayar payment RM 160. Tapi ni harga kalau book dan bayar thru Agoda je tau.Kalau walk in aku tengok harga dalam 300 lebih jugak. 

Perjalan kami dari Shah Alam mengambil masa dalam 45 minit jugak termasuklah nak carik parking dan tempat... 

Note: Hotel takde parking so kami parking kat area kedai kedai situ. Kami bayar dalam RM10 untuk tinggal kereta semalaman. Pasal security kami tak tau sebab yakin jelah Allah akan lindung. So kalau rasa takut baik naik grab atau train. Berenti kat train Kampung Baru (LRT Rapid (dahulu dikenali sebagai Putra LRT) dan mengambil masa dalam 10 hingga ke 15 minit berjalan kaki.


Ni lah Hotel Bagasta. Kat atas HR Steak House


Nampak tak perut laki aku yang tengah bayar kat kaunter pendaftaran
Note: Staff dia mesra alam jugak.

On the way nak naik ke Hotel.

Kira cam Lobby Hotel. Ala ala kampung gitu.

Nak tengok bilik kitorang tak??? jeng jeng jeng

Hah. nilah bilik kami. Kami choose bilik King size. Tapi cam tak lah king sangat. Tapi kira oklah kan... Bilik bersih nampak kemas. siap ada quran kalau nak baca, ada arah kiblat malah ada kain pelikat dan kain batik. (tapi berbau sikit) huhu.. tu je yang aku tak puas hati. Aircond ok.Tapi siaran TV tak de sangat. Tapi aku tak kisah pun. sebab plan nak spend time ngan hubby sambil jalan jalan cari makan. 

lepas kami relax relax, tibalah masa tuk kami jalan jalan cari barang mentedaghah ( bak orang Melaka kabau)..

So lepas lepas google , rasanya kami nak try makan kat Suraya Sea seafood.. memang terbaik beb. Jom cuci mata ...

Nilah restoran Suraya tu.

Ni pemandangan dari luar macam ala ala kat Thailand pulak

kerabu campur (terbaik)


 Bubur berlauk

tengoklah gerai kerabu.. pergh mengancamkan?

 Ko tengok sotong masak pedasni..tak terliukkk ke

Tom Yam dia....meleleh beb

Kalau nak order telur dadar buat sorang makan pon cukup je. portion besakkk

 Ayam masak halia yang ingat tak sedap.Rupanya sedap tu

Kerabu mangga buat mango lover..

Las sekali kami makan dessert pulut mangga.. TOBAIKKK

Ni gerai Pulut mangga dia..nampak tak sebesen besar tu....

Ok selesai sudah kami pon balik bilik... (maklumlah bilik best tu)

Dalam pukul 9 malam kami keluar lagi. yelah.kata nak jalan jalan cari makan ngan laki kan.. jalan lah puas puas.so destinasi pertama kami yang tak disengajakan ialah

DP Ice Cream..Gula Apong. Gula Apong tu apa? tanya budak tu pon dia tak tau apa.. Katanya ni boss bawak dari Sarawak. ontahlah.. den pon tak tau 

Ni harganya. Kami ambik small dua.

Ni lah rupa gula apong ice cream ni. Nice jugak rasa ice cream ni.. Ada macam rasa gula melaka sikit. Tapi bila aku tanya laki aku, dia kata ada rasa masam masam manis. Aku pon tak faham tang mana yang masam tu?????. Nantilah.. kalau korang rasa, tolong khabar kan aku ni.Tekak Aku salah ke atau tekak laki aku yang failed?

Lepas makan ice cream tepi jalan, (kedai ni boleh dok kat depan dia... Bolehlah tengok orang lalu lalang, orang balik kerja...maklumlah bercuti kat banda KL...)

Destinasi kedua kami ke Tapak Food Truck Ampang Park (naik grab je senang).Kami ambik promo grab so bayar 3 hinggit je.

 Ni laki aku tengah posing. Silalah abaikan dia yang membulat tu.. 

meriah jugak... macam macam ada.. tapi kami kekenyangan yang teramat sangat dek makan tengah hari yang dah masuk waktu minum petang..dah lah mentedhagah macam buaya bak kata laki aku.

 Siap ada busking tau? suare... oklah.. supportlah industri tempatan (dia nyanyi lagu omputih macam cakap melayu. tapi nyanyi lagu melayu sedap jugak)

Jangan tak ada....Dah alang alang bayar grab tu.. beli air soda herb... bukan d'herb tau.. Soda herb.. memang PADU... Kami pilih Ocean soda herb.ada macam macam jenis.. rosemerry.. Ocean.... bla bla bla. 
Otw balik, kami pun sempat lagi ambik ambik gambar KLCC. bangga kot. Thanks Dr. Mahathir.. 

Dan kami pon mengakhir malam kami dengan
hah.. penutup dengan pulut mangga lagi.. aku naik gian nak makan pulut mangga kat sini..sedap pulak.. tapi malamni aku try kat kedai lain. Best jugak.portion lagi banyak (sebijik mangga tu) .Thanks Tom Yam 3000


Saja nak share view dari bilik hotel. Kita boleh pilih view KL City ke kampung. Tapi kalau view kampung bukannya kampung sangat dok?

Hah.. dan tak lupa juga Nasi Lemak Wanjo Kg Baru.. Sebelum balik keShah Alam..sempat lagilah kami pekena nasi lemak yang sedapni.. tak silap aku pernah viral kot? ke tak pernah... tak kisah lah.. tapi memang terbaikk.... PADU... hahah 

Ko tengoklah panjang tau barisan... tapi jangan risau. diorang serve memang cepat

Amoi pon makan nasi lemak ..Satu Malaysia Mah..

laki aku makan nasi lemak rendang limpa (macam rare kan) dan telur mata

Aku makan nasi lemak sambal kerang dan telur rebus
Note: aku memang rekomen.. memang sedap gila tau.. nasi berderai.. sambal rasa hangit hangit sedap...Harga dalam RM3.50


Oklah.. itu sahajalah perkongsian aku kal ini. Dan setelah kami kira kira adalah dalam RM300 je kami spend tuk percutian kami. Dapat makan best. hotel best. yang paling penting spending quality time with hubby :).. Sekian






Monday, June 12, 2017

Makan shellout di My Story Cafe

Salam ramadhan yang ke 16. Alhamdullilah kita dah pun memasuki fasa keampunan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah dan diampunkan di atas setiap dosa dosa kita..

Dan Alhamdulillah hari ni aku dan Asyraf berpeluang untuk berbuka di luar bersama sama. Selalunya sampai rumah pun dah pukul 7. Asyraf lah yang selalu beli makan tuk berbuka. Masak? huhu tak tau kenapa this time aku rasa penat betul. 

Well kali ni kami memilih untuk menjamubselera di My Story Cafe setelah baca beberapa review makan makan best di Shah Alam. Lupa pulak baca blog mana. Nanti kalau jumpa aku credit kat sini ye.

Memula sekali aku tanya mr google.

 

Nilah hasil googlan aku.

Aku terus call nombor tu dan buat tempahan tuk dua orang.
Kami memilih  

 
ok set tuk dua pax harga seperti tertera di atas.

Ni pulak keadaan luar kedai.
 

Kitorang kena dok luar sebab dah lambat.. cedeh.. sebab rasanya kat dalam lagi best.. jap eh

 

Hah sempat ambik gambar masa orqng dok kelua masuk..

 
Nilah rupa shellout kami

 

Air pulak free boleh pilih ice lemon tea atau sirap.

Kurma pon ada

 

Kita close up sikit

 

yyummy mamma mia...

Monday, May 1, 2017

Hotel SeaLion di Kuala Selangor


Salam semua..

Dah lama betul aku tak update blog ni. Bukan setakat bersarang macam dah tak nakpak jalan ni ha.. ok well .. minggu ni aktiviti jalan jalan cari makan kat kuala selangor. Tapi sebelum tu aku nak update sikit hotel budget yang ok. Semalam kami sampai dalam pukul 4 lebih. Memula lepas survey aku dan Hubby nak menginap di Hotel App. Sebab aku baca blog review ramai yang kata best. Tapi semalam aku sampai sana dia suh tunggu dulu sebab orang baru balik so diorang tengah berkemas. Aku dok situ nampak lak ceiling bocor bagai malas lah pulak aku nak tunggu. aku ni memang suka tengok benda cantik cantik je. Bila nampak benda macam tu tak berkenan lak. So aku google lagi cari hotel bajet best kat sini. hah tu yang junpa hotel sea lion. masuk masuk je ada aroma yang sangat best. ada mini pool kat luar bagi yang bawa anak. Konsep dalaman hotel ni pon nampak ala ala bali sikit.Sorry tak ambik gambar semalam penat gila. Lepas settle bayar dalam 118 plus Rm 50 for deposit. Kalau nak breakfast tambah 15 hinggit sorang. Tapi aku ngan hubby tak nak sebab memang nak cari makan kampung kat sini.. Hotel ni berkonsepkan firefly. Maklumlah kuala selangor kan femes dengan kelip kelip ni. Memula masuk bilik taklah besar sangat tapi yang penting bersih dan selesa. Aku tercarik carik tang mana kelip kelip nya. Sampai gaduh gaduh ngab hubby aku cakap hotel ni tipu kita. Sekali hubby jumpa receptionist dia. haha rupanya kene on switch da....