Sejak akhir akhir ni memang agak bz kat office. Masuk pukul
9.00 balik pula lepas pukul 6. Itupun kalau kerja habis awal. Kalau tak pukul 7
atau 8 baru keluar dari office. Sementara berkemas dan ke parking pun dah ambil
masa dalam setengah jam .. campur dengan jammed, lebih kurang dua jam juga
untuk sampai rumah. Balik rumah dah malam. Gosok gigi mandi solat dan tidur. Besok
ulang yang sama. Tulat pun sama. Semalam dan kelmarin pun sama. Jadi bilanya
masa untuk cakap dengan mak eh. Kadang kadang Nampak missed call from mama. Kadang
kadang pula dari papa. Tapi balik kerja baru call balik. Kadang kadang dah
malam sangat. Mama pun dah tidur dan tak ingat apa pun yang nak mama cakap. Letak
phone dan sambung drive...
Dapat satu msg dari whatsapp.. katanya nanti kalau kita
mati.. hanya ahli keluarga kita sahaja yang akan mandikan jenazah kita. Bukan kawan
office, bukan BFF, bukan bos besar, bukan bos kecik..
Tapi hanya keluarga..
Renungan buat diriku ini..
No comments:
Post a Comment