Salam. saja je buat entri ni, terfikir masa naik train tadi. suka suka je.. lau terkena tu minta maaf lah ye...
1)
Penumpang yang suka berlagak
Kalau cakap telefon bukan main lagi kuat. Nak
satu train dengar.
“ Ye
Dato’ .. business 8 juta tu.. bla bla bla bla..” (sambil tu mata melilau nak pastikan
semua orang dengar dia cakap ngan Dato dan ada business 8 Juta)
2)
Penumpang yang berlagak ada boyfriend atau
girlfriend
Kalau cakap tu punyalah gedik dan manja
macam ulat bulu naik daun
“ Abang…. Kentut abang busuk… sayang suka…”
(dengan melentokkan kepalanya di bahu penumpang sebelah)
3)
Penumpang yang suka mengumpat
Selalunya naik train sama sama dengan
officemate.
“Eh Salmah.. you know.. boss kita kan kawin lagi satu…pastu bini dia kan
yang pergi meminang… bla bla bla “
(Cakap sampai tak sedar train dah sampai kat mana.. pastu nanti tanya budak
sebelah.. eh dik.. tumpang tanya ni station apa ye)
4)
Penumpang yang romantic
Ni selalunya couple baru nak membesar. Punyalah
romantic macam nak termasuk bawah ketiak pakwe berpeluk . Orang keliling
sellaunya tak cover cover pun buat muka berbulu kat diorang ni.. tapi diorang
lagi bangga… trust me.
5)
Penumpang yang suka bersangka buruk
Pantanglah terlanggar sikit.. mesti
berdecit decit.. sambil pegang handbag macam kita nak ragut dia pastu
jeling-jeling.. moral of the story kuruskan badan.. baru tak terlanggar
6)
Penumpang yang over concern
Pantang nampak perempuan buncit mesti
bangun bagi duduk. Bagus..
“kak, silalah duduk.. akak mengandung
dah berapa bulan ye?”
“eh.. tak lah dik.. ni bukan baby…. Ni baby
fat.. huhuhuhuhu… malu kitew”
7)
Penumpang yang suka berpura pura
Bila dia nampak je perempuan mengandung
masuk.. terus tidur berdengkur dengkur. Padahal seminit sebelum tu tengah
selfie. Manusia tak guna tul.
8)
Penumpang mengelabah nak duduk
Dia duduk 500 meter jauh dari anda. Pastu orang
depan kita bangun nak turun.. kita baru nak angkat bontot nak duduk, tetiba
manusia yang 500 meter dah duduk depan kita.. mesti dulu dia pelari pecut Negara.
9)
Penumpang yang kurang kasih sayang
Ni kebiasaannya lelaki. Kalau masuk train
mesti cari perempuan. Duduk dekat dekat kat belakang dan melakukan aksi kasih sayang.
Tip mengelakkan lelaki gila seks ni ialah bawa jarum peniti. Kalau dia dekat je..
cucuk.. confirm dia tak berani dekat.
10)
Penumpang yang bukan manusia
Masa beratur hanya ada dua barisan. Iaitu kiri
dan kanan pintu train. Tapi masa train sampai muncul pulak empat lima barisan.. tetiba je manusia –manusia
tak bertamadun yang duduk duduk dan tak beratur tu… sedap sedap je masuk kat tengha tengah.. serius ni memang
rasa nak bagi pelempang. Pastu siap kat dalam train dia pulak dapat duduk. Ishh.
Memang bukan manusia betul. Sebab kalau dia manusia.. sure dia tahu peraturan
dan adab.
jarang naik train.. 5 tahun boleh kira sekali atau dua jer naik train.. so, jarang nak nampak fenomena camni.. tapi pengalaman dok naik pengangkutan awam masa muda rumaja dulu memang berlaku benda2 camni
ReplyDeleteyg bukan manusia yg tak tahan tuh
ReplyDeleteaku selalu duduk dengan orang mengumpat. syok jugak pasang telinga.
ReplyDeletehuahua.