Showing posts with label Asyraf membebel. Show all posts
Showing posts with label Asyraf membebel. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

Gadis idaman

Semua lelaki ada ciri-ciri wanita yang diidamkan. Macam tu juga aku. Tapi aku bukan la yang jenis yang mementingkan rupa. Bagi aku rupa paras yang ada cuma 1 pinjaman Dari Allah swt dan juga bersifat sementara.
Setelah aku mengenali 'A',aku banyak belajar dari dia. Setelah aku kian mendalami dia,aku belajar perkataan IKHLAS yang tidak ramai pasti tentang maknanya yang sebenar. Bagi aku, kehadiran dia dalam hidup banyak mengubah aku ke arah kebaikan.
Sesungguhnya,dia cukup sempurna bagi aku. Sangat sempurna kerana dia adalah ciptaan Nya. Apa yang diturunkan pada aku sempurna. Dia mampu berdiri menyokongku di saat aku jatuh,lemah tanpa ada sokongan.
Kadangkala perkataan yang keluar dari mulut Ku ini mungkin mampu mengguris hati. Tapi aku tiada berniat sebegitu. Kerana aku tahu dia cukup sempurna buatku.
Nukilan ikhlas
-asyraf-

Saturday, March 7, 2015

Keikhlasan

Sepanjang hidupku,aku melalui segalanya tanpa meletakkan rasa keikhlasan yang sejati. Tapi,apakah makna sebenar ikhlas? Bak kata muda mudi zaman sekarang,ikhlas tu rasa yang hadir dalam hati apabila kits nk lakukan sesuatu demi seseorang.
Betul ke itu maksud sebenarnya ikhlas?
Atau tu cuma 1 pemahaman yang terbit pada golongan muda mudi zaman sekarang?
Biarlah pengalamanku menceritakan dan memberi apa makna ikhlas yang sebenarnya....
Aku telah lahir dalam keluarga yang sederhana kehidupannya. Ibu dan bapaku adalah seorang yang sangat mementingkan pelajaran dalam kehidupan anak-anak mereka. Tetapi pada zaman kecil,apalah yang aku faham tentang pentingnya semua itu.
Aku telah dikurniakan bakat mampu mengingati banyak benda terutama yang melibatkan angka dan digit. Sehingga kini,angka-angka yang pernah hadir dalam diriku walaupun kini usiaku sudahpun menjangkau 30an. Aku masih mampu mengingati segalanya dengan baik.
Sejak dari sekolah rendah lagi, aku merupakan pelajar yang cemerlang yang kekal meletakkan tempat ku di hadapan dan seiring pelajar cemerlang yang lain. Tetapi apabila aku mula menjangkau remaja, pelajaranku mula merosot. Apakah puncanya?
Ketika itu,aku cuma belajar di atas dasar mengikut kehendak dan bukan kerana atas sebab ikhlas. Semasa di peringkat yang lebih tinggi,aku berjaya mengekalkan kedudukan aku lebih hadapan berbanding rakan-rakan ku yang lain.
Tetapi,apabila bermula nya zaman kerja...
Aku menghadapi kesukaran menempatkan diriku. Rakan-rakan Ku yang dahulunya berada di belakangku kini hampir semua lebih berjaya daripada Ku. Setiap hari aku akan termenung di 1 kawasan persembunyian ku until berfikir sejenak.
Dalam berusaha untuk memperbaiki corak kehidupanku ini,aku telah menyambung pelajaran Ku ke aras yang lebih tinggi. Tetapi aku tetap tidak dapat menempatkan diriku lagi. Aku sering bertanya pada diriku. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Dalam sedang aku bertarung mengubah segalanya,ditakdirkan aku bertemu seseorang. Pada mulanya hanya lah seorang teman biasa tanpa erti apa-apa.
Semakin lama,aku rasakan yang aku menyayanginya. Rupanya,aku tidak bertepuk sebelah tangan. Kami telah menyulam perasaan kasih dan perasaan cinta. Kedua belah pihak keluarga tiada halangan tentang perhubungan kami.
Pads suatu masa, kami telah berbual. Begini perbualannya.
Saya : apakah yang buat ayg suka pada b?
Dia.   : b ada kelainan daripada orang lain
Saya : apa dia?
Dia.   : b mengutamakan keluarga b Dahl
Dia.   : ayg percaya b akan mampu jaga keluarga ayg juga
Saya : selain ITU?
Dia.   : ayg ada buat istikharah dan ayg percaya b lah lelaki yang diberi dalam petunjuk ITU
Ya Allah, aku terdiam. Aku terlupa. Aku terleka.
Selama ini,aku telah sangat lalai, bahawa DIA merindui semua hamba nya.
Selepas perbualan itu,aku termenung sendirian sambil merenung wajah ibu dan bapaku. Aku mencari jawapan.
Aku mengambil wudhuk dan melakukan solat sunat. Aku berasa sangat tenang. 1 perasaan yang selama ini malap dalam diriku. Aku terkejut. Aku teruskan mendekati segala aktiviti kerohanian. Dari situ aku mula faham apa itu ikhlas yang sebenarnya.
Ingatlah, ikhlas tidak bermaksud untuk  seseorang. Tetapi jika kita kembali dan letakkan ikhlas kerana Nya,insyaallah segalanya akan dipermudahkan
Nukilan ikhlas
-asyraf-

Friday, March 6, 2015

Kekecewaan

Pernah tak lalui satu fasa di mana korang melalui rasa kecewa yang mendalam?
Kecewa tu satu perasaan yang dikurniakan oleh Allah dalam menguji hambanya.Adakah kita sentiasa ingat pada Nya tatkala gembira Dan juga berduka.
Selama 27 tahun,aku hidup tanpa ada matlamat hidup yang jelas. 2015 telah membuka 1 lembaran baru dalam hidup aku. Aku menemui cahaya yang menyinari kegelapan dalam hidup ini. 1 harapan yang selama ini aku tunggu. Aku telah ditemukan dengan jodohku. Segalanya berlaku dengan sangat pantas.
Segala matlamat telah dicurahkan dengan segala usaha yang Ku mampu. Berkat dengan restu IBU Ku,kasih bapa ku Dan cinta dari dia, aku melangkah dalam mencari rezeki dalam memastikan yang terbaik untuk semua.
Tapi apa yang mengejutkan ,aku telah gagal. Buat kali pertama aku rase kecewa. Aku kecewa dengan diri Ku. Rase dunia seakan gelap untuk seketika. Terasa yang aku tidak berguna. Rasa seperti aku telah mengecewakan semua orang. Impian membina masjid jadi gelap seketika.
Tetapi,alhamdulillah semua orang di sisi aku memberi sokongan pada ku tatkala aku dalam keadaan yang lemah terutama IBU bapa dan kekasih hati. Aku bangkit menyahut cabaran dunia yang berlaku kejam pada diriku INI
Nukilan ikhlas
Asyraf