Sunday, May 26, 2013

Nasihat Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah pada Afiq Muiz.



Pakar Motivasi terkenal, Prof. Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menyatakan sebagai seorang anak, Afiq Muiz tidak boleh memaksa ibunya untuk tampil meminta maaf kepadanya.

Ini berikutan kenyataan Afiq yang mahu ibunya, Hasliza Mohd menarik balik kenyataan yang mengatakan dia adalah anak derhaka sebelum dirinya tampil meminta maaf kepada ibu kandungnya itu.

“Afiq Muiz tak boleh memaksa ibunya untuk meminta maaf, dia tiada hak..pujuk, rayu dan doakan ibunya boleh.

“Orang yang hebat, dia akan memaafkan orang tanpa dipinta dan meminta maaf walaupun tidak berbuat salah,” kata Dr Fadzilah dalam program hiburan Galaksi, semalam.

Selain itu, Dr Fadzilah menyarankan Afiq supaya pergi meminta maaf kepada ibunya kerana dikhuatiri hidupnya akan sengsara dunia dan akhirat jika dia tidak sempat berbuat demikian kelak

“Apa yang boleh saya sarankan kepada Afiq, dia boleh pergi sembah kaki mak dia, minta ampun dan maaf. Selagi dia tidak diampunkan oleh maknya, jangan beredar.

“Takut maknya meninggal dunia sebelum memaafkannya, syurga anak memang di bawah tapak kaki ibu, itu adalah hadis sahih,” pesannya lagi.

Dr Fadzilah turut menambah, hati ibu adalah sangat lembut walau sekerasnya mana pun hatinya, kalau anak bersungguh-sungguh meminta maaf, seseorang ibu itu pasti jua akan memaafkan keterlanjuran seseorang anak itu.

Itu adalah sedikit sebanyak pesanan yang boleh diberikan oleh pakar motivasi ini berhubung kemelut keluarga yang melanda Afiq dan ibunya itu.

Diharapkan Afiq dapat mengambil serba sedikit nasihat ini dan renung-renungkan untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya kelak.


Sumber : Adam dan Hawa

No comments:

Post a Comment