Hi... terjumpa pulak tip kuruskan muka dari blog Zaki Khan.. Macam best je senaman senaman yang dicadangkan ni.. Aisss..muka dah bulat sangat ni..
1. Senyum
Tahukah anda senyuman mengerakkan sebahagian besar otot di pipi. Caranya agak mudah. Cuba ulang proses senyum itu sebanyak yang mungkin. Amalkan setiap hari.
2. Senaman Pipi
Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.
3. Bibir
Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.
4. Sedutan
Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
5. Senaman O
Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
6. Gula-gula getah
Dapatkan gula-gula getah tanpa gula. Kunyah gula-gula tersebut walaupun tiada rasa lagi. Lakukan 20 minit sehari. Gerakan ini jika dilakukan berlebihan akan membentuk otot di atas pipi.
7. Kembong
Dengan mulut tertutup, kembongkan pipi anda. Ulang gerakan ini 20 kali dengan 4 hingga 5 set.
Kebiasaannya, lemak di pipi akan menurun dengan diet yang betul. Andai kata tidak turun, ada kemungkinan, itulah bentuk rupa muka anda. Manusia dicipta dengan kepelbagaian rupa. Ada yang petak, bulat, bersegi-segi, lonjong dan sebagainya. Bagi seorang yang tidak dalam tempoh diet, kenali dan kurangkan makanan yang mungkin menyebabkan pipi naik seperti coklat, aiskrim dan pelbagai lagi yang manis.
Anda boleh dapat kan tip tip senaman dari Blog Zaki Khan ini.

Perkongsian yang sangat menarik. Terima kasih.
ReplyDelete