Wednesday, September 11, 2024

Kisah aku di Family Mart: Menyelami Rindu yang Tersembunyi

A Cradle That Never Held My Baby



Semalam… aku singgah di Family Mart Jelatang. Dalam kekalutan mencari barang, aku tidak sengaja melanggar bahu seseorang. Dia menoleh ke arahku dengan raut marah. Aku segera mengucapkan maaf sambil tersenyum, namun dia hanya merengus sambil mengusap perutnya yang membesar, suaminya di sebelah turut memandangku dengan tatapan seolah-olah aku adalah pesalah. Aku tahu dia sedang mengandung, tetapi sikapnya begitu kasar.


Hati ini terasa hancur melihatnya. Andai anakku masih ada di dalam rahimku hari ini, perutku pasti sudah membesar seperti itu juga, menunggu hari. Dan sudah tentu, bayi ku akan lahir pada bulan Oktober ini…


Rasa sakit ini semakin menyakitkan. Kenapa dia perlu mencebik seolah-olah aku patut merasa bersalah? Seharusnya, sebagai bakal ibu, dia sepatutnya berasa bahagia sama seperti aku pernah merasakan kehadiran seseorang di dalam rahimku. Entah mengapa, wajahnya yang mencebik marah itu membuatkan hati ini semakin terluka. Tapi aku doakan kau baik-baik saja, wahai bakal ibu. Aku mungkin tidak pernah merasai saiz perutku membesar seperti itu, kerana kedua anakku pergi sebelum sempat aku memeluk mereka. Jarinya terlalu halus untuk kulihat dan belahan tangannya terlalu kecil. Perutku mungkin tidak besar untuk kuusap, tetapi aku ikhlas mendoakanmu, ibu. Semoga kau selamat dan baik-baik sahaja.


Hari ini, aku menangis sepuasnya. Baru kini aku sedar, aku belum benar-benar menangisi anak syurga ku yang kedua. Kerana semua orang menyuruhku sabar, tabah, dan redha. Kamu semua menyuruhku melepaskan dia dengan hati yang terbuka dan tidak meratapi pemergiannya. Namun, aku belum sempat menangis. Aku belum sempat merintih dan merindui kehadiranmu, sayang. Maafkan mummy… Insya-Allah, tunggu kami di syurga ya. Kedua-dua kamu sangat nakal, membuat mummy dan daddy berharap tetapi tidak pernah muncul di dunia ini. Maafkan mummy kerana tidak pernah menangisi pemergianmu. Mummy fikir mummy cukup kuat untuk tidak menumpahkan setitik pun air mata, tetapi sebenarnya, mummy juga seorang wanita yang lemah. Dan hari ini, air mata ini adalah untukmu.


Kepada semua… aku tahu aku belum benar-benar merasai beratnya ujian menjadi ibu dan bapa. Aku mungkin tidak tahu bagaimana menguruskan mereka kerana mereka pergi ketika aku sedang bersiap untuk menyambut mereka ke dunia. Ya, aku tidak tahu bagaimana membesarkan anak, menggunakan ilmu parenting, atau merawat mereka ketika sakit. Aku tidak pasti bagaimana rasanya melihat anak membesar.


Namun, satu perkara yang pasti, aku benar-benar memahami rasa kehilangan anak. Aku tahu bagaimana rasanya melihat anakku tidak bernyawa dan tidak bergerak dalam rahimku. Aku merasai setiap detik ketika menyaksikan anakku dimandikan dan dikuburkan. Aku juga tahu betapa pedihnya ingin menyentuh jasad mereka, namun merasa gentar kerana mereka terlalu kecil untuk kupegang, takut jika aku akan menyakiti tubuh kecil itu. Aku hanya mahu mereka sentiasa dalam keadaan sempurna di dalam kubur kecil itu.


Dan aku tahu, mungkin ada yang berkata… aku hanya melihat mereka pergi sebelum sempat hidup di dunia ini. Kamu mungkin akan berkata ibu yang kehilangan anak yang sudah dibesarkan itu lebih hebat, lalu kau katakan aku tidak layak untuk meratapi kehilangan ini? Tidak layak untuk menangis kerana tidak pernah melihat mereka hidup? Tahukah kamu betapa sedihnya aku kerana tidak tahu bagaimana wajah mereka seandainya mereka lahir? Bagaimana suara mereka jika mereka menangis, kerana mereka tidak pernah menangis… Betapa sukarnya merindukan mereka kerana aku hanya mampu mengingati rasa hadirnya mereka berada di dalam rahimku, tanpa wajah yang boleh diingati, tanpa suara yang boleh kukenangi.


Kesedihan ini tidak pernah berhenti, kerana apa yang hilang dariku adalah bukan sekadar sebuah kehidupan, tetapi sebuah harapan, sebuah cinta yang tidak pernah sempat kusentuh. Dan di sebalik semua itu, aku hanya berdoa agar mereka tenang di sana, dan aku akan terus mencintai mereka, walau di manapun mereka berada.


With a heart full of memories,

' Ain




Monday, September 9, 2024

Introducing a New Voice: Izzairin Zulkaflee

Hi There,

It’s been a while since I last blogged about other bloggers. I still remember how 10 years ago we used to make posts about our blogger friends, especially to introduce new bloggers who joined our community kan? So today I nak introduce sahabat I yang baru sahaja membuat posting pertamanya pada minggu lepas. Alhamdulillah masih lagi ada kawan kawan baru yang nak berblog. Untuk pengetahuan you all, she was the one who encouraged me untuk meneruskan dunia blogging ni to share my thoughts and feelings. Especially pada ketika itu I baru sahaja dilanda musibah dan very depressed. Dan kerana itu lah my first posting here, tentang kehilangan anak syurga I, Khadeeja setelah sekian lama I stop untuk membuat entry. Thanks Izzairin.

By the way, kawan I ni very talented in writing poetry.  Di dalam IG beliau, penuh kata kata indah hasil karya beliau. Seriously bakat beliau memang hebat. Jadi kerana itu terpanggil I untuk memberikan cadangan  kepada beliau untuk mengumpul kesemua puisi beliau di dalam blog. Lebih mudah untuk melihat hasil tulisan beliau yang sangat indah. It would be a shame to let such talent go unnoticed. At the very least,  bila beliau melihat karyanya tersusun elok di dalam platform blogger ini, it will surely akan memberikan inspirasi buat beliau berkarya hebat lagi. So, I am proudly introducing my friend’s blog:

https://izzairinzulkaflee.blogspot.com/



Dan dengan rendah hati, saya memohon sahabat sahabat blogger I yang di kasihi untuk follow blog beliau and offer words of encouragement so she continues to create wonderful work.

Till we meet again,

' Ain




Thursday, September 5, 2024

Herbal Aromatherapy inhaler stick - Sunnahloka (Version Deep Sleep)

Hello, wonderful people!😍


Today I nak share my experience using the herbal inhaler stick from Sunnahloka. Previously, I mentioned that I couldn’t give any feedback on the product because I was already sleeping well and couldn’t provide a proper review. You can check out the previous post here . Tapi I sekarang sudah pun guna almost 2 weeks now. What I can say that this product sangatlah function teruk kat I. I’ll tell you about this “Deep Sleep”. Apa yang I noticed ialah:

  1. Ada satu malam ni, which was last night, I rasa dah start nak kena imsonia. Lepastu, my husband pun gave me the “Deep Sleep” inhaler, and surprisingly, I was able to fall asleep. I pun tak tau berapa lama I ambil masa untuk tidur kerana ianya sangat sangat cepat. Tak sempat pun nak kira kambing biri biri melintas pagar tu.

  2. Selalunya bila I tidur,  I often wake up in the middle of the night and need to go to the toilet. I memang tak boleh nak elak, otherwise, I have trouble falling back asleep. Tapi bila I dah pergi toilet and buang air, dia akan buat tidur I tergangu dan boleh menyebabkan I tak dapat tidur dan rehat yang cukup. I end up feeling like I haven’t slept enough. However, ever since I started using this inhaler, especially the “Deep Sleep” one, tau tau nak Subuh dah.

Oh, and I just found out that this product is from Fatin Nabila, who was once viral dulu dekat tiktok yang antara video dia pernah dikecam oleh natizen akibat cara penyampaiannya yang tak bersesuaian,  but she has since apologised. One of her TikTok videos ada juga beritahu yang she experienced anxiety disorder, which led her to create this product. Kudos to her. This product is really helpful. You can check out her TikTok here.

Until next time, keep smiling!

' Ain


Monday, September 2, 2024

I pernah kena fitnah dengan bomoh


Cerita pasal fitnah bomoh ni, teringat dulu ex BF pernah tuduh I bomohkaan dia dan isteri dia. Kisahnya ex BF I ni bercinta dengan I adalah dalam 3 tahun kot. Taklah lama sangat.. Cuma membazir jugaklah masa tu sebab masa kami start couple umur sangat sangat muda. Bila fikir balik, banyak benda lagi berfaedah boleh buat selain bercinta.

Anyway, we broke up because he found his future wife. Maybe I wasn’t what he was looking for, so we ended things on decent terms. I takde pun serang serang dia ke, serang bakal wife dia ke. Cuma of courselah I ada juga menangis kat bucu katil  huhuhu.. masa tengok gambar wedding dia. Tapi masa tu sedihnya  kejap je and I dapat move on dengan berjayanya.

Fast forward 10 years, and he was in the middle of a divorce with his wife. Well, benda benda gossip macam ni.. akan ada je seseorang akan sampaikan kat kita. Sebab I masih belum kawin lagi masa tu. Maybe I terlalu berhati hati. Tapi masa tu pun I dah ada pasangan dah and nak prepare untuk kawin pun. Out of the blue, my ex sends me a message on Facebook:

Ex BF: "Sudah sudahlah tu buat benda khurafat. Apa yang awak dah buat dekat abang dan isteri sampai bercerai. Berdosa Besar”. Bla bla bla..

I macam blur je masa tu. Tapi I replied:

Me: "kalau I nak bomoh mestilah 10 tahun dulu. Ni bukan kene bomoh ni, hati kau yang dah berubah lah kat bini kau".

And cerita tu sampai situ je. Sebab I macam menyampah dengan that situation. But I sampai harini even dah bersuami pun masih disturbed dengan tuduhan tu. Kadang kadang teringat balik, I rasa macam nak je sumpah dia macam macam. Sebab I rasa unfair sangat. Dahlah dia tak pernah minta maaf buat I heart broken lepastu gi tuduh I bomoh kan dia pulak. Padahal dia yang nak bercerai. Kenapa I pula di salahkan .Geli pun ada sbb cerita pasal 10 tahun dulu. Dahlah masa dia tuduh tu I macam dah move on lama. Plus, I have no reason to be jealous; I’m happily with someone better now.

Tapi itulah I syak lepas dia dan wife dalam proses nak bercerai tu ada pergi bomoh and tengok kenapa bercerai kot.And mesti bomoh tu fitnah I . Hahaha. Whatever, Allah knows best. Cuma Bila I baca kes Arwah Zulfarhan baru baru ni, teringat kes I ni.

All because of a so-called BOMOH!