Saturday, August 31, 2024

Refleksi Hari Merdeka

 


Kemerdekaan Malaysia dan Personal Growth

Hari ni ialah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 67 tahun. I realise that this year, my mom is also turning the same age. And when I look at my mom, I realise that Malaysia, too, has matured and grown older. But is Malaysia truly maturing? Dan ketika kita menyambut Hari Kemerdekaan today, this is actually the perfect time for all of us to reflect achievement negara kita dan juga ourselves. Hari Merdeka ialah simbol kebebasan, perpaduan, dan juga kebanggaan negara. Sambil I merenung perjalanan Malaysia menuju kemerdekaan dan kedaulatan, I terreflect my journey menuju kedewasaan pula, what I have been through dan bagaimana ia saling berkaitan dengan makna Merdeka itu sendiri.

Perjalanan Malaysia Menuju Kemerdekaan

Masa kita belajar Sejarah em.. masa sekolah rendah dan menengah, kita sedar bahawa perjalanan negara kita, Malaysia untuk mencapai kemerdekaan adalah dengan bukti semangat dan juga ketabahan rakyat Malaysia itu sendiri. Pada 31 Ogos 1957, Malaysia, which is sebelum ni dikenali Malaya, mencapai kebebasan dari pemerintahan kolonial British.Of course I dengar macam macam cerita dari nenek I. Bagaimana dari zaman penjajahan Jepun sehinggalah British. Bagaimana nenek I rasa makan ubi bakar dalam tanah, menyorok dalam perigi buta dan lubang buatan..Bagaimana nenek tiada peluang untuk pergi ke sekolah and that the reason kalau cakap pasal kerajaan dan kemerdekaan negara, nenek lebih hebat menunjukkan kesetiaan terhadap negara. I can see it from her eyes.

Hari bersejarah ini menandakan permulaan era baru, penuh dengan peluang dan cabaran. Perayaan kebangsaan mencerminkan keunikan budaya negara, kemajuan, dan cita-cita bersama rakyatnya yang majmuk.

Bagi I, Hari Merdeka bukan setakat tentang memperingati peristiwa sejarah, tapi ia adalah perayaan identiti Malaysia yang unik, gabungan harmoni masyarakat pelbagai kaum, dan perjalanan berterusan untuk mencapai matlamat nasional. Hari ini sekiranya tiada diisi dengan perarakan yang meriah macam dulu dulu pun, tapi seharusnya lagu-lagu patriotik, harus dimainkan bagi mengukuhkan nilai-nilai perpaduan dan kenegaraan. Mestilah kena dengar lagu-lagu seperti Saya Anak Malaysia, Warisan, Bahtera Merdeka dan semestinya Tanggal 31 Ogos dan banyak lagi lagu lagu patriotik yang kita harus dengar. Just to let you know, I’m now enjoying ‘Bahtera Merdeka’ by Aishah.

My Merdeka: Perjalanan Kematangan I

Sejujurnya, in my personal opinion, tentang Hari Merdeka  has a special meaning, especially when I reflect on my own journey. Just like perjalanan Malaysia untuk mencapai kemerdekaan yang involved bagaimana nak mengatasi cabaran belum lagi dengan segala kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku, and my journey of life pun berkisar pada mencapai kebebasan dan my own self- improvement. I remember bagaimana I nak dapat Master Degree, I hanya lah pemegang Diploma yang sangat-sangat lama ok? I tak dapat naik pangkat, naik gaji it just because I ada Diploma je. This drove me to achieve my goals. It was only in my early 30s that I resumed my degree and Master's studies. I pun sendiri terperanjat sebab my result semua cemerlang. Alhamdulillah. Sedangkan masa mula mula I nak ambil Degree, after a long break from studying, my mom ada lah menimbulkan kerisauan dia kat my sister. Dia takut I might struggle and give up. My sister of course bagitau I. That moment, I rasa tercabar sangat and I will make sure all my result cemerlang. Dan Alhamdulillah, my results were indeed quite commendable.

Menggalas Tanggungjawab

For me, kematangan mestilah bermula dengan deeper understanding of responsibility. Sama seperti negara kita, perlu mengurus pemerintahan yang penuh complex ni, dan keperluan masyarakat yang macam macam ragam, tak sebut lagi pergaduhan politik yang buat I muak. I can relate dengan my personal maturity, of course ianya melibatkan untuk menggalas tanggungjawab terhadap tindakan dan keputusan kita. In whatever keadaan, kita kene ambil tanggungjawab tu  samada dalam kerjaya kita, hubungan, ataupun personal goals kita. Seperti negara yang membuat pilihan yang bijaksana dan bertanggungjawab atas hasilnya, yang mencerminkan tanggungjawab lebih luas yang dimiliki oleh sebuah negara terhadap rakyatnya, kita. Macam tu juga dengan kita. We choose our path. Kita memilih perkahwinan ini, jalan ini, hidup ini, kerjaya ini. Dan kita mesti mengambil tanggungjawab terhadap pilihan-pilihan ini. Whatever challenges we face, we must take responsibility.

Memahami dan Menghormati Kepelbagaian

Malaysia ni mempunya rakyat berbilang kaum dan seharusnya aspek penting lain dalam pertumbuhan adalah untuk mempelajari, untuk menghargai dan juga menghormati diversity. Kekuatan Malaysia terletak pada kepelbagaian penduduknya, dan I realise that the personal growth melibatkan prinsip yang sama. Embracing different perspectives and experiences memang membantu my understanding and empathy, making me more open and adaptable in various aspects of life. I think about how, memula I berkahwin dengan my husband, seriously banyak je ketidaksamaan tu. Of course ianya berbeza. Dia dilahirkan dan dibesarkan dari keluarga yang berbeza dengan I. Kalau dia suka makan cencaluk tapi I pula suka makan petai dan buah binjai. Tapi tulah.. sekarang ni husband I yang suka makan binjai jeruk even more than I do! Dari ketidaksamaan membawa kepada banyak persamaan. We adapt to each other’s lives.

Merayakan Pencapaian dan Belajar dari Kegagalan

Sama seperti Hari Merdeka adalah masa untuk meraikan pencapaian Malaysia especially masa diorang bersatu padu untuk menentang penjajah,we should also recognize and celebrate the challenges they faced., Yes, it is an achievement worth celebrating.. That’s why, I never judge pun kalau nak diadakan perayaan sambutan merdeka. Asalkan ianya tidak keterlaluan sehingga menyumbang kepada kemaksiatan.

Pandang ke Hadapan

Malaysia sekarang terus berkembang dan maju. Dari negara pertanian sehinggalah sekarang negara yang maju dan berkembang pesat. Begitu juga myself. Hahah.. dari berat 45 kg pun maju naik angkanya sehingga nak melebihi 60 kg. Jadi sempena hari kemerdekaan ini, I ambil spirit of independence, unity, and progress to guide my own life. Personal improvement is an ongoing process that requires introspection, learning, and adaptation.

Last but not least, please ignore my 'Bahasa Rojak.' The important thing is that the meaning gets across. This is not a language competition but just an expression of my thoughts in a style I’m comfortable with.

Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia! Semoga kita semua terus maju jaya, I love you Malaysia. 

' Ain

10 comments:

  1. Salam Menyambut Merdeka yg ke 67.. Di atas kerta skita sudah merdeka tapi masih banyak lagi yg perlu dimerdekakan..

    ReplyDelete
  2. Eceh ceh ceh... comel la pulak uniform tu...

    Eh, uncle suka je bahasa rojak... itulah Malaysia. Hehehe

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut hari merdeka ke 67
    hargai nikmat kemerdekaan. semoga kita termasuk dlm golongan yg bersyukur

    ReplyDelete
  4. Comel betul 2 beradik tu...selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 67 ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. semangat masing masing nak pakai baju profession masing masing

      Delete
  5. Selamat hari merdeka Malaysia. Sama2 Agustus dengan Indonesia, tp beda tanggal saja 😊.

    Hari merdeka bagi saya pun bukan hanya lepas dari penjajah, tapi macam mana kita bisa mempertahankan perbedaan semua rasa, suku, Agama, dalam 1 wadah kesatuan.

    Jangan sampai terjadi lagi adu domba yg dulu dilakukan penjajah supaya kita semua terpecah belah. Banyaak yg seperti ini skr 😔. Anak2' generasi alpha, pun harus tahu sejarah kemerdekaan negaranya. Biar rasa cinta tanah air tetap terpatri dlm hati mereka.

    ReplyDelete
  6. Comel la kedua-dua ni .. pandai bergaya .. salam Kemerdekaan

    ReplyDelete