Thursday, August 21, 2025

Bila Baca Isu Anna Jobling ... Teringat Something…

Hi There,


Honestly, I don’t wanna masuk campur dalam isu artis ni. I’m not here to defend or bash sesiapa. Tapi bila kecoh pasal Anna Jobling and her mom, terus triggered a thought of toxic family and ibu yang actually berdosa kat anak tu memang exist.

Dulu, I sendiri selalu cepat sangat nak judge. Kalau nampak anak lawan cakap mak, terus label “anak derhaka”. Kita memang dibesarkan dengan mindset tu kan? Macam apa pun jadi, mak mesti betul, anak mesti salah. Full stop.

But life taught me otherwise.
Baru-baru ni, someone related to me actually went through the same thing  ada mak yang harsh, suka hina, tak pernah nak support. Dari situ I sedar, not every “anak melawan” tu derhaka. Sometimes, they’re just trying to protect themselves. Kadang, trauma dia bukan sikit-sikit.

Now, I’ve promised myself… no more quick judgment. Instead of melabel, I’ll choose to listen. Kalau ada kawan or saudara yang terbuka cerita pasal family toxic dia, I nak jadi orang yang boleh comfort, bukan tambah luka.

Kita semua kena ubah cara fikir. Respect bukan sekadar one way street  anak respect mak, tapi mak pun ada amanah besar kat anak. Kalau mak sendiri abusive, neglectful, or manipulative, itu pun akan dipersoalkan kat akhirat nanti.

So yeah, I’m not siding anyone. I’m just saying  bila kita dengar cerita orang, jangan cepat cop derhaka. Sometimes the story is deeper than we think.


“Ya Allah, lembutkan hati kami untuk lebih mendengar daripada menghukum. Jauhkan kami dari jadi parents yang zalim pada anak, dan jauhkan juga kami dari cepat melabel bila dengar cerita orang. Semoga kita semua belajar untuk faham dan kasih lebih banyak daripada judge.”


till We meet Again,

' Ain

Saturday, August 16, 2025

Kes Zara Qairina... Bukan Sekadar Kisah Buli, Tapi Wake-Up Call Untuk Kita Semua


Sumber: https://malaysia.news.yahoo.com/


Bila baca pasal kes Zara Qairina, hati I terus rasa berat… macam ada batu tekan dada. She was only 13, baru Tingkatan Satu, and yet terpaksa lalui benda yang tak patut pun berlaku pada mana-mana budak. Pada 16 Julai 2025, Zara ditemui tak sedarkan diri berhampiran longkang di asrama sekolahnya di Papar, Sabah, dengan kecederaan serius. Keesokan harinya, dia pergi selamanya. Awalnya orang ingat mungkin accident, tapi bila audio luahan dia pada ibunya tersebar cerita tentang dibuli berulang kali memang buat hati luluh. You can hear dalam suara tu rasa sakit, rasa takut, dan betapa dia nak sangat ada orang dengar dan tolong. Yang buat I lagi sedih, sometimes these cries for help kita dengar bila dah terlambat. I kept thinking… kalau benda ni jadi pada anak sendiri, adik, or even my best friend’s kid  sanggup ke kita diam?

Bagi I, kes Zara ni bukan sekadar kisah tragis, tapi satu wake-up call untuk kita semua. Wake-up call yang remind kita bahawa buli bukan sekadar gurauan sekolah, bukan “part of growing up”, tapi satu bentuk penderaan emosi dan fizikal yang boleh meragut nyawa. This case also shows betapa sistem yang sepatutnya protect pelajar masih ada banyak kelemahan. Kalau kita terus anggap isu buli ni benda biasa, then we are part of the problem. Bila tengok ribuan orang turun ke jalan bawa placard #JusticeForZara, I rasa bangga sebab ramai berani bersuara. But at the same time, I tak nak kes ni jadi sekadar trending topic yang hilang lepas seminggu. Kita perlukan tindakan bukan saja dari pihak sekolah, tapi dari seluruh komuniti. Kita perlukan undang-undang, sistem laporan yang selamat, dan keberanian untuk break the silence. Sebab selagi kita diam, selagi tu akan ada “Zara” lain yang tak sempat diselamatkan.

Till we Meet Again.

' Ain