Thursday, April 18, 2013

Tips atasi masalah panas baran dari Dato' Fadzilah Kamsah

Asslamualaikum semua. Hari ni nak share satu artikel yang dikongsi oleh Dato’ Haji Mohd Fadzilah kamsah di FB beliu. Beliau kata, ramai yang bertanya macam mana nak atasi masalah sifat panas baran.. kalau ramai betrtanya maknanya ramailah yang baran kan? Heheheheh… jom kita tengok apakah tips yang diberikan oleh beliau.
1)      Segerakan solat lima waktu
2)      Buat solat taubat dan beristigfar banyak banyak
3)      Kekalkan wuduk
4)      Ubah posisi bila marah
5)      Minum air
6)      Baca taawuz banyak banyak
7)      Luahkan tekanan atau masalah kepada kaunselor atau teman yang boleh dipercayai
8)      Pujuk diri sendiri untuk bersangka baik
9)      Tarik nafas panjang panjang sebab oksigen bantu tenangkan fikiran
10)   Banyakkan  makan buah sebab vitamin c bantu tenangkan fikiran
11)   Tengok kartun
12)   Kurangkan makan daging merah dan banyak makan daging putih
13)   Amalkan membaca doa doa pembuka 12 pintu, pelindung sifat negative, ayat kursi, bismillah 5

Insyallah… moga ini dapat membantu anda.

sumber info: FB Dato' Fadzilah Kamsah
sumber foto: Google

Tuesday, April 2, 2013

Kenapa kita terbangun tengah malam ?

Pernah tak kita terbangun tengah malam?
Kemudian kita terkebil kebil tak boleh tidur.
Lepas tu kita stress sampai kira kambing biri biri sejuta kali pun tak boleh tidur.
Kita rasa marah dan hilang mood untuk kerja besok?
Tapi tahukah awak bahawa sesungguhnya kita telah terpilih pada malam itu oleh Allah SWT untuk dikejutkan. Dan kita diberi peluang oleh Allah unutk membuat solat malam dan tahajjud. Berapa ramai di luar sana yang teringin sekali solat malam tapi tidak larat untuk bangun malam. ada yang siap pasang alarm pun hanya sekadar mampu bangun untuk menghentikan bunyi alarm sahaja. 
Seharusnya kita bersyukur . kita terpilih oleh Allah pada malam itu. Dan seandainya kita tidak larat untuk bangun, cukuplah setakat berzikir mengingatinya kerana takut besok besok Allah dah kejutkan kita lagi.  
Dan seandainya kita terkejut pada malam itu bersyukurlah…

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...