Monday, June 12, 2017

My Story Cafe

Salam ramadhan yang ke 16. Alhamdullilah kita dah pun memasuki fasa keampunan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah dan diampunkan di atas setiap dosa dosa kita.. 

Dan Alhamdulillah hari ni aku dan Asyraf berpeluang untuk berbuka di luar bersama sama. Selalunya sampai rumah pun dah pukul 7. Asyraf lah yang selalu beli makan tuk berbuka. Masak? huhu tak tau kenapa this time aku rasa penat betul. 

Well kali ni kami memilih untuk menjamubselera di My Story Cafe setelah baca beberapa review makan makan best di Shah Alam. Lupa pulak baca blog mana. Nanti kalau jumpa aku credit kat sini ye.

Memula sekali aku tanya mr google.

 

Nilah hasil googlan aku.

Aku terus call nombor tu dan buat tempahan tuk dua orang.
Kami memilih  

 
ok set tuk dua pax harga seperti tertera di atas.

Ni pulak keadaan luar kedai.
 

Kitorang kena dok luar sebab dah lambat.. cedeh.. sebab rasanya kat dalam lagi best.. jap eh

 

Hah sempat ambik gambar masa orqng dok kelua masuk..

 
 
Nilah rupa shellout kami

 

Air pulak free boleh pilih ice lemon tea atau sirap.

Kurma pon ada

 

Kita close up sikit

 

yyummy mamma mia...

Monday, May 1, 2017

Hotel SeaLion di Kuala Selangor


Salam semua..

Dah lama betul aku tak update blog ni. Bukan setakat bersarang macam dah tak nakpak jalan ni ha.. ok well .. minggu ni aktiviti jalan jalan cari makan kat kuala selangor. Tapi sebelum tu aku nak update sikit hotel budget yang ok. Semalam kami sampai dalam pukul 4 lebih. Memula lepas survey aku dan Hubby nak menginap di Hotel App. Sebab aku baca blog review ramai yang kata best. Tapi semalam aku sampai sana dia suh tunggu dulu sebab orang baru balik so diorang tengah berkemas. Aku dok situ nampak lak ceiling bocor bagai malas lah pulak aku nak tunggu. aku ni memang suka tengok benda cantik cantik je. Bila nampak benda macam tu tak berkenan lak. So aku google lagi cari hotel bajet best kat sini. hah tu yang junpa hotel sea lion. masuk masuk je ada aroma yang sangat best. ada mini pool kat luar bagi yang bawa anak. Konsep dalaman hotel ni pon nampak ala ala bali sikit.Sorry tak ambik gambar semalam penat gila. Lepas settle bayar dalam 118 plus Rm 50 for deposit. Kalau nak breakfast tambah 15 hinggit sorang. Tapi aku ngan hubby tak nak sebab memang nak cari makan kampung kat sini.. Hotel ni berkonsepkan firefly. Maklumlah kuala selangor kan femes dengan kelip kelip ni. Memula masuk bilik taklah besar sangat tapi yang penting bersih dan selesa. Aku tercarik carik tang mana kelip kelip nya. Sampai gaduh gaduh ngab hubby aku cakap hotel ni tipu kita. Sekali hubby jumpa receptionist dia. haha rupanya kene on switch da....