Saturday, September 16, 2017

Kedai Rojak dan Cendol best kat shah alam

Salam semua

hah aku ni kalau cuti cuti macam ni apa lagi.
jalanjalan cari makan je lah.. kali ni kami cari makan area shah alam lagi. Malas nak jalan jauh jauh.. kat shah alam ni masih banyak lagi tempat yang belum kami cuba lagi..

Hari ni nak kongsi sikit buat peminat peminat rojak pasembor dan cendol.
Korang percaya tak yang ada 100 jenis cendol yang korang boleh pilih kat kedai ni..


Nilah kdai yang aku maksudkan


Nampak? kang kata aku tipu pulak

Ni pulak booth rojak dia. Kita boleh pilih bahan yang kita nak tambah kat rojak kita.. 
Ada macam macam jugaklah. Ada fishball fish cake semua tu


Ni rupa rojak kami. Tapi korang kalau nak pilih bahan tu agak agak jugak lah ye. serius kitorang agak tamak so end up jadi banyak dah tak habis bila dia dah campur tahu , sayur dan kuih rojak tu.

aku rembat gak rojak buah.
memang tak tahan tengok buah buahan segar yang memanggil manggil..

dan...


ko jangan tak percaya .. nilah rupa cendol kami. memang superb
harga lima hinggit tapi memang banyak. aku sampai tak habis

No comments:

Post a Comment