Friday, May 29, 2015

Ubat batuk Difflam bagus

Dah hamper sebulan batuk. Sebenarnya aku ni kalau kena batuk memang berbulan bulan nak baik. Pernah dulu masa bulan puasa aku kene batuk, siksa sangat. Dahlah tak boleh minum air. Paling tak boleh blah kalau rasa nak batuk dalam train. Mesti rasa nak tercirit tahan gatal tu.

Aku punya terdesak nak baik, segala jenis ubat aku dah try. Ko sebut je lah apa nama scientific ubat batuk yang korang tahu.. meh sini aku tunjuk botol. Tu baru cerita pasal ubat batul. Belum lagi ko dengar aku amalkan petua petua merepek  untuk hilangkan batuk. Segala jenis limau, asam jawa dan madu aku dah try. Tak baik jugak. Tapi aku paling ingat dulu masa aku kena batuk tak baik baik, aku baca dalam blog sape ntah. Dia suh kita letak minyak masak kat bontot.

Ko caya tak kalau aku cakap.. serius aku ikut. Sebab masa tu dah lah janji nak karok minggu depan ngan kengkawan. Batuk laktak henti henti. Semangat nak tunjuk bakatlak berkobar.. masa tu belasah je lah letak minyak kat bontot pon.. letak jelah. Bukan nya orang tau. Ni hah baru nak bagi tau korang. Keh keh keh

Ok  berbalik pada cerita minyak tu.. aku pon balik rumah (masa baca blog petua hilangkan batu tu kat office) so aku pun terus mandi. Pegi dapur. Dengan confident ambik je minyak masak secolet. Pastu sapu. Pastu tidur. Pastu besok aku bangun pagi serius baik? ?? aku pon tak sure. Samada petua tu memang mujarab atau sebab segala jenis ubat, madu, lemon, petua tu dah bergabung dan berganding bahu untuk bagi chance kat aku baik dari batuk. Wallahualam.


Tapi hari ni aku saja nak bagi tau korang aku ada jumpa satu ubat batuk macam gula gula. Rupanya macam strepsil. Beli kat Watson. Ni sebab tak tahan sangat gatal. So pergi singgah Watson dan beli yang jenis lozenges ni. Namanya Difflam. Harga lebih kurang 13 hengget. Ada lapan biji. Agak mahal lah. Tapi ko nak baik tak? Memula makan rasa macam gula gula je. Rasa manis.. tapi taklah sedap sangat. Strepsil lagi sedap. Tapi setakat ni aku dah ambik tiga biji.. Alhamdulillah.. memang lega. Dah kurang gatal kat tekak. Dah lah mudah je. Tak payah ambik sudu semua, just hisap je.. macam makan gula gula.. pastu baik.. tak payah nak sapu sapu minyak bagai.. so ni aku nak syorkan lah... belilah Difflam.  Macam iklan berbayar lak. Tapi tak pun. Saja nak share sebab kesian kat orang orang yang senasib ngan aku ni ha. Ok bye. Nak gi karok..


Ni lah brand magical lozenges yang diperkatakan

tu bukti aku dah telan tiga bijik


bukti pembelian di watson. siap ada alamat lagi kot kot nak beli kat tempat yang aku beli...

15 comments:

  1. Asben akak ni kalau batuk memang lama.. nanti boleh la try

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius ok.. rasa lega sangat.. yang penting kita kena hisap ubat ni.. so memang confir confirm lah ubat tu kena kat tekak kita.. saya rasalah.. hihi

      Delete
  2. Ya..betul sya juga ..smbuh ..hisap ini ubat .rasa dia sma mcm ..gula gula..ko rsa? Kebas lidah..skit la.

    ReplyDelete
  3. Sy tgh isap ubat ni...mmg rase mcm kebas2 sikit...sbb sy batuk dah dkt 6bln...klinik...hospital smua dah pegi...sample kahak pon dah bagi..tp x de pape...so harini sy try difflam ni...kite tgk dlm 2-3hari lagi kesannye..okey...bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pn sama..bebulan gak batuk..dh 4x ke klinik doc bg ubat batuk saje sbb sy -ve tibi dan xde mslh paru2..doc ada suggest mkn difflam..tgh kemam difflam smbil reply menaip text ni hihi :P.. smoga batuk awk sembuh

      Delete
  4. Saya nak tanya ubat tu hisap lepas makan or sebelum makan? Tapi saya punya warna merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau batuk better try color purple..yg merah utk sakit tekak

      Delete
  5. Saya x boleh mkn rasa mcm mna tah smlm beli la 5 biji 8hggit

    ReplyDelete
  6. Saya batuk da lama sgt dr bulan 3 smpi la skg nih bulan 9 da lebih 6bulan..bermacam2 ubat batuk dr syrup smpai ke pil da mkn still x baik2.Da buat xray. Da wat ujian TB doc ckp xde masalah. Penat sgt batuk lama2 nih smpi naik sakit kepala.kadang tu smpi menangis batuk.kadang batuk smpi terkencing2.

    ReplyDelete
  7. Ok asok nk beli kn husband ubt ni..kesian tgok dy sebulan brpa kli tah nk batuk...smpi perut sakit tu yg tk boleh tahan

    ReplyDelete
  8. Terima kasih untuk perkongsian ini insallah besok saya gi cari. Sebab anak saya ni baru berumur 9 tahun. Time petang jee mesti batuk tak berhenti gatal tekak sampai tak leh tidur sian dia.. dok bagi obat selalu pun saya risau juga sebab. Batuk yang berpanjangan. Dan dia masih kecik. Tak bagi ubat pun kasihan pula kan. Macam kita biar dia pula. So apa apa pun terima kasih yee.. semoga perkongsian ini dapat membantu semua yang bermasalah tekak gatal

    ReplyDelete
  9. Tengah sakit tekak ni.tkasih perkongsian ini.baru beli ubatnya.memang mujarab.

    ReplyDelete
  10. Tengah batuk juga ni nk hampir 1 bulan dah..lepas ni nk beli ubat tu..thanks ye atas peekongsian.

    ReplyDelete

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...