Tuesday, May 26, 2015

Kisah setiakawan

OK. Ini kisah semalam. Emm. Tak last week kot. Ok macam ni. Bermula dari last week, tapi semalam baru meletup.

Kisah seorang sahabat yang kononnya ingin membela seorang sahabat di office yang ternyata buat salah. Tapi di atas sifat setiakawan , dia tetap mempertahankan sahabat dia dan memburukkan bos sahabat dia. So.. semalam bos tu marah dan ianya agak memalukan. Tiada siapa yng berdiri. Tiada siapa yang bangun mempertahan kan dia..

Iniah dunia kerja. Masing masing ingin lepaskan diri. Dari dulu lagi aku mana pernah percaya sahabat dari office. Ramai yang menikam dari yang baik. Bak mak aku cakap kat office ni, dinding dan kerusi semuanya ada telinga.. so jaga jaga...

Tapi bila cakap pasal setiakawan teringat aku pada seorang sahabat. Dah lama tak jumpa dia. Apalah khabar wahai sahabatku. Nama dia ely. Nama penuh rahsia. Cuma teringat masa sekolah dulu agak rapat. Masa tu aku agak nakal. Dia pun nakal, malah berganda ganda nakal dia berbanding aku. Sehinggalah dia dilantik menjadi ketua tingkatan. Masa itulah dia menjadi lebih baik.
Pada masa tu aku benci nak masuk kelas BM. Tak tau kenapa cikgu tu tak berapa serasi dengan aku. Masyallah seandainya dapat diundurkan masa, aku memang nak pohon ampun dengan cikgu. Sebab dulu aku tak tau menghormati guru. Bila dah tua ni.. barulah Nampak pengorbanan seorang guru. Rasa berdosa gila ngan cikgu.. Maafkan aku cikgu....

Berbalik pada kisah kawan aku ni, dia selalu cover aku setiap kali aku ponteng kelas. Sampailah satu hari dia merayu kat aku.. dia kata tolonglah jangan ponteng kelas kerana dia dah tak boleh cover untuk aku dan cikgu pun dah marah kat dia. Dan di atas sebab setiakawan aku pun tak lah ponteng kelas lagi.


Ada lagi satu insiden di mana pada masa tu kitorang baru je lepas habis paper peperiksaan akhir tahun tak silap aku. Dan rasanya pula, kertas agama kot. Masa tu baru sahaja habis memerah otak. Dah siap pun... pastu ely ajaklah aku borak. Siap gelak gelak lagi. Tetiba cikgu yang jaga tu bangun... terus pergi tempat aku dan rampas paper aku. Nasib baik dah siap, tapi yang sweetnya, tetiba ely bangun... “ Cikgu, saya yang ajak Nurul’Ain borak” ... pastu terus keluar dan hantar kertas nya sekali ...emm..  ni memang setiakawan.. sanggup redah segalanya bersama.. yang baik atau pun buruk.. Ely, I miss you so much sahabat..  Manalah ye kau sahabat?


-Ain-

No comments:

Post a Comment

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...