About Us

Wednesday, February 13, 2013

Senaman pagi hari mampu pecah lemak

Jom kita bangun pagi. Memang setiap hari kita bangun pagi sebab nak pergi kerja, sekolah atau kolej. Tapi kali ni bangun lah awal sikit.. supaya kita boleh senaman pagi. Jom kita lihat apa  di antara kebaikan kebaikan senaman awal pagi :
1)      Boleh membuatkan anda berasa segar, sihat dan akan lebih memberikan tumpuan     untuk melakukan kerja di pejabat dan aktiviti petang.
2)      Meningkatkan daya fikir seseorang
3)      Akan sentiasa bersedia untuk bangun pagi dan akan sampai awal di pejabat
4)      Memberikan anda ‘ a senseof accomplishment ‘ yang akan bertahan dalam diri anda sepanjang hari
5)      Senaman pagi juga akan memaksa kita untuk mula member perhatioan pada apa yang kita makan di pagi hari. Dan ini akan membantu kita mengatur selera makan
6)      Senaman pagi membantu membakar lemak dan boleh menurunkan berat badan. Ini adalah kerana senaman pagi membantu anda mengepam metabolisme tubuh dan mempertahankannya hingga 24 jam  dan akan membentu pembakaran lemak sepanjang hari.
7)      Senaman cardio di pagi hari sangat bagus untuk proses pemecahan lemak kerana masa otot dan glikogen hati atau disebut karbohidrat yang tersimpan biasanya sangat rendah ketika kita bangun tidur.Karbohidrat atau glikogen adalah sumber tenaga bagi tubuh kita. Jadi, di saat sumber tenaga kita sangat rendah, tubuh badan kita akan mencari alternative lain iaitu lemak yang tersimpan untuk dibakar.. Kesimpulannya semakin rendah karbohidrat dalam badan, lebih banyak lemak yang akan terbakar .


Akhir sekali, kena banyak sabar ye.. janganlah ingat hari ni senam besok dah kurus. Ramai yang gagal untuk kuruus melalui senaman adalah kerana sifat tak sabar tu dan nak kurus cepat. Kena ingat lagi cepat kita kurus lagi cepat kita naik. Ini adalah kerana sellaunya kalau kita diet makan, yang hilang adalah air dari dalam  badan, dimana kalau kita tersilap langkah , kita boleh naik sehingga dua kali ganda.. jangan terperanjat pulak.

Tapi kalau kita melakukan senaman, kitaa kan membina otot secara perlahan dan tubuh akan terbentuk dengan cantik… percayalah kerana saya sentiasa pergi ke gym dan Alhamdulillah… makan banyak pun tak naik.. lagi pun bak kata personal  trainer saya.. kita ni ni manusia takkan sampai bila bila nak makan macam burung.. sikit sikit.. pastu makan bijirin je.. hihi.. jangan marah ye

Sumber rujukan : Majalah Wanita, April 2004
Sumber gambar  : google

No comments:

Post a Comment