Saturday, January 18, 2014

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

mumia ramses


Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.



Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah

Penyembuh Mata dan Penguat Pandangan

Mata adalah merupakan organ yang terpenting yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. dan merupakan salah satu nikmat yang diberikan oleh yang Maha Berkuasa kepada kita. Oleh itu, kita sebagai manusia yang lemah hendaklah sentiasa memelihara dan menghargai segala nikmat yang diberikan oleh Allah. Hari demi hari dan tahun silih berganti serta umur makin meningkat, penglihatan kita makin lama makin lemah. Disini disertakan ayat Al-Quran daripada Surah Qaf ayat 22 yang boleh dijadikan sebagai penawar dan ubat untuk menyembuhkan mata serta memperkuatkan penglihatan kita. Anda hendaklah membaca ayat berikut ke atas belakang ibu jari kedua-dua tangan, sebanyak 7 kali:


Pada setiap kali membaca ayat diatas, hendaklah disusuli dengan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. kemudian hendaklah berludah ke atas ibu jari (bahagian hadapan) dan disapu ke atas dua mata. Semoga Allah menyembuhkan sakit mata dan penyakit-penyakit mata yang lain dan menguatkan pandangan dengan izin Allah dan keberkatan Kitab-Nya.



 Al-Hidayah, 2009, Asy-syaikhAbi Al-Fadaa' Muhammad

Tuesday, January 14, 2014

TANDA / PUNCA GANGGUAN JIN ASYIK

Kebanyakan kes-kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah mereka datang untuk mendapatkan rawatan. Dan kebiasaannya ini disedari setelah pesakit sudah mula merasakan bahang-bahang masalah dan gangguan yang menimpa mereka.

Tanda-tanda/punca gangguan Jin Asyik antaranya:

- Pesakit sering mengadu sakit kepala.
- Selalu meninggal solat/susah nak mengerjakan solat
- Sukar nak berzikir dan membaca Al-Quran.
- Was-was.
- Pesakit amat sensatif.
- Suka bersendirian.
- Merasakan dirinya sangat cantik/kacak.
- Adakala tak suka pasangan.
- Hubungan tak kekal. Selalu bertukar-tukar pasangan.
- Selalu bergaduh dengan pasangan/orang yang rapat dengannya.
- Tidak suka bercakap tetapi lebih banyak mendengar dan berkhayal.
- Jika bercakap selalunya perkara yang sia-sia/keterlaluan.
- Banyak tidur di siang hari dan berjaga di waktu malam.
- Mendedahkan aurat di dalam rumah. Kadang kala, ada yang bertelanjang di hadapan cermin sambil
mengagumi tubuh badan sendiri. Tanpa pesakit sedari Jin Asyik memerhati setiap gerak-geri pesakit
sehingga pesakit dirasuk.
- Terdapat tanda lebam terutama di peha, betis, tangan, perut, kemaluan dan sebagainya.
- Sakit yang sukar diubai seperti sakit kulit.
- Mandi/duduk dalam bilik air terlalu lama.
- Mandi di dalam bilik air atau kolam dalam keadaan bertelanjang.
- Ketika jaga adakalanya mendengar, nafas, bisikan atau suara terutamanya ketika berbaring.
- Pesakit selalu dalam keadaan kena tindih.
- Tidur dalam keadaan bertelanjang/memakai boxer/berseluar pendek (tidak menutup aurat).
- Tidak suka/marah jika ada orang yang cuba menberi nasihat/ cuba mengubah cara hidupnya kepada yang
lebih baik.
- Tidur bermimpi melihat seorang pemuda/wanita yang kacak. Dia mengajak berkahwin dan bersama.
- Bermimpi melakukan persetubuhan haram dengan pemuda/wanita berkenaan.
- Bermimpi bersama-sama anak-anak kecil yang kononnya adalah anak-anak hasil perkongsian mereka.
- Tempat tidur tidak berkemas dan apabila orang lain tolong kemaskan biasanya pesakit akan marah.
- Suka bergelap/bilik tidur bergelap.
- Merasa takut sehingga tidur buka lampu.
- Nafsu yang kuat.
- Kuat ‘beronani’.
- Suka melihat dan membelai alat kemaluan, secara tidak sedar bahawa jin sedang berasmara dengannya.
- Merasa kagum dengan susuk badan/alat kemaluannya.
- Dan banyak lagi.

Akhirnya, terdapat pesakit yang boleh melihat pasangannya dan anak-anaknya di sekitar katil dan ruang rumahnya. Pesakit pada tahap ini sudah tidak mahu dirawat dan merelakan diri kerana merasa puas dengan ‘kehidupannya’.

Ada seorang wanita yang dirawat menceritakan bagaimana dia dirogol, mengandung, keluar darah dan akhirnya perutnya kempis semula. Apabila berdialog dengan Jin Asyik ini dia claim sudah ada 10 orang anak dengan wanita berkenaan dan seorang wanita yang disahkan mengandung 3 bulan, anak dalam kandungannya hilang, tidak ada keguguran dan pihak hospital tidak dapat memberi apa-apa keputusan kemana anak itu hilang.

Jangan terperanjat kepada golongan lelaki. Sudah banyak kes yang saya rawat, lebih-lebih lagi golongan remaja, diganggu Jin Asyik yang kronik. Apabila saya berdialog dengan Jin Asyik ini

“Kenapa anda datang mengganggu pesakit ini? Jawabnya… pesakit ini adalah kekasih aku… jangan kau campur urusan aku!! Kenapa anda suka kepada dia? Jawabnya… dia yang suka kepada aku… dia suka memakai boxer… aku suka melihat dia pakai boxer… melihat tubuh badan dia… dia mengagumi tubuh badan dia… dia membuka aurat… dia yang memanggil aku… aku suka dia… ”

Silakan share.. artikel ini mungkin membantu saudara-mara dan rakan-rakan anda. 

p/s : bagi yang rasa mengalami masalah di atas bolehlah beli cd ayat ruqyah di FB kat seperti tertera di bawah:


CD Bacaan Ayat Ruqyah Syariah.
Mengandungi bacaan penuh Ruqyah Syariah sebagai 'first aid' bagi mengatasi masalah sihir dan gangguan jin.

Sila PM untuk dapatkan CD iniwww.facebook.com/messages/AyatRuqyahdotcom

MISTERI SURAH ALFATIHAH


1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu