Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Friday, June 25, 2021

Perebutan harta dan pentingnya menguruskan harta di dalam Islam

Salam semua.

1. Bukan asing lagi senario perebutan harta yang berlaku di dalam masyarakat kita sekarang ini. Dan senario ini telah berlaku dari zaman nenek moyang kita lagi dan bukanlah perkara baru yang perlu kita  hairankan. Bukan setakat bertikam lidah, saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah malah ada yang sanggup berbunuhan ekoran perebutan harta ini.

2. Dari kisah ibu mertua dan ipar duai yang cuba merebutkan harta anak menantu yang kehilangan suami tersayang sehinggalah adik beradik yang dari darah daging sendiri yang kehilangan ibu bapa. Kisah ini tidak akan pernah berakhir zaman berzaman.

3. Bila arwah masih hidup, semuanya aman damai, tapi aman itu hilang pabila arwah meninggal dunia dan waris sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan bahagian harta yang lebih.

4. Malah ada kes kes pusaka warisan yang lambat diselesaikan dan waris cuba untuk menipu dan memanipulasi ahli keluarga yang lain demi kepentingan diri sendiri.

5. Seringkali ketika kita masih hidup, kita sibuk menguruskan harta benda kita dan berebut rebut untuk mengumpul harta sebanyak mungkin agar anak cucu kita dan isteri kita cukup makan pakai sepeninggalan kita nanti.

6. Tetapi kita terlupa bahawa harta yang banyak itu akan memberikan kemudaratan kepada ahli waris kita tanpa perancangan harta yang betul. 

7. Sedangkan agama Islam itu sendiri menggalakkan dan meitikberatkan perancangan harta yang baik.

8. Namun ramai masih leka dan menyangka badan masih sihat dan umur masih muda sedangkan kita lupa ajal dan maut itu adalah bukan di tangan kita.

9. Persoalannya sanggupkah anda melihat orang kesayangan anda seperti isteri dan anak anak bergadai nyawa kerana merebutkan harta anda yang tidak dirancang.


Saksikan video kisah perebutan harta di bawah:



Sebarang pertanyaan tentang pengurusan harta, boleh hubungi Asyraf di 019-6384211


Tuesday, September 16, 2014

Tidur sihat cara Nabi

Tidur Rasullah SAW merupakan cara tidur yang sangt baik bagi kesihatan.Setiap posisi dan waktu yang Baginda pilih untuk tidur sangat bermakna bagi kesihatan. Hal Ini diakui oleh para ilmuan ilmu kedoktoran pada zaman sekarang.

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah berkata,"Barangsiapa yang memerhatikan pola tidur dan bangun Baginda, nescaya mengetahui bahawa tidur Baginda merupakan tidur yang paling bermanfaat untuk organ badan, organ dan kekuatan".

Cara-caranya ialah:

1. Mengiring kesebelah kanan.

Posisi tidur Nabi SAW adalah mengiring ke sebelah kanan. Kemudian Baginda berbalik bertumpu sedikit pada sisi kiri, supaya dengan cara itu, proses pencernaan lebih cepat kerana condongnya rusuk di atas hati. Kemudian baginda kembali tidur bertumpu pada sisi kanan semula,agar makanan segera larut daripada ruruk. Jelaslah bahwa posisi permulaan dan posisi terakhir tidur Baginda bertumpu pada sisi kanan.

Selain bermanfaat bagi pencernaan, paling tidak ada tiga manfaat lain yang dapat diambil daripada posisi tidur mengiring ke sebelah kanan. Untuk memudahkan pernafasan, tidur mengiring menghalang jatuhnya lidah ke belakang yang boleh menghalang saluran pernafasan. Jika tidur pada posisi terlentang maka keadaan lidah pada saat tidur akan mengakibatkan saluran pernafasan tersekat dan mengakibatkan dengkuran.

Orang yang berdengkur akan mengakibatkan tubuh kekurangan oksigen. Malahan kadang kadang menghalang pernafasan lantas menyebabkan seseorang itu tersedak dan terjaga daripada tidurnya.

Orang tersebut biasanya akan terjaga dalam keadaaan pening kepala kerana kurangnya oksigen yang sampai ke otak. Tentunya keadaan ini sangat menganggu tidur kita.

Bagi jantung, tidur mengiring ke sebelah kanan membuat jantung tidak ditimpa oleh organ lain.

Hal ini kerana posisi jantung yang memang berada lebih lama di sebelah kiri. Tidur bertumpu pada sisi kiri menyebabkan darah yang masuk ke atrium juga banyak kerana paru paru kanan perlu mendapatkan darah yang lebih banyak daripada paruparu kiri. Paru paru kiri lebih kecil dibandingkan dengan paru paru kanan.

Jika tidur mengiring ke sebalah kanan, jantung akan jatuh ke sebelah kanan. Keadaan itu tidak menjadi masalah kerana paru paru kanan besar. Namun lain halnya kalau bertumpu sebelah kiri, jantung akan menekan paru paru sebelah kiri yang berukuran kecil dan situasi ini adalah kurang baik.

2. Melururskan punggung

Selain posisi tidur yang mengiring ke kanan, Nabi SAW juga meluruskan pinggang ketika tidur. Manfaatnya adalah supaya organ organ dalaman tidak tertekan. Malahan posisi tersebut juga melancarkan peredaran darah.

3. Membengkokkan sedikit kaki

Dalam dunia kedoktoran, seorang doktor akan meminta pesakit membengkokkan kakinya jika doktor tersebut mahu memeriksa perut pesakit. Kesan darpada perbuatan ini adalah untuk mengendurkan otot otot perut sehingga lebih mudah untuk diperiksa. Membengkokkan kaki sedikit pada saat tidur menolong organ organ otot otot perut itu sendiri untuk relaks dengan lebih sempurna. Hal ini akan menjadikan tidur seseorang lebih tenang.

4. Menggunakan telapak tangan sebagai bantal

Kita tentu sering mendengar bahawa posisi leher sangat mempengaruhi kualiti tidur. Leher yang tidak lurus ketika sedang tidur akan menyebabkan sakit leher ketika bangun dan biasanya ini kekal beberapa lama sehingga mengangu aktiviti lain. Maha Suci Allah yang menciptakan tangan sedemikian rupa sehingga apabila kita melihat orang yang tidur dengan telapak tangan maka di antara kepala, leher dan punggung tercipta garis lurus.

5. Cepat tidur dan cepat bangun

Baginda SAW tidur pada awal malam dan bangun pada pertengahan malam kedua. Biasanya Rasullah SAW bangun dan bersiwak, lalu berwuduk dan solat sehingga waktu yang diizinkan Allah.Baginda tidak pernah tidur melebihi keperluan,namun tidak pula menahan diri untuk tidur sekadar yang diperlukan. Penelitian Daniel F Kripke, ahli psikiatri dari Universiti California amat menarik untuk diungkapkan. Penelitian ini dilakuakan di Jepun dan Amerika Syarikat selema enam tahun dengan responden berusia 30 hingga 120 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahwa orang yang biasa tidur lapan jam sehari memiliki risiko kematian yang lebih cepat. Sangat berlawanan dengan mereka yan biasa 6-7 jam sehari . Bagi Rasullah SAW, Baginda biasanya tidur selepas Isyak untuk memudahkan bangun malam. Jadi Baginda tidur tidak lebih daripad 8 jam/

Cara tidur Rasullah SAW juga penuh dengan makna. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah dalam buku Kaedah Pengubatan Nabi mengungkapkan bahawa Rasullah tidur dengan mengiringkan tubuh sebelah kanan, sambil berzikir kepada Allah hingga mata Baginda terasa berat. kadang kadang baginda mengiringkan badannya ke sebelah kiri sebentar, kemudian kembali ke sebelah kanan. Tidur seperti ini merupakan tidur paling baik. Hikmah lainnya, tidur dengan mengiring ke kanan menyebabkan Baginda lebih mudah bangun untuk solat malam.

Allah Doktorku,Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi

Saturday, January 18, 2014

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

mumia ramses


Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.



Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah

Tuesday, July 16, 2013

Cerita di sebalik Taddarus di Masjid KLCC dan Masjid Negara

saje nak kongsi cerita dengan korang..

tahun ni aku masuk taddarus.. Alhamdulillah... best sangat.. aku masuk kat masjid negara iaitu setiap malam ganjil pukul 11 hingga 12 malam, dan kat KLCC pula pukul 5.30 sampai 6.30 petang..

berlagak alim ke?? taklah.. terus terang aku cakap... aku bukannya terror sangat mengaji..yang kat masjid negara tu dengan tak malunya aku nak bagitau aku join group insentif.. tiap kali mengaji ada ustazah dengar... aku ni asyik kena lah tegur tajwid aku berterabur.. bukan tak belajar tapi sebab jarang mengaji... haih.. muhasabah muhasabah diri ain....

bila tengok makcik makcik tu mengaji aku malu sangat.. umur dah tua banyak tapi mengaji terror kot..
rasa rendah diri..

macam macam pengalaman yang aku dapat kutip sepanjang aku berkunjung ke rumah Allah ni.. emm.. terlupa nak bagitau yang aku berbuka di masjid KLCC, maklumlah.. seorang diri lah katakan... berbukalah ramai ramai kat masjid.. ada juga temannya kan..

lepas buka, aku akan buat terawih lapan rakaat... sebenarnya 20 rakaat tapi aku tak larat...
masa nak balik, nampak sorang nenek ni.. tanya dia nak pergi mana.. katanya nak ke train station..
rupanya nenek ni datang masjid naik bas dari dato keramat.. seorang balu..dan seorang diri..
malu aku.. aku ada kereta tapi pon kekadang malas..

lepastu aku nampak seorang perempuan ni.. tak kawin.. kakinya tempang... terhencut hencut naik ke masjid.
seorang kenalan beritahu aku.. katanya kaki dan tangannya cacat..
Subhanallah... kau beri dia cacat tapi kau beri dia kekuatan dan ketabahan.. malah dia lebih rajin ke masjid berbanding orang yang sempurna seperti kitakan.. mungkin dia banyak kekurangan di dunia, tapi dia ada Allah... amal ibadatnya lebih dari kita...insyallah ganjarannya nanti kat akhirat

sebenarnya .. ramai janda, balu, yang datang ke masjid.. terfikir aku.. ohh suamikah penghalang untuk melakukan ibadat?? hihi.. taklah... masa ada suami.. mungkin kita sibuk melayan diakan... makan minum nya.. chewah.. tapi lagi sweet kalau macam pasangan suami isteri yang aku nampak kat sini,, ramai juga yang berbuka di masjid sama sama, pastu sama sama tadaruss , pastu terawih sama sama.. yang ada anak pun bawa anak ke masjid.. masyallah dari kecil dah ajar ke masjid....

Buat sang suami, ajaklah isteri sama sama melakukan ibadah di masjid,
Buat sang isteri, jom ajak anak anak tu bisakan diri dengan masjid..
Buat yang belum kawin macam aku, jomlah kita tambahkan ilmu akhirat pulak...
(Sometimes aku pon paksa diri aku ni nak wat amal ibadat.. pasal aku percaya kata ustaz azhar idrus, paksa pasa lama lama ikhlaslah)

Wednesday, June 5, 2013

Doa Untuk kekasih

Ya Allah...
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. ...

Ya Allah.....
Jika aku jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cinta ku pada Mu

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati....
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada Mu
agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbani....
jika aku jatuh hati
jagalah hati ku padanya
agar tidak aku berpaling kepada Mu

Ya Rabbul Izzati......
Jika aku rindu
jagalah rinduku padanya
agar tidak aku lalai
dalam merindukan syurga Mu...

Ya Allah....
Jika aku menikmati cinta kekasih Mu
Janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir Mu

Ya Allah....
jika aku jatuh hati pada seseorang
jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan yang panjang
menyeru manusia kepada Mu

Ya Allah....
jika kau halalkan aku merindui seseorang
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya pada Mu

Ya Allah.....
Engkau mengetahui
bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada Mu
Telah berjumpa untuk taat kepada Mu
setelah bersatu dalam dakwah Mu
telah berpadu dalam membela syariat mu
Kukuhkanlah ikatannya

Ya Allah
kekalkanlah ikatannya
tunjukanlah jalan-jalannya
penuhilah hati-hati ini
dengan Nur Mu yang tidak pernah pudar
lapangkan lah dada-dada kami
dengan keimanan kepada Mu
dan keindahan bertwakal ke jalan Mu

Amin..Ya Rabbal Alamin


Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau

Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas

Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu

Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amin..