Showing posts with label Rasullah. Show all posts
Showing posts with label Rasullah. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

Tidur sihat cara Nabi

Tidur Rasullah SAW merupakan cara tidur yang sangt baik bagi kesihatan.Setiap posisi dan waktu yang Baginda pilih untuk tidur sangat bermakna bagi kesihatan. Hal Ini diakui oleh para ilmuan ilmu kedoktoran pada zaman sekarang.

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah berkata,"Barangsiapa yang memerhatikan pola tidur dan bangun Baginda, nescaya mengetahui bahawa tidur Baginda merupakan tidur yang paling bermanfaat untuk organ badan, organ dan kekuatan".

Cara-caranya ialah:

1. Mengiring kesebelah kanan.

Posisi tidur Nabi SAW adalah mengiring ke sebelah kanan. Kemudian Baginda berbalik bertumpu sedikit pada sisi kiri, supaya dengan cara itu, proses pencernaan lebih cepat kerana condongnya rusuk di atas hati. Kemudian baginda kembali tidur bertumpu pada sisi kanan semula,agar makanan segera larut daripada ruruk. Jelaslah bahwa posisi permulaan dan posisi terakhir tidur Baginda bertumpu pada sisi kanan.

Selain bermanfaat bagi pencernaan, paling tidak ada tiga manfaat lain yang dapat diambil daripada posisi tidur mengiring ke sebelah kanan. Untuk memudahkan pernafasan, tidur mengiring menghalang jatuhnya lidah ke belakang yang boleh menghalang saluran pernafasan. Jika tidur pada posisi terlentang maka keadaan lidah pada saat tidur akan mengakibatkan saluran pernafasan tersekat dan mengakibatkan dengkuran.

Orang yang berdengkur akan mengakibatkan tubuh kekurangan oksigen. Malahan kadang kadang menghalang pernafasan lantas menyebabkan seseorang itu tersedak dan terjaga daripada tidurnya.

Orang tersebut biasanya akan terjaga dalam keadaaan pening kepala kerana kurangnya oksigen yang sampai ke otak. Tentunya keadaan ini sangat menganggu tidur kita.

Bagi jantung, tidur mengiring ke sebelah kanan membuat jantung tidak ditimpa oleh organ lain.

Hal ini kerana posisi jantung yang memang berada lebih lama di sebelah kiri. Tidur bertumpu pada sisi kiri menyebabkan darah yang masuk ke atrium juga banyak kerana paru paru kanan perlu mendapatkan darah yang lebih banyak daripada paruparu kiri. Paru paru kiri lebih kecil dibandingkan dengan paru paru kanan.

Jika tidur mengiring ke sebalah kanan, jantung akan jatuh ke sebelah kanan. Keadaan itu tidak menjadi masalah kerana paru paru kanan besar. Namun lain halnya kalau bertumpu sebelah kiri, jantung akan menekan paru paru sebelah kiri yang berukuran kecil dan situasi ini adalah kurang baik.

2. Melururskan punggung

Selain posisi tidur yang mengiring ke kanan, Nabi SAW juga meluruskan pinggang ketika tidur. Manfaatnya adalah supaya organ organ dalaman tidak tertekan. Malahan posisi tersebut juga melancarkan peredaran darah.

3. Membengkokkan sedikit kaki

Dalam dunia kedoktoran, seorang doktor akan meminta pesakit membengkokkan kakinya jika doktor tersebut mahu memeriksa perut pesakit. Kesan darpada perbuatan ini adalah untuk mengendurkan otot otot perut sehingga lebih mudah untuk diperiksa. Membengkokkan kaki sedikit pada saat tidur menolong organ organ otot otot perut itu sendiri untuk relaks dengan lebih sempurna. Hal ini akan menjadikan tidur seseorang lebih tenang.

4. Menggunakan telapak tangan sebagai bantal

Kita tentu sering mendengar bahawa posisi leher sangat mempengaruhi kualiti tidur. Leher yang tidak lurus ketika sedang tidur akan menyebabkan sakit leher ketika bangun dan biasanya ini kekal beberapa lama sehingga mengangu aktiviti lain. Maha Suci Allah yang menciptakan tangan sedemikian rupa sehingga apabila kita melihat orang yang tidur dengan telapak tangan maka di antara kepala, leher dan punggung tercipta garis lurus.

5. Cepat tidur dan cepat bangun

Baginda SAW tidur pada awal malam dan bangun pada pertengahan malam kedua. Biasanya Rasullah SAW bangun dan bersiwak, lalu berwuduk dan solat sehingga waktu yang diizinkan Allah.Baginda tidak pernah tidur melebihi keperluan,namun tidak pula menahan diri untuk tidur sekadar yang diperlukan. Penelitian Daniel F Kripke, ahli psikiatri dari Universiti California amat menarik untuk diungkapkan. Penelitian ini dilakuakan di Jepun dan Amerika Syarikat selema enam tahun dengan responden berusia 30 hingga 120 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahwa orang yang biasa tidur lapan jam sehari memiliki risiko kematian yang lebih cepat. Sangat berlawanan dengan mereka yan biasa 6-7 jam sehari . Bagi Rasullah SAW, Baginda biasanya tidur selepas Isyak untuk memudahkan bangun malam. Jadi Baginda tidur tidak lebih daripad 8 jam/

Cara tidur Rasullah SAW juga penuh dengan makna. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah dalam buku Kaedah Pengubatan Nabi mengungkapkan bahawa Rasullah tidur dengan mengiringkan tubuh sebelah kanan, sambil berzikir kepada Allah hingga mata Baginda terasa berat. kadang kadang baginda mengiringkan badannya ke sebelah kiri sebentar, kemudian kembali ke sebelah kanan. Tidur seperti ini merupakan tidur paling baik. Hikmah lainnya, tidur dengan mengiring ke kanan menyebabkan Baginda lebih mudah bangun untuk solat malam.

Allah Doktorku,Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi

Tuesday, June 4, 2013

BIODATA RASULULLAH SAW

 
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
 
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
 
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
 
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
 
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
 
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
 
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
 
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
 
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
 
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
 
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
 
 
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
 
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
 
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
 
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza 3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza 4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
 
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
 
 
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )