Wednesday, July 8, 2015

Dia lamar aku

Korang, dia lamar aku. dengar tak.. dia lamar aku.. Reaksi aku?

Sebenarnya aku paling tak sangka dengan reaksi aku sendiri. Actually aku pun tak sangka yang aku akan jadi macam ni.Haha..

Aku dengan dia memang dah lama kawan, memang dari mula lagi ada plan nak kawin. Dan memang kitorang tengah berusaha keras untuk kawin by next year… so pasal isu lamar melamar ni actually kalau dia tak lamar aku (erkk macam dalam tv tu… “will you marry me ?.. and I say yes”.. .. hihi) pun sebenarnya memang dialah yang akan aku akan kawin pon.. memang dah tahu sendiri sendiri..(insyallah)..

Tapi dia nak jugak lamar aku. So.. dia tanya aku… sudi tak jadi isteri abang? Hahahhaha.. mesti korang macam nak terberak dengar kan? Btw.. tiba tiba dia suh aku panggil dia abang.. aku rasa macam nak tikam diri sendiri masa kena paksa panggil abang.. apa salahnya panggil “b” kan? Lagi manja dan moden kot.. Tapi sebenarnya aku dah tau dah kenapa dia suruh aku panggil abang. 

Rupanya panggilan abang itu sendiri keramat. Entah kenapa sejak aku panggil dia abang, hilang panas baran aku.. dan aku plak macam lebih hormat dia.. hahahah.. (practise make perfect.. besok  nak kawin senang kan)..

Berbalik pada kisah dia melamar aku… setelah dia tanya sudikah ayang jadi isteri abang?


Tau tak reaction aku ialah … kaku.. macam nak gugur jantung.. pastu aku malu nak pandang muka dia… aku dalam hati nak je jerit.. "yes!!! yes!!! I do... I do.. I want... I want to be your wife (macam dalam cerita orang putih tu..).. tapi aku still terkumat kamit.. senyum senyum je.. kata ye pun tidak say no pun tidak.. tapi memalu kucing..kaki terkuis kuis.. tangan aku lak pintal pintal tudung.. muka ku.. senyum pon tak.. tapi suka.. haih camno ni... . (patutnya kalau dalam cerita-cerita melayu.. mestilah dia akan cakap kalau tunduk tu tanda awak  setuju lah kan).. tapi dia tak cakapa pown camtu.. huhu.. aku harap dia faham...push stop.

Wednesday, July 1, 2015

Hari ni aku belajar

Hari ni aku belajar bahawa
Jangan mencari, kerana kebenaran sentiasa ada
Jangan memaksa, biar dia sendiri tau manisnya ikhlas
Jangan meminta, kerana biar dia belajar cara memberi
Jangan kecewa, kerana dia sendiri akan tahu rasa nya kehilangan
Jangan paksa diri melupakan, belajar memaafkan
Jangan tanya untung nasib, Allah takdirkan .. kita diberikan pilihan
Jangan mengharap, nanti kecewa
Jangan paksa diri untuk merelakan.. redha lebih indah
Jangan menghalang, dia tetap akan pergi andai dia bukan milik kita..
Jangan selalu menangis, kerana nilainya mungkin hilang
Jangan selalu ada, nanti rindu hilang...
Jangan terlalu ambil berat, nanti ada pihak yang lupa cara menghargai...
Jangan sentiasa terima, nanti dia datang dan pergi sesuka hati..
Jangan sentiasa memafkan , kelak ada yang mengambil kesempatan

Hari ni aku pinta
Agar pandanglah aku dengan mata hati .. Jangan pandang dengan mata.. Kerana mata selalu ditipu.. Namun bukan pada hati...

Aku pinta kau tau yang mana perlu kau dulukan dan mana kemudian
yang mana penting yang mana tidak
yang mana perlu kau jaga hatinya, yang mana tidak
yang mana kau perlu gengam, yang mana kau perlu lepaskan
jangan sampai.. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

terluka tu.. semua akan merasa.. tapi yang mana harus kau lukakan itu pilihan. jangan kau ingat yang ada.. sentiasa ada... satu hari nanti.. mungkin dia pun akan pergi....mana ada yang kekal...manusia bukan sempurna.. manusia tau erti kecewa.

kadang kadang, kita terlalu yakin untuk melukakan dia yang menyayangi kita kerana sesorang yang kau takut lukai hatinya... tamaknya manusia... . kita yakin dia sentiasa menyayangi kita hingga kita sampai hati buat dia terluka.. murahnya nilai kasih sayang.. sampai dijadikan alasan...untuk kau luka dan balut sesuka hati. Kau harus ingat yang hatinya.... hanya hati seorang manusia biasa.... 

Hari ini juga aku berhenti bertanya hati.. kerana takut pedih akan kebenaran..Ya... hati takkan menipu...samada kita bersedia atau tidak akan kebenaran.....


Niqabis bukan sempurna

Masa lunch , tadi borak borak dengan kawan kawan office. Macam macam cerita keluar. Dari cerita dalam kain sendiri sampai lah cerita dalam kain orang lain. Ni yang tak bagusnya bulan puasa dok melepak macam ni. Nak tak nak termengumpat jugak (aku mengata diri aku)  Haih.. insaf.. besok kene pergi surau ni ….mengaji lagi bagus... paling pedih bila aku sedar.. ni bukan syaiton yang ajak..tapi perangai diri sendiri.. huhuhuhu

Dalam banyak banyak cerita keluarlah kisah niqabis dan si pemakai tudung labuh. Kata mereka.. jangan percaya niqabis dan situdung labuh... mereka lebih banyak nafsu. Buat dosa lagi teruk.. baik tak payah pakai langsung.

Masyallah.. kata aku?... sayang, dengar sini…..Niqabis dan si pemakai tudung labuh bukan malaikat atau wali Allah. Mereka pun tak lepas dari melakukan dosa…Mereka macam kita. Jangan sesekali salahkan niqab dan tudung itu tapi salahkan pada si pelaku dosa tu….

Dan jangan sesekali membenci pada mereka yang melakukan dosa.. tapi bencilah pada dosa yang mereka lakukan..

Sesungguhnya.. mereka tak sempurna… kesempurnaan milik hakiki Allah. Kita dan mereka sama sahaja.. 

Cuma.. yang membezakan..

Mereka berusaha mencari keredhaan ilahi.. tapi kita tidak..

bezanya mereka dalam proses untuk menjadi hamba Allah yang menurut perintah sedangkan kita belum lagi…

Lalu.. jangan jadikan niqab dan tudung sebagai ukuran untuk kita menilai hukum Allah itu salah..

Jangan jadikan pelaku dosa yang berniqab dan bertudung labuh itu untuk kita rasa tidak pakai adalah lebih hebat.. tutup aurat tu tetap perintah Allah.. walaupun kita tak mampu lagi pakai… diam sahaja.. jangan komen…..kerana.. kita sama sama buat dosa.. tapi bezanya mereka selangkah lebih dari kita.. Itukan dugaan mereka??.. kenapa mesti kita pertikaikan ujian untuk meraka yang telah Allah tetapkan di dalam perjalanan mereka  menuju redha Allah…Sekian… #akusaluteniqabis