About Us

Wednesday, July 1, 2015

Niqabis bukan sempurna

Masa lunch , tadi borak borak dengan kawan kawan office. Macam macam cerita keluar. Dari cerita dalam kain sendiri sampai lah cerita dalam kain orang lain. Ni yang tak bagusnya bulan puasa dok melepak macam ni. Nak tak nak termengumpat jugak (aku mengata diri aku)  Haih.. insaf.. besok kene pergi surau ni ….mengaji lagi bagus... paling pedih bila aku sedar.. ni bukan syaiton yang ajak..tapi perangai diri sendiri.. huhuhuhu

Dalam banyak banyak cerita keluarlah kisah niqabis dan si pemakai tudung labuh. Kata mereka.. jangan percaya niqabis dan situdung labuh... mereka lebih banyak nafsu. Buat dosa lagi teruk.. baik tak payah pakai langsung.

Masyallah.. kata aku?... sayang, dengar sini…..Niqabis dan si pemakai tudung labuh bukan malaikat atau wali Allah. Mereka pun tak lepas dari melakukan dosa…Mereka macam kita. Jangan sesekali salahkan niqab dan tudung itu tapi salahkan pada si pelaku dosa tu….

Dan jangan sesekali membenci pada mereka yang melakukan dosa.. tapi bencilah pada dosa yang mereka lakukan..

Sesungguhnya.. mereka tak sempurna… kesempurnaan milik hakiki Allah. Kita dan mereka sama sahaja.. 

Cuma.. yang membezakan..

Mereka berusaha mencari keredhaan ilahi.. tapi kita tidak..

bezanya mereka dalam proses untuk menjadi hamba Allah yang menurut perintah sedangkan kita belum lagi…

Lalu.. jangan jadikan niqab dan tudung sebagai ukuran untuk kita menilai hukum Allah itu salah..

Jangan jadikan pelaku dosa yang berniqab dan bertudung labuh itu untuk kita rasa tidak pakai adalah lebih hebat.. tutup aurat tu tetap perintah Allah.. walaupun kita tak mampu lagi pakai… diam sahaja.. jangan komen…..kerana.. kita sama sama buat dosa.. tapi bezanya mereka selangkah lebih dari kita.. Itukan dugaan mereka??.. kenapa mesti kita pertikaikan ujian untuk meraka yang telah Allah tetapkan di dalam perjalanan mereka  menuju redha Allah…Sekian… #akusaluteniqabis

6 comments:

  1. btul.. hormatilah mereka.. sekurang2nya diorang cuba juga jadi yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memakai purdah. kiranya pernah saya melakukan dosa maha besar. Dekat dengan NYA yang Maha Esa, tujuan saya memakai purdah. tiada langsung niat atau perasaan memandang mereka yang tidak mamakai tudung atauyang tidak mencukupi syariat berdosa, namun kadangkala hati saya amat pedih dengan tuduhan kepada kami. Pantang kami tersilap laku atau kata. ye benar kata kamu, kami manusia biasa. bisa lakukan dosa tanpa kami sadari. Salam ukhwah fillah ya ukhti. Semoga Allah lindungi kamu dan keluarga.

      Delete
  2. nasib akak duk rumah dgn izara je dik jadi takde modal nak mengumpat....kikiki....betol tu si pemakai niqap bukan wali2 mereka pon sama cam kite gak manusia biasa tapi kalau berniqap kompom dapat pahala besar sebab berpakaian sempurna tanpa mendedahkan aurat...sedang meniti pelahan2

    ReplyDelete
  3. betul, jangan jatuhkan hukuman tanpa asal usul.. mereka bukan malaikat, kita yang bercakap pun bukan tak pernah buat salah kan. peringatan buat av juga.

    ReplyDelete
  4. tak patut. semua orang la kuat nafsu seks. termasuk orang yang bercakap tu.

    hahaha!

    ReplyDelete
  5. sangat sokong sekali yg diperkatakan itu...mereka dh berusaha jauhkan fitnah mata org2 yg memandang..

    Kita ni baik pandang diri sendiri tgk byk mana usaha kita utk dekat ke arahNya...insaf..

    ReplyDelete