Tuesday, June 30, 2015

Jangan sesekali percaya lelaki ye.



Bila cakap pasal lelaki.. aku memang tak pernah percaya cakap depa... Hihi. Diorang ni serius mulut manis.. sweet talker semuanya... Nak tau kenapa? Ini cerita lima enam tahun dulu... ketika masa tu aku masih muda belia dan remaja gemilang lagi..

Aku masih ingat lagi waktu tu aku nak kuar makan ngan kawan kawan lelaki aku... Actually diorang yang  beria ria nak ajak aku sekali... katanya kena ada bunga barula saham diorang naik melambung tinggi.. ok... fine..... dipergunakan betul.

Tapi bukannya apa.. semua pun sahabat baik... takde apa .. just nak makan makan kat mamak kat section berapa aku tak ingat. Tapi sekitar area Shah Alam.

Lepas bersiap, diorang suruh aku tunggu kat bus stop kat depan rumah aku...tengah tunggu tu, datang lah sebijik BMW hitam. Wow.. ternganga jap aku .. berhentilak  kat depan aku...

Nampak tingkap kereta dibuka dari dalam... Lah.. diorang rupanya... potong stim..(ingat anak dato' nak ngorat)

Masuk dalam keta.. aku tanya.. “kete sape ni wei?”

Diorang dok gelak gelak... “ Kete aku lah.. “ aku mencebik.. dalam hati.. ko bukan naik train sesame aku ke?

Rupanya kete abang salah seorang dari diorang. Abang dia masa tu baru nak berjinak jinak jual kete second hand. Huh.. dah sah nak up saham tinggi tinggi..

Masa on the way.. nampak satu awek tepi jalan.. tengah jalan terkedek kedek nak pegi mana aku tak pasti.. memang cun.. baju sexy gila tak de lengan..gebu tak ingat..( entah kenapa masa zaman tu ramai awek sexy compare sekarang)

Kalau aku yang perempuan ni boleh nampak awek tu.. apatah lagi kengkawan aku yang mata keranjang  nikan. lagi lah... macam nak terjojol bijik mata aku tengok.. punyalah galak hon hon.. jerit jerit panggil awek tu.. pastu bunyi cencorot bagai.. 

Aku dalam kete. syahdu je.... sambil menyabarkan hati..." takpelah.. saperlah aku... hanyalah seorang gadis biasa.." hahahhahaha...

Awek tu serius malu malu sambil senyum senyum.. buat muka tak nak layan tapi ada snyuman di bibir... yelah kena ngorat ngan Abang naik kete BMW kot...( padahal kete pinjam..)

Pastu kitorang melepasi je  awek tu... Budak budak ni gelak macam nak pengsan.. dah lah kutuk awek tu kaw kaw.. siap cakap “ gila ke pakai macam tu.. dah lah musim panas... tak panas ke”?
Pastu sambung kutuk lagi.. ni kalau kita betul betul berhenti.. boleh makan awek ni....(diorang ingat awek tu kek ke boleh makan-makan plak)

Aku ??.. blur jer tengok muka diorang satu satu..dalam hati ku berkata... “ ohhh.. macam ni ye lelaki.”.

Semenjak dari hari tu.. kalau aku kene ngorat .. sumpah aku tak percaya.. aku dok fikir.. sat lagi ni mesti aku kene kutuk... dan ia telah menyebabkan aku lambat jumpa boyfriend.. hihi... ( memang dioranglah yang patut diperslahkan kerana telah menyebabkan aku mengalami phobia kena mengurat)

So kesimpulannya... jangan sesekali percaya cakap lelaki.. dia puji ke dia ngorat ke... jom tengok cermin dulu sebelum kita perasan. Sebab lelaki suka cakap tak serupa bikin..


Walau macam mana pun.. bukan semua lelaki macam tu. Ni kengkawan aku ni snegal sengal ubi perangai memasing..

Dan diorang pon hanyalah nakal nakal macam tu je.. Zack (nama betul Zamil) dah nak kawin tahun depan... Shahwardi... dah ada girlfriend alim.... Zul Hilmy.. single and available.. plus.. now ahli surau.. Dah tak pandang awek ... nak berdakwah katanya.. Alhamdulillah..

1 comment:

  1. lelaki memang cakap manis. tapi kalau dengan orang yang dia sayang tu, kejujuran ada.

    hehehe.

    ReplyDelete

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...