Monday, June 1, 2015

Nasi kukus buluh kat seksyen 7 Shah Alam

Nasi kukus adalah antara yang paling aku suka makan. Kalau pergi mana mana kedai dan ada jual nasi kukus, mesti aku akan fikir seratus kali untuk order benda lain.

So ni cerita hari Jumaat yang lepas. Ramai kenkawan tanya pernah makan nasi kukus buluh? Wow.. aku serius teruja dengar. Macam best je makan dalam buluh. Pening fikir.. camno nak makan dalam tu.. kocik jo bekas buluh ( cheh nak cakap negori.. nak ikut asyraf lah tu)..

Nasi kukus ni bagi aku nasi yang sangst simple. Selalunya ada ayam goreng, nasi kukus, dan juga sambal.  Pastu kadang kadang ada timun, atau sedikit sayur.. thats why aku rasa simple and mudah.




Ok nasi kukus buluh ni pulak, aku tak pasti lah nama nasi ni memang macam ni, atau pun jolokan dan panggilan dari student uitm. Tapi yang pasti dia memang serve dengna buluh. Hihi. Tapi bukan lah dalam buluh betul betul tapi di dalam bekas yang diperbuat daripada buluh. Bekas nya macam ni.. macam bekas dim sum tu. 




So bila bukak tingkat yang first, akan ada lah hidangan seperti di bawah. siap ada aditional keropok lagi dan sayur salad.

pastu tinggalah tingkat yang ni pulak. macam misteri je apa dalam ni..


bila bukak, rupanya nasi kukus.. hihi.. eksited lebih aku ni


Selain nasi kukus ni, aku order tahu bakar jugak. tahu bakar dia bagi aku. ok ok lah.. sebab dia buat macam ala ala rojak.. bagi aku, aku lebih suka makan tahu bakar yang macam biasa yang empat segi dan potong potong tu. cuma yang kat sini, dia ada tambahan sayur kangkung kepada peminat kangkung..and portion nya agak besar.....

Ni adalah suasan kat kedai ni ye. kami duduk dalam pondok pondok kecik.. siap duduk bersila sekali... macam ala ala kampung lak.

selain nasi kukus dan tahu bakar, aku ada nampak gerai burger, ikan bakar, hot plate, mee rebus dan macam macam lagi lah. Harga pun berpatutan dan aku memang ada plan nak datang balik nak rasa menu menu lain especially ikan bakar. kedai ni berdekatan dengan uitm section tujuh dan juga icity. kalau tak silap aku, dekata dengan pasar malam section tujuh yang dekat dengna medan selera tu .. nantilah kalau aku datang lagi, aku minta alamat kat tuan kedia ye. cuma memang aku puas hatilah makan kat sini.. sodap hingga menjilat jari.

2 comments:

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...