Saturday, June 27, 2015

Pengalaman berbuka puasa di Restoran SS2 Murni

Salam semua... Pagi pagi nak cerita pasal makan ni.. Jangan lak korang lapo tengok ye... 
Ni semalam kes nak berbuka tak sempat balik Shah Alam. 
Sebabnya aku keluar lambat dari office.
So selalunya Asyraf akan ambik aku kat LRT Taman Bahagia...
Jadi kami pun google Restoran yang terdekat..
Rupanya Restoran Murni antara Restoran yang paling dekat dan menjadi tumpuan ramai.
Actually Restoran Murni memang ada banyak branch.. 
So yang kami pergi semalam kat SS2.. Tak jauh pun dari LRT Taman Bahagia tu..

Sampai sampai je.. Tengok umat manusia memang ramai.
Dalam hati aku dah terdetik.. Alamatnya makan KFC je lah ni, sebab aku ada nampak KFC kat area belakang lorong kedai ni.. Tambahan dengan keadaan tempat yang macam tak de je tuk kami..
Tapi kami gagahkan juga kaki..tanya kat pekerja di situ..
Alhamdulillah kami ada tempat.. Rupanya diorang memang walau macam mana mana pun akan cuba dapatkan tempat untuk kita.. Masa duduk baru perasan yang kat luar tepi tepi jalan masih ada lagi meja dan kerusi yang belum di buka....
Masa kami sampai dah pun pukul 7:20.. So kami redha je lah yang kalau berbuka lambat..

Yang bestnya duduk duduk je.. Dia terus letak buah buahan dan kurma sebagai complimentary kot...
Dah lega dah.. At least ada something untuk di makan..



Sekali tak sampai tiga minit, dah sampai dah air kami berdua.. 
Menu dia serius melambak ... Aku sampai stress nak pilih air.. Sebab pekerja tu tunggu kat tepi.. Dia bukan tak bagi chance kami pilih rupanya sebab risau nak cepat tuk kami berbuka..
Ni bawah gambar air kami.. Cuba tengok..
Aku pilih air "be happy" 
Sekali Asyraf sibuk nak pilih air "dont worry" 
Hahahah.. Kononnya nak 
" dont worry be happy"
Belasah je lah.. Air nya banyak nama.. I love you pun ada.. I miss you pun ada..

Ni makanan si Asyraf sampai dulu.. Ni memang excellent.. Cepat betul.. Dalam pukul 7:26 kot sampai...cuma aku punya agak lambat.. 
Ni namanya nasi goreng raja berapi.. Berapi gak.. Podeh ..

Hah.. Ni aku punya mee goreng raja.. Ke beraja... Belasah... Yang penting memang makan macam raja.. Portion dia besar gila macam tiga orang nak makan

Peringatan: kalau nak makan kat sini kene lah berkongsi kasih sayang.... Sebab memang banyak gila.. Si Asyraf punya nasi pun macam dua orang makan..

Tapi pihak kedai ada sediakan bekas kalau kita nak bungkus....


Ni lak gambar konon konon nak bagi orang terkeliuk plus konon konon gambar close up bajet photography  sangat.. Hihi

Ok kepada sesiapa yang nak men uba berbuka kat sini, meh ambik alamat sat..
Restoran SS2 Murni
jalan SS2/75, Petaling Jaya 53, 
47300 Petaling Jaya

Business hour:
8:00am- 5 pm ; 6 pm - 5am

10 comments:

  1. Salam kenal..singgah sini n terus folow...ermmm sesungguhnya anda telah bjaya mmbuat sy terliur di pg puasa yg hening ini..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal sham... Terima kasih... :)

      Delete
  2. Replies
    1. Hihi... Sabar... Sabar... Sikit je lg

      Delete
  3. Replies
    1. Kalau kat sana kan, siap terkeliur tengok menu je

      Delete
  4. saya pun suka gi Murni.. servis dia cepat! laju! efficient!

    portion mmg besar .. tp selalunya saya habis je huaaa3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... Saya pulak kena bawak balik.. Tapi tulah.. Bila bawak balik dah tak lalu pulak

      Delete
  5. Restoran Murni ni yang kat korner hujung jalan tu ke?. Nampak macam best makanan semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. sekarang dia kat tengah tengha. sebelah kedai jual duirian dan electronic.. ok lah.. sedap juga makanan dia.. and banyak pilihan

      Delete