Friday, June 5, 2015

Petua pokok money plant rimbun dan segar

Today aku nak share dengan korang petua macam mana aku jaga money plant aku ni... asalnya aku ambik daun daun yang nak dibuang.. serius aku kutip dalam tong sampah. aku tak tau sape buang tapi aku rasa macam kesian.. so aku selamatkan.... aku masukkan dalam pasu yang di beli dari ikea.. RM4.90 je. ada maca macam kaler.. tapi aku biasalah suka pink. 

Asalnya pokok aku ni hanya ada dalam dua tiga helai je daunnya. puas jugak nak tunggu dia beranak pinak. sekali aku pergi kedai 5 ringgit.. nak beli gel gel yang boleh mengembang tu. sebab dulu aku pernah tanam dalam gel tu, serius pokok aku cepat membesar.. sekali adik yang jaga kedai tu kata sekarang dah tak jual. dia kata pergilah mana mana kedai pon.. memang susah nak jumpa. aku pon frust.. sekali aku pusing aku nampak money plant dia berjela jela panjang.. segar pulak tu. 

So aku tanyalah dia macam mana dia jaga money plant nya? dia pon bawak lah turun dari atas para tu.. dia tunjuk kat aku.. serius dalam tu hanya ada akar je.. air pun takde.. dia kata pokoknya dah rimbun sangat dan tak perlukan air sangat. cuma sesekali dia akan basahkan akar akar tu dengan air. 

Adik tu kata kalau akak nak dia cantik, letaklah berdekatan dengan lampu.. serius dia akan cepat naik.. aku dalam hati macam tak percaya je. takkan pokok tu ingat lampu ialah matahari dok?

Dalam aku was was, aku buat jugak... tapi tengoklah.. memang money plant aku membesar dengna cepat. setiap minggu ada je pucuk muda yang baru tumbuh.. so aku memang letak money plant aku tinggi skit dan berdekatan dengan lampu....


close up sikit... tengok segar kan? tengoklah tangan saper.. phh btw, lupa nak bagitau selain aku ikut petua budak tu, aku ikt petua mama aku jugak. katanya, sentiasa ambil perhatian dan bercakaplah dengan pokok. hihi.. jangan lah cakap kuat kuat.. nanti orang ingat kita ada wire short plak.. tapi macam aku memang everyday akan tengok dia... maybe dia pon ada roh yang boleh mnedengar kita  ( macam alam mistik lah pulak).... 

1 comment:

  1. Rsa mcm btul kna ckp ngan pkok... sya ckp aku suka klu ko kuar lg byk daun... tgok2 soknya kuar ank daun.. sya mmg suka tgok pokok ari2, ade msa sya kira daun ade brap

    ReplyDelete