Monday, June 8, 2015

Kurma Marya Yusuf Taiyoob buat orang yang tak suka makan kurma

Ramadhan is around the corner. Pergi mana mana mesti ada jual kurma. Dari tak nak beli pun mesti terbeli. Sekarang kurma dah menjadi antara makanan kegemaran aku. Selain dari rasanya yang lazat, kurma memang ada banyak khasiatnya. Khasiat kurma boleh baca di sini dan boleh juga mencuba resepi jus kurma di sini.

Tapi persoalannya ada sesiapa tak yang tak suka kurma? Mesti ada kan. Dan alasan untuk tidak suka kurma kerana rasanya yang manis ( Huh wasted your life). Betul tak??? Sebab dulu aku pun tak suka kurma kerana rasanya amaltlah manis.. kadang kadang sampai melekat kat anak tekak manisnya tu. Tapi bila baca khasiat kurma dan betapa rasulullah amat menyukai kurma, aku paksa diri ini makan kurma. Macam macam jenis kurma yang aku cuba. Sebenarnya kurma yang paling aku suka ialah kurma nabi dan juga kurma maryam.

Tapi sebelum aku jumpa dan suka kedua dua kurma nabi dan maryam tu, aku sebenarnya belajar makan kurma yang bertangkai ni. Kurma marya dari yusuf taiyoob( entah kenapa setiap kali nak sebut yusuf taiyoob ni mesti terdengar perempuan berbisik.. yusuf taiyooobbbb....)..


Kurma bertangkai ni kiranya kurma yang masih muda... so rasanya tak berapa manis. Harga pun murah. Ni tadi aku beli kat Cold Storage, KLCC dengan harga RM 9.90 je. Tak mahal kan... so kepada sesiapa yang masih belum boleh terima kurma tu, belajar belajarlah mencuba... kerana khasiat kurma amatlah besar. Maybe memula tu makanlah kurma bertangkai ni... besok besok boleh lah cuba yang jenis lain ye... ok.. chow..


No comments:

Post a Comment

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...