About Us

Friday, June 26, 2015

Aku Blogger yang tak dikenali

Kenapa aku tulis blog? Or kenapa aku nak jadi blogger kononnya. Kadang kadang aku sendiri rasa malu nak mengaku diri aku blogger. Sebab sekiranya aku cakap. “ Hey.. aku blogger..” terlintas terus kat kepala otak orang.. Fatin Liyana, Maria Elena, Nisa Kay,Hanis Zalikha.. tapi aku hanya Nurul ‘Ain yang orang tak kenal pon. Kalau google nama Nurul’Ain.. yang keluar Nurul ‘Ain Syuhada.. huhu..

Tapi cerlah korang google misztomato.. hehe... kuar gak lah muka aku.

Semalam kawan aku tanya. Kenapa ko tulis blog? Ko nak jadi blogger eh? Ok.. Nampak sangat penulis blog yang tak femes macam aku ni .. tak diiktiraf sebagai blogger oleh masyarakat. Pedih...

Ada lagi satu kawan aku jawab... “Nak dapat duit lah tu”.. dalam hati aku.. “wei ingat senang ke nak dapat duit kalau nama aku bukan Red Mummy eh?”

Well.. lupakan lah persoalan diorang yang tak membina.

Sejarah aku tulis blog ni sebenarnya. Aku dulu serve internet untuk cari online diary. Dulu kisah hidup aku pedih sedih perih. Kisah percintaan aku dengan non-muslim memang menyebabkan aku nak meraung mintak tolong. Lupakan saja kisah aku dan non-muslim tu sebab sekarang aku ada buah hati dari keturunan Pahlawan Melayu. (aku nak up balik dia sebab dia memang sensitive dengan cerita aku yang dulu dulu)

Dalam aku mencari cari online diary kononnya, aku terjumpalah blog yang title nya MY DIARY..
Barulah aku tau kewujudan blogspot ni. And baru tau pasal wordpress dan seangkatannya...
 Kiranya sebelum ni aku pernah je masuk baca blog. Tapi aku tak tau yang aku baca tu ialah blog. Aku panggil apa apa yang keluar kat internet.. ialah website.

So kalau dulu ada orang tanya “kat mana kau baca kisah ni?”
Aku akan jawab .. “aku baca kat internet.” Atau aku akan kata “aku baca kat website.” Haha..

So bermulalah aku menulis blog a.k.a online diary aku... di mana aku dah banyak delete entry tu semua bilamana baru aku perasan yang ada orang baca pulak blog aku. Impress..

Sebab aku ingat lagi masa tu aku ada update pasal ayat ruqyah and ada orang komen.. kata thanks, and tetiba aku rasa. Eh melalui blog boleh berdakwah lah. Lame.

Aku tak kata aku nak berdakwah sampai aku jadikan blog aku blog dakwah. Tapi aku rasa setiapa apa yang berlaku kat diri aku ni, yang mana yang baik insyallah aku akan jadikan teladan. I’m always see thing on the bright sight. Everything  happens for a reason.

So why not aku kongsi apa yang baik dengan orang lain kan. Aku tak mampu nak jadi macam pakar motivasi atau pendakwah hebat. Aku juga tak mampu nak jadi macam blogger famous lain yang boleh kongsi tips tips kecantikan.. Nak jadi macam Ben Ashaari yang banyak followers.. jauh panggang dari api.


Lalu aku mampu jadi diri aku.. yang mana .. kalau korang lebih muda anggaplah aku kakak.. dan kalau korang lebih tua anggaplah aku adik.. apa yang aku tulis kalau betul, korang ikut.. kalau salah.. tegurlah... mari kita saling tegus menegur. Sekian #tamaksahamakhirat

14 comments:

  1. xpa xpemes pun. janji dapat luahkan apa yg terbuku dihati
    kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu budoxe lee.. yang penting segala yang terpendam lepas

      Delete
  2. tak pemes pun aku tetap baca

    :)

    yang penting pengisian tu... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. thankss.. sokongan ko memang aku hargai.. lebiu muah muah... hihi

      Delete
  3. Menjadi blogger tak semestinya kita kena popular.. Yang menentukan seseorang yang ada blog tu blogger atau tidak adalah apa yang di tulis.. kadang2 orang buka blog bukan menulis tapi lebih kepada beriklan. Akak pun tak suka orang kenal sebagai blogger di luar alam maya.. lagipun kita blogger yang bukan kategori terkenal so, kita enjoy je apa yang kita suka buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak... tapi blog lekat lekit sekarang dah famous.. :).. jeles tau.. ingat lagi pernah jadi follower ke 700 lekat lekit pada tahun 2011... cepat masa berlalu.... dah 2 ribu lebih follower blog lekit.. ni nak kena belajar teknik ni ;P

      Delete
  4. bila baca entri adik..teringat masa mula2 mengenali blogspot...mula2 rasa malu nak berkenalan...dan tak tahu tujuan buat blog...jadi diri sendiri lebih baik kan :-))...kak yan blogger baru yang masih belajar...

    bab duit tu..akak tak ambik pusing sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. tulah.. masa mula mula tu memang tak pernah terfkir kan blog ni apa. samalah kita kak. dah lama ada blog.. tapi masih ilmu tak banyak.. duit tak penting.. yang penting kepuasan..

      Delete
  5. Akak pun mula-mula tulis blog sebab nak buat diary. Sekarang ni bila tengok entry lama-lama syok jugak sebab ada gambar anak-anak masa derang kecik. Most of us tulis blog bukan untuk popular. Kalau dapat duit tu kira bonus jerlah kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. online diary gitu.. akak pandai ambik gambar.. lebih lebih gambar food.. yummy.. selamat berpuasa...

      Delete
  6. Back to your Pahlawan,if he snsitive with ur past. Is it his past sound nothing bad? Or....nothing never and ever make a mistake on his past ...if there are also black histry On him.....So...nothing diffrent..Cuase every single thing happens with the reason. In sya Allah. Gudluck for up back ur Pahlawan..and....enjoy with ur entry dear. salamistiqamahdlamibadah

    ReplyDelete
  7. well blogging tak perlu jadi femes pon.. yg penting apa yang awak taip tu terkesan di hati orang yang membaca.. and thats me.. :)

    ReplyDelete